Memaparkan catatan dengan label DOA DAN ZIKIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA DAN ZIKIR. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

Alhamdulillah hari ini ,12 Rabiulawal merupakan hari lahir junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW  bagi tahun 2015 M bersamaan dengan 1436 H.Salam Maulidur Rasul semua....




PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhamad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan,ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah.



Selawat Maulidur Rasul


TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 H / 2015 M

Pada tahun ini,sambutan Maulidur Rasul bertemakan  ' Perpaduan Nadi Transformasi Negara '.Bagi umat islam,Maulidur Rasul adalah hari bersejarah bagi keputeraan Nabi Muhammad SAW.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi ikutan setiap umat.Marilah kita berselawat ke atas Nabi besar junjungan kita ...

" Allahumma Solli 'ala sayyidina muhammadin wa'ala ali sayyidina muhammad "...

Rasullullah SAW bersabda :

' Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali,waktu petang sepuluh kali,maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat..' (HR. Al-Thabarî).



Rabu, 3 Disember 2014

Paling kita risau jika anak kena demam panas.Bagi ibu yang pertama kali mengalaminya pasti buntu untuk menanganinya.Jangan kata demam panas,demam biasa pun kita dah menggelabah.Salah satu ikhtiarnya ialah mengamalkan doa rawatan untuk demam panas ini.Berikut adalah cara-cara rawatan tersebut :


Doa rawatan demam panas


APA ITU DEMAM ?

Demam terjadi apabila suhu badan kita pada waktu pagi melebihi 37.2 darjah celcius atau suhu badan pada waktu petang melebihi 37.7 darjah celcius.Suhu badan kita dikawal oleh satu bahagian kecil di otak yang dinamakan ' temperature regulatory centre ' (TRC).Bahagian otak ini akan menetapkan suhu badan seseorang yang normal dan apabila ia meningkat,itu yang berlakunya demam yang menyebabkan kita merasa menggigil dan otot-otot menjadi sakit.

Jangan ambil ringan jika anak-anak demam.Paling penting jangan panik.Kalau tak tahu apa nak buat,terus bawa ke hospital.Jangan dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan kerana ianya akan mengundang bahaya.Demam dengan suhu yang tinggi sangat membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.

Kanak-kanak perlu diberi perhatian yang lebih jika mereka tidak sihat.Berilah yang terbaik untuk anak-anak kita.







Khamis, 7 Ogos 2014

Bersedekah merupakan satu amalan sunat yang sangat memberi manfaat buat diri kita.Rasulullah SAW sangat menggalakkan kita membantu sesama kita dengan amalan bersedekah.

Manfaat yang diperolehi dari BERSEDEKAH :

  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak bala atau musibah
  • Menyembuhkan penyakit
  • Memanjangkan umur



Bersedekah akan menyebabkan kita menjadi kaya tanpa kita duga.Sedekah menjadi penyebab Allah membuka pintu rezeki.Nabi SAW bersabda  ,

" Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan ,nescaya Allah akan menyedikitkan baginya. "
Hadis riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Jom sama-sama kita memperbanyakkan bersedekah untuk mereka yang memerlukan seperti yang berlaku sekarang ini di Gaza.Bersedekahlah dengan seikhlas hati , insyaallah pahala berganda.
Senyum pun dikira bersedekah....

Khamis, 17 Julai 2014

Alhamdulillah hari ini dah masuk 19 Ramadhan umat Islam berpuasa.Kita sudah memasuki 10 malam yang terakhir di bulan mulia ini.Malam yang dinanti-nantikan iaitu malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah malam yang penuh dengan rahsia.Hanya Allah yang mengetahui bila ia terjadi.Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

" Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan ramadan."   (Hadis riwayat Bukhari,Muslim,At -Tarmizi dan Ibnu Majah)




Alangkah beruntungnya jika kita dipertemukan dengan lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar.Antara keistimewaan dan rahsia malam lailatulqadar ialah :

  • Lebih baik lebih istimewa dari seribu bulan.
  • Malam diturunkan kitab suci Al Quran
  • Ibadah lebih baik daripada 80 tahun ibadah Bani Israel
  • Malam lailatulqadar adalah malam keberkatan
  • Malam yang ditetapkan umur,rezeki dan ajal manusia
  • Allah mengampunkan hambanya yang menghidupkan malam lailatulqadar
Doa pada malam lailatulqadar :

" Ya Allah , sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan , maka ampunilah daku. "

Semoga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar...

Khamis, 5 Jun 2014

Rasulullah SAW bersabda " Barang siapa yang senantiasa beristighfar , maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya , dan kelapangan dari setiap kesempitannyan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka " Hadis riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Ahmad

" Barang siapa membiasakan diri dengan beristighfar ..Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan " Hadis riwayat Abu Daud


Beristighfar boleh dilakukan pada bila-bila masa dan merupakan zikir yang paling mudah untuk dibaca.Terpulang kepada kita untuk memperolehi ganjaran dari Allah atau pun tidak.Hanya dengan beristighfar Allah mengurniakan pelbagai manfaat untuk kita...betapa sayangnya Allah pada kita...

Semoga bermanfaat buat semua....selamat beramal...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Selasa, 27 Mei 2014

Memang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW.



Berdoalah...

Mari kita teliti senarai waktu mustajab berdoa seperti di bawah :
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari , iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh
  • Setiap selepas solat fardu
  • Di antara Zohor dan Asar.Juga di antara Asar dan Maghrib
  • Waktu di antara azan dan iqamat
  • Ketika bangun tidur
  • Semasa solat , iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir)
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Pada masa takbir solat hari raya 
  • Waktu di antara dua khutbah
  • Waktu menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Madinah
  • Waktu melakukan urusan penting
  • Waktu membaca doa qunut pada solat subuh
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat)
  • Waktu ditimpa kesulitan,kecewa dan hati tidak tenteram
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah
  • Waktu hujan turun
  • Waktu selesai khatam 30 juzuk Al Quran atau selepas selesai membaca ayat Al Quran
  • Sewaktu sujud
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Ahad, 25 Mei 2014

Besarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal lahir nanti akan menjadi insan terbaik.

Antaranya ialah mengamalkan beberapa surah yang mempunyai manfaatnya yang tersendiri.Berikut saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika ibu hamil :



1) Surah Al Fatihah
~ untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2) Surah Yusuf
~ untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan akhlak

3) Surah Yaasin
~ untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

4) Surah Luqman
~ untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

5) Surah Maryam
~ untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

6) Surah At-Taubah
~ untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

7) Surah Al Hujurat
~ untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

8) Surah An-Nahl ayat 78
~ untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Semoga menjadi manfaat buat ibu-ibu semua...
In shaa allah

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Rabu, 23 April 2014

Surah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita memahami dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat ini.

Surah Al Fatihah berserta maksudnya...

RAHSIA DAN FADHILAT SURAH AL FATIHAH:
1. Untuk membuatkan seseorang (suami,isteri atau anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih kepada anda,
  • Bacalah Surah Al Fatihah sebanyak 14 kali sebelum tidur
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal,
  • Baca surah Al Fatihah 41 kali dan ditiup pada air
  • Minum dan mandi dengan menggunakan air tersebut
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak,
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut
  • Lakukan 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau,
  • Baca surah Al Fatihah 3 kali ,tiupkan ke dalam segelas air dan diminum air tersebut
  • Kemudian baca surah Al Fatihah sambil mengusap di tempat yang sakit tersebut
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang menangis( sama ada menangis di tengah malam atau bila2 masa sekalipun)
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi / anak kecil tersebut
6. Untuk merawat luka-luka kecil ( Contonhnya luka terkena pisau,disengat tebuan,darah keluar tak berhenti dan sebagainya)
  • Baca surah Al Fatihah 3 atau 7 kali 
  • Kemudian , gunakan ibu jari,ambil sedikit air liur di bahagian 'langit-langit' dan gosokkan di kawasan yang sakit tersebut
Jika diamalkan,In shaa allah akan memberi kesan yang terbaik jika diamalkan dengan :
  • Percaya dan yakin bahawa surah Al Fatihah ini ialah sebaik-baik penawar bagi segala jenis penyakit ( dengan kuasa Allah yang menjadikan surah ini penuh dengan keistimewaan)
  • Baca dengan penuh kusyuk dan tawadhu
  • Tawakal sepenuhnya dengan Allah
  • Gunakan amalan tersebut dengan niat yang baik sahaja
Mintalah dan niatkan dengan baik,In shaa allah ,Allah akan kabulkan permintaan kita.
Wallahua'lam....
Semoga bermanfaat dan selamat beramal...



Sabtu, 12 April 2014

Lumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak memperoleh zuriat hingga ke usia tua disebabkan perkara-perkara tertentu.Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT.


Berdoalah memohon supaya dikurniakan zuriat dengan bersungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah.Selain daripada doa tersebut,mungkin anda semua boleh mencuba amalan-amalan di bawah ini :

AMALAN PERTAMA
Selepas fajar atau selepas solat subuh.
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali
  • Dalam sujud tersebut,mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan
  • Tutup doa tersebut dengan berselawat sebanyak 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami atau isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan berputus asa.

AMALAN KEDUA
  • Suami hendaklah membaca ' Ya Mutakabbir ' (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum melakukan jimak
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Awwal ' ( Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Zaljalaali Wal Ikram ' sebanyak 11 kali setiap hari ditiup ke dalam air dan minum air tersebut.
  • Suami/isteri hendaklah membaca Surah Yusuf/Surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya....

Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat....amin..

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
TEL/SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com





Rabu, 12 Mac 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman.....

Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan salah satu sunnah Rasulullah iaitu sunnah ketika minum.



SUNNAH RASULULLAH KETIKA MINUM :
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan ( Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan (Bukhari)
  • Hendaklah duduk ketika minum.Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri (Zaadul Maad)
  • Air dan segala yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum (Khasail Nabawi)
  • Jangan meniup ke dalam air panas untuk menyejukkannya (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas yang sumpik atau pecah (Abu Daud)
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air,botol dan lain-lain.Tetapi minumlah dalam  satu gelas atau mangkuk kecil (Abu Daud)
  • Minum dengan 3 nafas : Abra' (melepaskan penyakit) Arwa' (menghilangkan kehausan) Amra' (menguatkan sistem pencernaan)
  • Jangan bernafas dalam bekas minuman ketika minum
Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini untuk mendapat syafaat di sisi Baginda Rasulullah SAW.
Semoga bermanfaat buat semua...:)

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.HUBUNGI SAYA UNTUK COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN.
FREE CONSULTATION...
SPECIAL PRICE....

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Selasa, 25 Februari 2014

Assalamualaikum....


surah Al Waqiah

Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran dan terletak dalam juzuk yang ke 27.Surah ini mengandungi 96 ayat.Dinamakan Al Waqiah kerana diambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat dalam ayat pertama dalam surah ini yang bermaksud KIAMAT.

Al Waqiah Adalah Surah Kekayaan.
Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa  (membiasakan) membaca surah Al Waqiah , maka ia tidak akan kekafiran selamanya."

" Ajarkanlah surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu .Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady)

KHASIAT SURAH AL WAQIAH :
  • Mereka yang membacanya sebagai wirid , In shaa allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya
  • Membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali,maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap selepas solat Asar,In shaa allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis,In shaa allah ditunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan dengan rezeki
  • Menjadi orang kaya yang bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak.In shaa allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan
  • Selepas solat isyak,ambillah segelas air lalu bacalah surah Al Fatihah 1 kali,Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Tiup dalam air dan minum.Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al Waqiah ayat 35-38 :
" Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (tidak pernah disentuh ),yang tetap menyintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

In shaa allah dengan mengamalkan surah Al Waqiah ini kita akan dimurahkan rezeki dan dapat membantu mereka yang memerlukan.Bacalah surah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNya,jangan berniat untuk menjadi kaya di dunia yang sementara ini.Niatlah agar kita dapat membuat amal jariah untuk bekalan di akhirat kelak...

Semoga bermanfaat buat semua...
Selamat Beramal....

Sabtu, 22 Februari 2014

ASSALAMUALAIKUM ....

Surah Al Mulk

Al Mulk merupakan satu surah yang mempunyai banyak kelebihannya.Membaca surah ini sebelum tidur adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.

" Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Al Sajdah dan Al Mulk."
(HR - At Tarmizi)

KELEBIHAN YANG DIJANJIKAN KEPADA PENGAMAL SURAH AL MULK :
  • Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat kelak
  • Menyelamatkan si pembacanya dari seksaan kubur
  • Berada di bawah naungan sayap para malaikat (rahmat Allah)
  • Wajahnya bercahaya seperti seperti wajah Nabi Yusuf di akhirat kelak
  • Nabi SAW bersabda ," surah ini datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati "
  • Surah ini bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian
Surah Al Mulk merupakan surah ke 67 dalam Al Quran.
Di namakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud 'KERAJAAN'.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Jadikan Surah Al Mulk sebagai surah yang wajib dibaca setiap malam sebelum tidur dan lakukanlah secara istiqamah dalam kehidupan seharian...

Semoga bermanfaat buat kita semua.
Selamat beramal...

Sabtu, 25 Januari 2014

Setiap insan di dunia ini telah ditetapkan rezeki masing-masing samaada sedikit atau banyak sejak di dalam kandungan ibu lagi.Keyakinan terhadap rezeki yang datangnya  dari Allah SWT merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang amalan-amalan yang boleh membuka pintu rezeki kita.
Jom sama-sama kita baca ye...


12 amalan yang tersebut di atas merupakan amalan-amalan yang akan memberi kita rezeki jika selalu diamalkan.


Hadis di atas pula menyebut tentang kelebihan Solat Sunat Subuh yang dilakukan 2 rakaat sebelum menunaikan Solat Subuh.Fadilatnya amat besar jika diamalkan selalu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....Selamat Beramal...:)



Rabu, 22 Januari 2014

Beberapa hari yang lepas,kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kanak-kanak usia seawal 2 tahun.Pelakunya sangat kejam sanggup melakukan sedemikian terhadap insan yang tidak berdosa itu.Luluh hati saya sebagai seorang ibu tatkala menerima berita tergempar ini.Bagaimana perasaan mereka apabila tergamak melakukan sedemikian ??Semoga mereka mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut.Ingatlah Allah Maha Adil...
Hari ini musibah,ujian dan bala ada di mana -mana.Tiada sesiapa yang boleh menjadi pelindung kepada kita selain Allah.Sebagai ikhtiar agar diri kita dan anak cucu kita sentiasa dalam jagaan Allah,maka ajarkanlah kepada mereka semua akan Doa Pelindung Diri ini.Doa ini mestilah dibaca 3 kali pagi dan petang.Jadikan ia sebagai amalan harian.


sumber dari Dr Tengku Ismadi

Semoga diri kita sentiasa di bawah lindunganNya...In shaa allah...Sama-sama kita amalkan...
Semoga bermanfaat....:)

Isnin, 29 Julai 2013

Hikmah Ayat Seribu Dinar


Pada suatu masa dahulu ayat 2 hingga 3 dari surah At-Talaq ini telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini daripada Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Semuanya adalah dengan izin Allah SWT...sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg t'baik untuk setiap umatnya....seperti maksud ayat seribu dinar ini   "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"  maka hendaklah kita mengamalkannya dan bertawakkal kepada Allah SWT serta janganlah kita melakukan perkara2 yg dimurkai Allah SWT dan meninggalkan suruhan-NYA....Semoga Allah SWT akan memberkati hidup kita dan mepermudahkan setiap urusan yang kita jalankan....AMIN....


Ahad, 28 Julai 2013

DOA DAN ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

Salam semua....dalam entri yang lalu ,saya telah berkongsi tips untuk banyakkan susu .Kali ini saya ingin berkongsi pula doa dan zikir yang mesti di amalkan oleh ibu-ibu untuk mendapatkan susu yang lebih banyak...


Maksud ayat : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakkan di muka bumi
  • Berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna Kekuatan-Nya) – 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- “YA ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau telah syariatkan…aamiin..”
  • Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam
  • Baca surah Al-Baqarah, ayat 60; Letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga ALLAH murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun… Insha Allah..
SELAMAT BERAMAL...

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog