Sabtu, 30 Ogos 2014

MERDEKA !!! MERDEKA!!!

Laungan semangat untuk hari yang bersejarah buat negara pada hari ini 31 Ogos 2014.Sudah 57 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah...sekalung penghargaan buat perwira-perwira negara yang telah banyak berjasa untuk negara khasnya Tunku Abdul Rahman.Siapa yang tidak kenal beliau iaitu seorang tokoh yang digelar ' Bapa Kemerdekaan '.



Slogan untuk tahun ini ' Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ' mempunyai maksud yang sangat mendalam buat kita.
Ada yang mengambil bahagian ke dalam perbarisan sempena hari kemerdekaan ni?? Tahniah kepada mereka yang terlibat kerana bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan ini.

Sambutan kemerdekaan 2014 di Kuala Rompin,Pahang.

Semalam anak-anak awal-awal dah bagitau nak pergi tengok perbarisan merdeka yang diadakan di padang Dataran Rompin.Tapi,bangun lambat dan tak sempat pun tengok.Acara bermula seawal 7 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 pagi.Ini pun gambar dari whassup sepupu yang hantar.Ada la juga satu gambar.Nampak gayanya kena tunggu tahun depan la ..in shaallah...

Selamat Hari Merdeka 2014 buat semua....


Jumaat, 29 Ogos 2014

Menu tengahari ni cukup simple dan mudah....SAYUR KULIT TEMBIKAI BERSAMA SAMBAL IKAN MASIN ....heeeee....



Mesti korang pelik kan kulit tembikai pun boleh masak ke...boleh!! Eksotik kan??..hehehe
Bukan buahnya sahaja yang boleh dimakan tapi,kulit pun berguna tau...boleh buat lauk tu...memang tak rugi kalau beli buah tembikai.Orang Kuala Rompin,Pahang biasa masak macam ni...sesetengahnya la..
Tambah pula makan bersama sambal ikan masin yang menyengat pedasnya...fuh..berpinggan-pinggan nasi bertambah.Lepas makan tu jangan lupa pulak ambil Lecithin Shaklee dan Alfalfa Complex ye...untuk membuang lemak-lemak dan toksik tu.Nak jaga badan kan.
Resepinya mudah je pun.Kalau sudi nak mencuba bolehla ambil resepi ni ye :
  • Kulit tembikai yang siap dipotong kecil-kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit lada hitam
Cara-caranya :
Tumbuk bawang merah,ikan bilis dan lada hitam.Kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tu hingga naik bau.Selepas itu,masukkanlah air.Jangan banyak sangat.Agak-agak sama paras dengan kulit tembikai tu.Masukkanla sekali kulit tembikai.Masak hingga kulit tembikai tu lembut.Dah siap.Senang je kan.

Selamat mencuba resepi yang unik ni...:)

Carotomax Shaklee merupakan vitamin yang mampu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan kesihatan mata,kesihatan kulit,sistem imunisasi badan dan pelbagai lagi.



APAKAH PERBEZAAN CAROTOMAX SHAKLEE YANG EKSKLUSIF UNTUK ANDA ?Mengandungi 6 variasi karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti :
  • Rumpai Laut
  • Tomato Bukan GMO
  • Biji Anggur
  • Pot Marigold
  • Epal
  • Strawberi
  • Minyak Sawit
  • Fava D' anta
  • Brokoli
  • Ubi Kentang
  • Cantaloupe
  • Lobak
MENGAPA ANDA HARUS MEMILIH CAROTOMAX SHAKLEE ?
Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata,kulit dan membran mukosa.


Fungsi setiap karotenoid di dalam Carotomax

Kalau nak tahu,Carotomax ni amat sesuai diambil bersama dengan Vitamin E dan Zink.
Kenapa ye ?
Sebab Vitamin E akan membantu Vitamin A bekerja dengan lebih berkesan.Zink pula untuk mengangkut Vitamin A di seluruh badan anda dan memerlukan selenium untuk memudahkan beta karotena untuk bekerja dengan lebih berkesan..

Bagaimana nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ni dari saya ?? Haha...mudah je..
Hubungi saya 

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Selasa, 26 Ogos 2014

Alhamdulillah syukur padaMu kerana masih diberikan nikmat untuk meraikan suatu hari yang amat penting bagi diriku.Hari ini , 27 hb Ogos 2014 genaplah usia anakku Hazim 6 tahun.



Dah umur 6 tahun tapi masih manja-manja lagi.Teringat dulu masa nak melahirkan dia,jauh 'melarikan diri' ke hospital swasta.Gara-gara klinik desa Kuala Rompin diubahsuai sikit,maka adalah cerita-cerita yang tidak menyenangkan...ada hantu la,ada 'penjaga' la,macam-macam lagi...disebabkan ketakutan dan taknak sesuatu yang tidak diingini berlaku,maka saya mengambil keputusan untuk bersalin di hospital swasta kat Kuantan nun...Jarak yang agak jauh,jadi saya terpaksa merelakan diri untuk bersalin secara paksa walaupun belum ada tanda nak bersalin.Memang berbeza sangat sakitnya bukan kepalang,lepas je doktor masukkan 'ubat paksa ' tu sakitnya sampaila keesokan harinya belum lagi bersalin.Bayangkan....kalau bersalin semulajadi sakitnya sekejap je lepas tu terus bersalin tak sampai 4-5 jam pun.Rasa menyesal pun ada bersalin secara paksa ni..huhu...tapi apa-apa pun semuanya selamat..alhamdulillah...
Selamat hari lahir buat anak ibu Muhammad Hasrulhazim,semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati olehNya.Amin...


Isnin, 25 Ogos 2014

" Dulu muka ku berjerawat teruk,agak menyeramkan,sekarang dah licin,cantik ! " 

Itu antara kata-kata dari seorang sahabat saya yang berkongsi testimoninya setelah konsisten dengan Set Kecantikan Shaklee.


Testimoni pengguna

APA KATA BELIAU TENTANG TESTIMONINYA:

" Sorry la kalau gambar ni menyeramkan.Ini pengalaman saya sendiri.Bulan 12 hari tu muka bermasalah teruk.Cuba 2-3 produk untuk kulit tapi makin teruk.Pastu terfikir kenapa tak try produk Shaklee sendiri.So,dengan guide dari ' mummy ' dan ' nanny ' , beli la ESP,Vitamin C dan GLA Complex.Alhamdulillah,gambar yang kat atas tu lah hasilnya.Sekarang saya maintain makan Vitamin E dan C pulak.Pencuci Nutriwhite.Vitamin E juga saya jadikan masker setiap malam sebelum tidur " .

FUNGSI SETIAP VITAMIN YANG DIAMBIL :
  • ESP berfungsi untuk penghasilan sel-sel baru dan memudarkan kesan hitam akibat jerawat.
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen.
  • GLA Complex berperanan untuk menstabilkan hormon.Ia mengandungi Vitamin E dan minyak bunga matahari.Kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Vitamin E melambatkan proses penuaan,menghilangkan parut dan jeragat,wajah tidak kusam.
  • Pencuci Nutriwhite adalah untuk membersihkan dan menyegarkan kulit.Mengandungi rumpai laut untuk menghilangkan kekotoran,membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit.Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan.Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.
Berminat dengan produk Shaklee ? Senang je terus hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma ...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ahad, 24 Ogos 2014

Tercari-cari penawar untuk diabetes atau kencing manis ??
Rasa sudah tiada harapan untuk sembuh??
Jangan mudah berputus asa ye kawan-kawan semua.In shaa allah ada ubatnya jika kita berikhtiar.
Ingin saya kongsikan satu testimoni pengguna yang telah konsisten dengan Set Diabetes Shaklee.


Testimoni pengguna

Pengguna ini telah menderita penyakit kencing manis ini lebih kurang selama 7 tahun.Beliau sudah berputus asa dan hanya berfikir yang kakinya akan dipotong.Namun setelah bertemu dengan Shaklee dan konsisten dengan SET DIABETES Shaklee,harapan untuk pulih semakin cerah.Antara produk yang diambil oleh beliau ialah :
  • Vivix - berfungsi untuk memperbaiki sel-sel DNA yang telah rosak dan sumber antioksidan terbaik
  • Vitamin C - mengukuhkan kapilari dan salur darah
  • ESP (energizing soy protein) - kandungan indeks glisemik yang rendah sesuai untuk pengidap kencing manis
  • GLA Complex - memberi kesan positif pada diabetic neuropathy
  • Zink - membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka (disapu pada luka)
  • Vitalea - mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
  • B Complex - terlibat dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga


Selepas 2 bulan konsisten dengan set ini,keadaan beliau semakin pulih.Alhamdulillah,yang paling penting kita jangan berputus asa dan sentiasa berusaha mencari penyelesaiannya.

Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dan anda layak mendapat konsultasi percuma

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Sabtu, 23 Ogos 2014

APA ITU G6PD DEFICIENCY ?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah.Ia bertindak melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubatan tertentu,makanan atau jangkitan.Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan,ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU.Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan yang berasaskan HERBA dan SOYA, maka set penyusuan yang sesuai adalah :


OSTEMATRIX  ,  VITALEA  ,  B COMPLEX  ,  VITA-C  .

SET PENYUSUAN G6PD

BAGAIMANA G6PD BOLEH BERLAKU ?
Penyakit G6PD tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tetapi ianya diwarisi secara genetik.Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X.Perhatikan gambarajah di bawah untuk melihat bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi..


bagaimana g6pd berlaku

Jangan panik apabila bayi anda didapati pengidap G6PD,carilah maklumat yang perlu dan bertanya dengan doktor apa yang perlu anda lakukan .Pesakit G6PD masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa cuma ianya memerlukan lebih perhatian.

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BAYI PENGIDAP G6PD ?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti :
  • Memberi ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor
  • Ubat gegat
  • Ubat-ubat tradisional,jamu atau ubat sinseh
  • Minyak gosok
  • Kacang parang (fava beans) dan adik-beradiknya (legumes)
Dapatkan set penyusuan ini dengan menghubungi saya :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Khamis, 21 Ogos 2014

Kanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia.


APAKAH KANSER PAYUDARA ?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia.Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal.Jika tidak dikesan dan tidak dirawat secepat mungkin,kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang,paru-paru dan hati.

APAKAH PENYEBAB KANSER PAYUDARA ?
Selain dari berpunca dari faktor genetik,baka atau keturunan,banyak bukti yang menunjukkan bahawa bahan kimia tertentu juga penyebab penyakit ini.Bahan kimia ini mengganggu keseimbangan hormon dalam badan dan meransangkan sel payudara sehingga menyebabkan penyakit kanser.
Satu kajian baru-baru ini mendapati wanita yang bekerja dalam industri plastik dan pengetinan makanan mempunyai peningkatan 5 kali ganda dalam kanser payudara.Ini kerana wanita yang bekerja dalam industri plastik terdedah kepada bahan kimia seperti phthalates,bisphenol-A dab paraben yang meransangkan kanser-kanser sel payudara.
Ketiga-tiga bahan kimia ini,diketahui setakat ini dengan sahih boleh menyebabkan kanser payudara.Malangnya penggunaan bahan-bahan kimia ini sukar dielakkan kerana ia juga terdapat dalam plastik pembungkusan makanan,bahan pencuci rumah dan produk penjagaan diri.

Bisphenol-A menyebabkan sel-sel payudara yang sihat bertukar menjadi kanser dan membuatkan ubat bagi rawatan kanser payudara menjadi kurang berkesan.
Bagi mengelakkan BPA,kita mestilah elakkan membeli makanan dalam tin dan plastik atau mencari tin yang tidak mengandungi BPA .Adalah lebih baik jika kita memilih kaca untuk tujuan penyimpanan makanan dan botol air.Pastikan barang permainan bayi kita bebas BPA.

Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam produk plastik yang menyebabkan ia menjadi lembut dan mudah dibentuk.Ia banyak digunakan dalam penyegar udara,kosmetik,pencuci,produk pembersihan lain dan banyak lagi.Bagi mengelakkan penggunaannya,kita boleh membaca label pada produk tersebut dan pastikan ia tertulis " bebas dari phthalate ".Jangan membeli penyegar udara sintetik di rumah dan di dalam kereta.

Paraben digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti dalam losyen,krim dan deodorant.Ia diserap ke dalam kulit dan telah dikaitkan dengan kanser payudara.Satu kajian mendapati parabens terdapat 99 % daripada sampel tisu kanser payudara.Ini menunjukkan kaitan parabens dan kanser payudara.Walaupun kandungan parabens dalam kosmetik dalam tahap yang selamat,tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi seperti mempunyai sejarah keluarga ,ia sangat berbahaya.Untuk mengelakkannya ,pastikan barangan kosmetik kita tidak mengandungi parabens dengan membaca label pada produk dan mengelakkan bahan-bahan yang berakhir dengan "parabens" seperti Methylparaben.

Jadi kita mesti berhati-hati dengan setiap barang pencuci ,makanan,kosmetik dan ubat-ubatan yang kita gunakan.Kesan bahan-bahan ini berbeza pada individu yang berlainan.Ini bermakna ,seorang wanita boleh mengalami kanser payudara selepas berterusan menggunakan suatu produk selama 10-15 tahun ,berbanding dengan wanita lain yang tidak mengalami kesan kanser payudara yang sama.

Semoga info ini memberi manfaat buat kita semua....:)

Info : Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Selasa, 19 Ogos 2014

Salah satu produk Shaklee yang mampu mengurangkan masalah berkaitan dengan sendi ialah Advanced Joint Health Tablet (AJHT).Masalah sendi ni bukan sahaja dialami oleh golongan berusia malah orang-orang muda pun turut mengalami masalah tersebut.Lenguh kaki,sakit pinggang,sakit lutut,sengal punggung dan pelbagai lagi.Semestinya masalah ini membuatkan kita sukar melakukan aktiviti harian.Nak tahu lebih lanjut tentang AJHT ni?? Jom kita selongkar !!



FUNGSI :

1) Ekstrak Jagung - meningkatkan kesan kusyen

  • Glukosamin pekat yang dihasilkan daripada ekstrak jagung membantu memelihara rawan dan merupakan perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
2) Vitamin C,Zink,Tembaga dan Mangan - memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Vitamin C,Zink,Tembaga dan Mangan membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
3) Ekstrak Boswella - menyokong keselesaan sendi
  • Boswella pantas membantutkan mekanisme respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.

SIAPA YANG MEMERLUKAN AJHT ?
  • Lelaki dan wanita yang ingin mengekalkan kesihatan sendi
  • Orang muda yang aktif dan lasak
  • Mereka yang pernah mengalami kemalangan melibatkan sendi lutut seperti penunggang atau pembonceng motosikal.
  • Warga emas
  • Mereka yang memerlukan pelincir sendi
APAKAH PERBEZAAN AJHT SHAKLEE INI ?
  • 100 % berasaskan sayur-sayuran.Tiada perasa tiruan,pemanis atau pengawet serta bebas gluten.
  • Mengandungi ekstrak Boswella bagi menyokong keselesaan sendi.
  • Botol yang dikitar semula.
  • Pembungkusan bebas bisfenil - A (BPA)
  • Sumber glucosamine yang digunakan hasil daripada ekstrak jagung untuk membina bendalir sinovial untuk memberikan keselesaan kepada pergerakan sendi.
Ada masalah sendi??
Sering sakit lutut??
Susah nak solat??

Jom le cuba AJHT ni,pasti tidak mengecewakan anda ! Hubungi saya untuk sebarang pembelian..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.



Ahad, 17 Ogos 2014

Alhamdulillah syukur nikmat masih diberikan kesempatan menghirup udara segar hari ini.Teman-teman semua, menu masakan apa hari ini? Ayam goreng ke,masak lemak ke,kari daging ke?? Kadang-kadang dah takde idea nak masak apa untuk makan tenghari.Anak-anak balik sekolah mesti lapar nak makan.Nak tak nak kena masak jugak untuk diaorang kan.Pastikan masakan kita lengkap dengan nutrien dan vitamin seperti sayur-sayuran,protein dari ikan atau daging serta karbohidrat untuk tenaga.

Semalam rezeki kami sekeluarga kerana dapat menikmati makanan laut yang segar dari Kuala Rompin.Bertuah tak kitaorang ?? haha..


Tu dia lobster dan ketam ..fresh lagi ..

Pertama kali saya memasak lobster ni.Kebiasaannya harga sekilo lobster ni mencecah sehingga RM 80...boleh la kan kalau sekali sekala merasa nak makan,apa salahnya...segar pulak tu...memang sedap rasanya.Anak-anak saya semuanya gemar dengan makanan laut ni.Terutamanya ketam.Untuk diaorang biasanya saya rebus atau buat sup ketam....waaaa...licin tau...Lobster tu paling saya suka kalau masak sambal pedas.Rasa manis-manis sikit.Berpinggan-pinggan nasi wei...hihi...ketam masak lemak cili padi pun sedap.Pelbagai menu boleh dibuat dengan hasil laut ni.Nak rebus,nak masak sambal,black pepper,kari pun boleh mengikut selera kita lah kan...
Kuala Rompin memang merupakan kawasan nelayan.Terletak di pesisiran pantai yang menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan hasil lautnya seperti udang galah,ketam,ikan,sotong dan sebagainya.Kalau ke Kuala Rompin memang tak sah kalau tidak mencuba udang galah.Memang segar dan sedap.
Jom ler ke Kuala Rompin untuk menikmati hasil laut dan masakan kami....:)


Rabu, 13 Ogos 2014

Salam semua....
Hari ni saya gembira sangat sebab dapat satu berita tentang pelanggan saya yang konsisten dengan pengambilan ESP Shaklee, dimana masalah ketuat yang dialaminya semakin berkurangan dan kulit semakin cantik.Beliau baru habis satu canister ESP sudah nampak perubahannya.Dan repeat order lagi!!
Alhamdulillah....siapa yang tidak gembira apabila kita dapat menolong kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah kesihatan kan?
Kepada mereka yang masih belum mengenali ESP Shaklee ni,meh saya terangkan serba sedikit info tentang produk yang hot ni...


ESP Shaklee

Bagaimana Ketuat Boleh Terjadi ?
Ketuat terjadi disebabkan oleh virus human papilloma virus (HPV) dan boleh berjangkit kepada orang lain samaada melalui sentuhan,ketika mandi dalam kolam renang atau ketika mandi di bilik apabila lantai telah tercemar dengan HPV.

Bagaimana ESP Shaklee membantu ?
ESP Shaklee adalah sumber protein yang sangat penting untuk penghasilan sel-sel baru.Ianya membantu membuang segala kulit mati dan menggantikannya dengan kulit yang lebih sihat dan cantik.Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ,kita mestilah mendapatkan sumber protein yang mencukupi.

Berminat dengan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannnya dan layak mendapat konsultasi percuma.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Selasa, 12 Ogos 2014

Alhamdulillah ..hari ini kita sudah berada di pertengahan bulan Syawal yang mulia ini iaitu 17 Syawal 1435 H .Masih berkesempatan untuk kita menziarah sahabat handai dan keluarga pada yang belum bermaafan.
Dan belum terlambat untuk saya mengupload gambar keluarga hari raya 2014 ni..hehe

1 Syawal 2014..

Ini merupakan gambar terbaru kami.Setahun sekali je kami berpeluang mengabdikan kenangan bergambar bersama.huhu..
Pagi-pagi anak-anak dah bangun dan menyiapkan diri dengan baju baru mereka.Suatu suasana yang menyeronokkan bagi anak-anak.
Dan saat yang paling indah yang tidak akan kami lupakan ialah ketika bermaaf-maafan.
Itu part yang memang syahdu sangat 😢..hehe..
Iyalah dah banyak kesalahan yang kita buat dan tak semestinya nak tunggu 1 Syawal baru nak bermaafan kan..lebih baik kalau setiap hari kita minta maaf lebih-lebih lagi suami isteri..cewah..cewah..betul tak??😊😊
Keharmonian rumahtangga mestilah sentiasa dijaga dengan baik.Insyaallah ..aman sentosa..

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN, PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.

NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377



Isnin, 11 Ogos 2014

Untuk pengetahuan semua, daun kari bukan sahaja penambah rasa di dalam masakan tetapi ia mempunyai khasiat yang tersendiri.Pasti kita semua mengenali rupa daun kari kan.Mudah ditanam dan didapati di mana sahaja.


Daun kari

Bukan sahaja sedap apabila digunakan dalam masakan ,bahkan mempunyai manfaat dan khasiatnya.
Antaranya ialah :
  • Penawar cirit-birit dan buasir - daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daun kari yang dicampurkan dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit-birit dan buasir.
  • Loya dan pening - jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis .Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid,menghilangkan rasa loya dan pening-pening bagi wanita hamil.
  • Diabetes - rebus kulit batangnya yang kering dan minuk airnya.Cara ini boleh mengawal diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis dan yang disebabkan keturunan dan kegemukan.
  • Rambut panjang dan sihat - campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakan ia sehingga hangus.Setelah sejuk,gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
  • Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa - buahnya dimasak bersama minyak kelapa sehingga hitam.Hancurkan dan tampal di tempat gigitan tersebut.
  • Lebam dan bengkak - daunnnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal di bahagian yang lebam dan bengkak itu.
  • Kecantikan dan kesihatan diri - amalkan meminum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....:)

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ahad, 10 Ogos 2014

Nak tahu macam mana jerawat dan parut yang ada kat muka semakin pudar dan hampir hilang ??
Ada rahsianya tau....hehe.Kalau nak tahu , baca entry ni sampai habis.Jom kita korek rahsianya...

Setiap wanita mesti ingin kelihatan cantik dan menawan tanpa sebutir jerawat pun kat muka.Lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah parut-parut jerawat yang kehitaman.Memang susah nak hilang walaupun dah cuba pelbagai produk dan cara.Tetapi , Shaklee menawarkan Set Kecantikan yang pasti akan membuatkan anda lebih yakin dengan penampilan diri.


Set kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada :

1) Energizing Soy protein (ESP)
- ESP untuk penghasilan sel-sel baru dan memudarkan kesan hitam akibat jerawat.

2) Vita E Complex
- Vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan yang konsisten membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik,menghilangkan parut dan jeragat,wajah lebih berseri dan tidak kusam.

3) Vita C
- Vitamin C membantu pembentukan kolagen.Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang,gigi,sendi,otot dan kulit.

4) B Complex
- B Complex membantu meninggikan sistem pertahanan badan,mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.Bila hati tenang,memanglah nampak muda...kan

Ramai yang telah mencuba set ini dan mereka berpuas hati dengan hasilnya.Jom kita baca antara testimoni pengguna yang telah menggunakan set ini ,


Testimoni pengguna

Seronokkan bila ada pengguna yang sudi berkongsi pengalaman menggunakan produk ini.Kalau nak cantik jugak jom ler order.Hubungi saya

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU ,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Khamis, 7 Ogos 2014

Bersedekah merupakan satu amalan sunat yang sangat memberi manfaat buat diri kita.Rasulullah SAW sangat menggalakkan kita membantu sesama kita dengan amalan bersedekah.

Manfaat yang diperolehi dari BERSEDEKAH :

  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak bala atau musibah
  • Menyembuhkan penyakit
  • Memanjangkan umur



Bersedekah akan menyebabkan kita menjadi kaya tanpa kita duga.Sedekah menjadi penyebab Allah membuka pintu rezeki.Nabi SAW bersabda  ,

" Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan ,nescaya Allah akan menyedikitkan baginya. "
Hadis riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Jom sama-sama kita memperbanyakkan bersedekah untuk mereka yang memerlukan seperti yang berlaku sekarang ini di Gaza.Bersedekahlah dengan seikhlas hati , insyaallah pahala berganda.
Senyum pun dikira bersedekah....

Rabu, 6 Ogos 2014

Dah lebih seminggu anak-anak tak makan Omega Guard Shaklee yang istimewa tu.Gara-gara stoknya sudah kehabisan.Maklumlah hari raya punya pasal , ibunya lupa nak mengoder..huhuhu
Disebabkan itu , anakku dilanda batuk dan selsema...kesian diaorang...


Tu Haqim tidur je sebab tak larat batuk sampai bunyi kahak kat dada...tidur pun tak berapa nak lena.Kebiasaannya setiap hari saya akan bagi anak-anak sebiji Omega untuk antibodi dan perkembangan minda diaorang.Memang jarang anak-anak nak dijangkiti demam atau selsema kerana Omega Shaklee memang terbaik.Kenapa ??👍👍
   
Salah satu manfaat utama Omega adalah :
✅ Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
Ia mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, asma dan sebagainya.

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA , DHA ALA dan banyak lagi.

Ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda ?
Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma dari saya

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD :KUALA ROMPIN, ENDAU & TG GEMUK


Isnin, 4 Ogos 2014

Raya tahun ni sangat bermakna buat diriku kerana kami sekeluarga termasuk mak, ayah dan semua adik beradik berkesempatan pulang ke Terengganu.
Hari raya ke 3 kami bertolak ke sana kira-kira pukul 11 pagi dan tiba pada jam 3 petang.Perjalanan kami berjalan lancar tanpa kesesakan jalan raya..alhamdulillah
Kepulangan kami sekeluarga juga bertujuan untuk melawat mak saudara yang sakit paru-paru berair..
Hampir seminggu beliau di wad tanpa sambutan aidilfitri..sedih rasanya...
Kami berada di Terengganu selama 3 hari 2 malam...agak singkat masanya memandangkan ada kerja yang perlu diselesaikan..ermm..tak puas rasanya berada di sana ..berat hati juga nak meninggalkan mak saudara dalam keadaannya yang tidak begitu stabil...
Kami sampai ke Rompin pada jam 9 malam hari Jumaat..memang memenatkan kerana perjalanan yang agak jauh di samping melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam...huh..
Dan pada awal pagi Sabtu kami dikejutkan dengan berita kematian mak saudara..ralat rasanya sebab baru je pulang dari sana...tak sempat untuk melihat pengebumian terakhir arwah...sedihnya...tapi alhamdulillah kami sempat melawat arwah semasa di hospital hari tu...patutla saya rasa nak balik Terengganu je raya tahun ni..rupa-rupanya itu pertemuan terakhir kami dengan arwah...
Semoga roh nya dicucuri rahmat...

Sebelum pulang ke Rompin hari tu..sempat lagi kami ke Pasar Payang Terengganu...kat situ pelbagai jenis barangan dijual..harga pun berpatutan tau..kalau ke Terengganu tak sah kalau tidak shopping di Pasar Payang...memang best...
Antara barang yang selalu dibeli untuk ole-ole mestilah dodol dan keropok kan...

Keropok kering

Keropok kering tu kami beli semasa dalam perjalanan balik...kami singgah di Kemaman.Memang sedap keropok ni.Kedainya terletak hanya di tepi jalan.

Dodol hitam

Dodol ni pulak saya beli di Pasar Payang.Ada yang dibungkus dalam daun dan ada dibungkus dalam plastik je.Rasanya tetap sama.Dodol tu 3 bungkus Rm 10 sahaja.Jom la ke Terengganu...





Seronoknya kita masih berada di dalam bulan Syawal kerana boleh berkunjung ke rumah rakan-rakan bagi mengeratkan silaturrahim.Tapi , sesi persekolahan sudah bermula setelah seminggu bercuti.Bermulalah tugas untuk mengejutkan anak-anak untuk bangun ke sekolah.Memang liat jugaklah nak bangunkan diaorang terutamanya yang berumur 6 tahun tu...kena jerit-jerit barulah bergerak masuk ke bilik air , kalau tak tercongok la kat tempat tidur tu...hmmm tu lah ragam anak-anak setiap hari..

Bercerita pasal anak-anak memang tak habis-habis....hehe

Perkongsian yang ingin saya kongsikan kali ini sangat penting iaitu fakta tentang perbezaan GLA Complex Shaklee.



Apakah perbezaan GLA Shaklee berbanding jenama lain ?


  • Kebanyakan GLA yang terdapat di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) , manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
  • Shaklee mengestrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik omega-6.Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  • Kesegaran dan keberkesannnya terpelihara oleh Shaklee guard,anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.
  • Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.
  • Biasanya asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa haid,sakit kepala,mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
  • Sumber asli GLA ialah : 1. Borage Seed ~ ( 17% - 25% )                                                                                                        2. Blackcurrant ~ ( 15% - 20% )                                                                                                        3. EPO ~ ( 7% - 10% )

 Memang banyak bezanya kan berbanding jenama lain.Setiap penghasilan produk Shaklee memang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan unik.
Antara testimoni pengguna yang berpuas hati dengan GLA Complex Shaklee :



Testimoni pengguna

Alhamdulillah dengan izinNya...

Ingin mendapatkan produk GLA Complex dengan mudah? hanya Klik Di Sini dan pembelian akan terus dibuat.


Atau ,

Hubungi saya

NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ahad, 3 Ogos 2014

Salam semua....masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri...maaf zahir dan batin andai ada tersilap kata..Sudah seminggu kita berada di bulan Syawal yang mulia ini.Kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan teman-teman serta saling bermaafanlah sesama kita agar aidilfitri lebih bermakna...terover la pulak..maklumlah masih dalam mood raya...hehe

Sebenarnya saya ingin berkongsi tentang promosi Shaklee dalam bulan Ogos ni iaitu GLA Complex.



GLA Complex sangat bermanfaat buat mereka yang mengalami masalah seperti :
  • Kehamilan
  • Pigmentasi
  • PMS
  • Diabetes
  • Ekzema
  • Kolestrol
  • Mengawal kitaran haid
  • Tekanan darah tinggi
Ramai yang beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita.Sebenarnya , suplemen GLA asid linoleik sama penting seperti asid amino ,iaitu tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia , ianya hanya diperolehi dari makanan.Sangat penting untuk kanak-kanak ,remaja,dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause ( menopaus lelaki).

Jika berminat dengan suplemen Shaklee ini,anda boleh hubungi saya 

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog