Memaparkan catatan dengan label JAUNDICE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAUNDICE. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Kebanyakan bayi yang baru lahir berpotensi untuk mengalami kekuningan.






Bayi yang berisiko untuk mengalami penyakit kuning termasuklah :

  • Bayi yang lahir secara pra matang.Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka belum matang.
  • Bayi yang mengalami lebam (pendarahan bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan.Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum.
  • Jika jenis darah ibu berbeza dari darah bayi,bayi boleh mengalami tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak.
  • Bayi yang tidak cukup diberikan susu dan tidak mendapat kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning.Susu ibu adalah yang terbaik.
  • Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahim atau bayi mengalami masalah sumbatan pada saluran hempedu akibat kecacatan semenjak lahir juga menyebabkan masalah kekuningan.


Jumaat, 13 September 2013

PETUA TRADISIONAL TURUNKAN DEMAM KUNING..

Sebaik melahirkan bayi,ibu-ibu pasti dilanda kerisauan kerana kebanyakkan bayi yang baru dilahirkan akan terkena demam kuning atau jaundice.Kulit di bahagian muka atau mata putih bayi akan kelihatan kekuningan jika terkena jaundice.Jika bacaan bilirubin agak tinggi mungkin akan membahayakan kepada bayi.
Pelbagai kaedah rawatan yang dilakukan oleh doktor untuk menurunkan paras bilirubin.Dalam entry yang lepas saya telah berkongsi tentang topik kaedah rawatan tersebut..Jadi kali ini saya akan berkongsi beberapa petua tradisional untuk mengurangkan demam kuning...

Antara petua untuk perkongsian bersama :

  • jemur bayi di bawah cahaya matahari ~ di lakukan pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit sahaja.Jika dibiarkan terlalu lama,dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok.
  • minum susu kambing ~ memberi bayi meminum sedikit susu kambing.Namun jika diberikan berlebihan akan menyebabkan cirit birit dan radang usus.
  • mandikan bayi dengan air belimbing buluh ~ daun tersebut diramas bersama air mandian dan mandikan bayi dengan air tersebut
  • sengkuang cina ~ di kupas kulit,di sagat dan diambil perahan airnya untuk diminum oleh bayi.
  • anggur hitam ~ titiskan air anggur tersebut ke mulut bayi.
Namun ibu-ibu perlulah mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar sebelum melakukan petua tersebut.Bagi saya susu ibu adalah penawar terbaik untuk mengatasi masalah ini.Tak perlulah memberi susu kambing untuk bayi yang baru lahir kerana bimbang akan memudharatkan bayi pula..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua...:)



Khamis, 29 Ogos 2013

JAUNDICE : NORMAL ATAU TIDAK...

Salam semua...pasti ibu-ibu yang akan melahirkan bayi risau kerana bayi yang baru dilahirkan pada kebiasaannya akan mengalami masalah demam kuning.Jom kita baca lebih lanjut tentang demam kuning ini..


Apa itu 'Jaundice' ?

Demam kuning atau istilah perubatannya ialah 'jaundice' adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning.Ia biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir,dua atau tiga hari selepas lahir.Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu.Jaundice tidak bermakna bayi kita sakit.

Bagaimana kekuningan ini dikesan ?

Kekuningan ini dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi.Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata (sclera) ,muka hingga ke dada.
Kekuningan ialah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati.Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
Biasanya bilirubin ini dapat dibuang melalui najis.Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa,tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.Peningkatan bilirubin ini dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Pemeriksaan tahap bilirubin dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah pada tumit kaki bayi.Tahap bilirubin yang mencapai 85 umol/l (5mg/dL) akan menunjukkan kekuningan.

Apakah rawatan yang diberikan ?

1) Rawatan fototerapi
-jika tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21mg/dL).Rawatan ini akan membantu bilirubin ditukarkan kepada biliverdin yang lebih mesra tubuh dan mudah dikumuhkan.Rawatan ini harus diberikan selama 48 jam.
rawatan fototerapi..

2) Rawatan 'exchange transfusions'
-hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25 mg/dL).Ia adalah pemindahan darah bayi dan digantikan dengan darah yang lain.

Selain itu,doktor akan menasihatkan supaya ibu meyusukan bayi sekerap yang mungkin supaya bilirubin dikumuhkan melalui najis.

Bercerita tentang masalah jaundice ini,saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri ..anak pertama dan ketiga saya hanya mengalami masalah jaundice ditahap yang rendah..proses kelahiran kedua-dua anak saya ini  dilakukan di hospital kerajaan,jadi bayi terus diberikan kepada kita dan jururawat meminta menyusukan terus bayi saya.. kolostrum susu ibu sangat bagus untuk antibodi kepada bayi kita...
Manakala anak saya yang kedua dilahirkan di hospital swasta..sebaik sahaja dilahirkan bayi saya terus diletakkan di bawah jagaan nurseri hospital tu...mereka memberikan anak saya susu formula tanpa meminta kebenaran dari saya...akibatnya anak saya ditahan di wad untuk beberapa hari kerana tahap bilirubin yang agak tinggi...anak saya diberikan rawatan fototerapi..tetapi pada hari kedua bacaannya semakin tinggi menyebabkan anak saya terpaksa dimasukkan air satu beg...hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu apabila melihat jari anak yang kecil dicucuk jarum sehinggalah bacaannya normal barulah jarum itu ditanggalkan...selama 3 hari saya menjaga anak saya di wad..lega rasanya apabila tahap bilirubinnya sudah turun...
Kepada ibu-ibu semua..susuilah bayi anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita...jangan risau jika bayi anda terkena demam kuning kerana susu ibu sangat membantu...insyaallah...wassalam...

susu ibu susu yang terbaik..

*sumber :blog Dr Zabidi


Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog