Memaparkan catatan dengan label RESEPIKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPIKU. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Semalam dapur gasku tak menyala.Bukan sebab kehabisan gas tapi mungkin dapur tu yang problem.Dah tukar bateri pun masih tak menyala.Masalah jugak ni....
Tapiiiii....periuk Noxxa kan adaaaa......
Apa lagi terus masak sup guna periuk tu.


Macam-macam function ada...stir/fry,steam,high pressure dan slow cook.


Sekejap je dah mendidih....siakap masak sup...


Taraaaa....dah pun siap,campak-campak je...

Bagi wanita yang berkerjaya,saya sarankan belilah periuk ni,bukannya apa ia akan memudahkan dan menjimatkan masa kita.Yelah balik kerja semua benda nak kena settle,uruskan anak,nak masak lagi,basuh baju.Banyak kerja kan nak buat.Segalanya mudah dengan Noxxa...







Khamis, 15 Oktober 2015

Ibu-ibu semua sudah masak ke belum?Agak-agaknya menu apa tengahari ni ?Mesti special kan buat hidangan suami dan anak-anak.Air tangan isteri adalah yang terbaik untuk keluarga.Barulah berkat.
Hari ni menu saya ialah masak asam pedas ikan duri.Ada telur lagi tu.Rezeki saya sebab dah lama tak makan telur ikan duri.Nasib baik tak mengidam masa preggy baru-baru ni.Mana nak cari kan.Susah jugak nak dapat ikan duri dengan telurnya sekali.Ini pun ayah yang kasi.Fresh dari laut sebab ayah kita seorang nelayan.Bersyukur sangat sebab  setiap hari berpeluang menikmati ikan yang segar.Free pulak tu.Hihihihihi..



        Inilah telur ikan duri..nyum nyum


              Asam pedas ikan duri...

Senang je nak masak lauk ni.Blend cili kering beberapa tangkai bersama bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit hidup.Masukkan terus bahan kisar tu ke dalam periuk,tak perlu tumis pun.Letak lengkuas sikit dan beberapa keping asam keping.Air agak-agak je.Dah menggelegak tu barulah masukkan ikan duri.Garam dan serbuk perasa secukupnya.Siap...ringkas dan mudah....




Ahad, 15 Mac 2015

Detoks adalah proses pembersihan dari segala kotoran dan racun-racun di dalam badan kita.Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau bahan buangan dari tubuh badan manusia.Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih dan segar.Selain itu,ia juga memastikan buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Berikut adalah sayuran dan buahan yang penting untuk proses detoks :

Sayur - celery,kobis ungu,brokoli,salad,tomato dan lobak

Buah - epal hijau,nanas,pear dan lemon/oren


Saya ingin berkongsi beberapa resepi yang boleh membantu proses detoks kita.Antaranya ialah:

1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat.Lemon pula membantu dalam pencernaan dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN + RASBERI + ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin.Rasberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan kandungan anggur melawan kanser.

3. RHUBARB + EPAL + KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan.Kayu manis pula merupakan salah satu herba yang berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti oksidan dan limau pula sangat bagus sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk pembakaran lemak,penghadaman,sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular,perlindungan usus dan kitaran gula dalam darah.

8. TIMUN + LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nafsu makan,penghidratan,elak perut kembung dan kekal kurus.



Isnin, 2 Mac 2015

Akhirnya dapat jugak saya memiliki periuk Noxxa yang semakin popular sekarang ni.Alhamdulillah...
Periuk ni memang ajaib sebab boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan.Cepat pun cepat.Jimat masa bagi mereka yang bekerja.Jom saya kongsikan resepi pertama periuk Noxxa ni...

RESEPI PERTAMA DENGAN NOXXA
Saya ni bukanlah pandai sangat membuat kuih tradisional tapi dengan periuk ni segalanya menjadi.Mudah sangat.Hari tu saya cuba buat kuih bakar pandan.Ni resepinya ye....salin cepat...

Bahan-bahannya :
- 1 cawan air pandan
- 2 cawan santan
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- sedikit garam

Saya blend semua bahan kat atas tu sehingga sebati.Lepas tu steam selama 7 minit je.Baunya memang harum.Lembut dan sedap....cubalah pasti tak rugi..anak-anak semua suka...sekelip mata je licin...hehehehe..



Dah masak


Sedap kan...

Selamat mencuba resepi dari Noxxa....:)




Sabtu, 13 Disember 2014

Ikan Patin sangat popular di Pahang terutamanya di Temerloh.Isinya sangat lembut dan rasanya lemak-lemak gitu.Memang sedap dan tidak hairanlah kenapa ia menjadi kegemaran anak saya.Pantang nampak menu ni kat kedai terus dia sambar.Ikan patin masak tempoyak menjadi menu kegemaran ramai.

Hari ni hari minggu,ada pasar pagi kat Rompin.Ada la satu gerai tu jual ikan patin.Rasa nak masak ikan patin je hari ni.Tengok harga pun sangat berpatutan.Saya ambil seekor hanya RM 10 je.Ok lah tu.Masih hidup lagi tau.Segar.Dah siap dipotong.Senang la balik terus masak.hehe



Ikan Patin yang siap dipotong...

Saya nak kongsikan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak untuk korang semua.Nak tak ???

BAHAN-BAHANNYA :
1) Seekor Ikan Patin (kira-kira 800g) 

Bahan A : ( Dikisar bersama )
2) Bawang merah - 2 ulas
3) Bawang putih - 2 ulas
4) Halia - 1 inci
5) Kunyit hidup - 1 inci
6) Lada besar - 3 biji
7) Cili padi - 10 biji

Bahan B :
8) Serai - 3 batang
9) Daun kesum
10) Tempoyak - 2 sudu besar



Antara bahan-bahannya
CARA MEMBUATNYA :
Sebelum tu,kita mesti cuci ikan tersebut sebersih-bersihnya.Ikan Patin ni baunya agak hanyir.Jadi,kita ambil beberapa biji limau dan cuci bersama ikan patin tu.Bau hanyir tersebut akan hilang.



Cuci bersama limau

Lepas tu,bolehlah kita kisar bahan-bahan yang perlu dikisar seperti bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup,lada besar dan cili padi.Kalau nak lagi pedas,letaklah lebih cili padi.Kasi berapi gitu...hihihi...



Bahan yang siap dikisar

Memula,kita tumis bahan yang dikisar sehingga sedikit garing.Api perlahan ye nanti hangusss....Kemudian,masukkan serai,tambahkan sedikit air.Jangan terlalu banyak nanti kuah jadi cair.Bolehlah masukkan beberapa helai daun kesum dan tempoyak.Biarkan sehingga mendidih.Selepas tu,perasakan dengan sedikit garam,ajinomoto dan gula.Ikut citarasa masing-masing ye.
Paling penting jangan masukkan ikan terlalu awal sebab,Ikan Patin ni isinya sangat lembut nanti hancur pulak.Bila dah mendidih,barulah masukkan ikan.Biarkan sehingga ikan masak....
Dah siap....senang je kan ...sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas,tambah pulak ada ulam dan sambal belacan.Habis la diettt.....huhuhuhu...



Ikan Patin masak tempoyak

Selamat mencuba...:)

Sabtu, 8 November 2014

Fenomena jeruk asam boi semakin popular apabila semakin ramai mengupload gambar-gambar yang pasti membuatkan kita meleleh air liur.Biasa kita dengar jeruk ini hanya digilai oleh ibu hamil tapi jeruk asam boi ni menjadi kegilaan semua orang.Tak ke pelik tu.Siapa agaknya yang memula mencipta resepi ni.Memang fantastic sehinggakan saya juga terkena penangannya.Heeee..
Hari tu ternampak la orang upload gambar cara-cara membuat jeruk mangga asam boi kat facebook.Memang senang je nak buat tu.Pastu bagaikan nak gila mencari mangga kat pasar,kat lelong,kat pasaraya,semuanya tak ada.Punyalah dasyat viral jeruk asam boi ni.Gigit jari saya tak dapat cari mangga...huhuhu...
Last-last beli online je.Jeruk asam boi pun boleh beli online kauuu...tapi harganya agak mahal.Mahal pun mahal la janji saya dapat makan.Macam orang mengidam pulak dah.Hishh..
Tapi saya masih tak puas hati,rasa nak buat sendiri jugak.Selain mangga,buah epal pun boleh buat jugak.Terus pergi kedai buah beli sebungkus buah epal,kebetulan ada jual asam boi terus grab...Sebungkus buah epal harganya RM 3,asam boi RM 2...modal baru RM 5..saya beli online hari tu sebekas jeruk harganya RM 15...memang berbaloi kalau buat sendiri.Senang je pun...

CARA-CARA MEMBUAT JERUK EPAL ASAM BOI.

  • Buah epal dipotong kecil-kecil tanpa dibuang kulitnya.Guna epal hijau ye.Basuh bersih dan toskan airnya.
  • Gaulkan epal bersama gula,sedikit lada kecil (dihiris) dan asam boi.Lagi banyak asam boi lagi sedap.
  • Gaul sehingga sebati.Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk.
  • Biarkan ia selama 5 jam barulah boleh dimakan.Kalau lebih lama lebih sedap.


Hasil air tanganku

Anak saya yang kecik tu pun suka makan jeruk ni.Lain kali kalau buat tak payah letak lada,boleh anak-anak makan sekali....Nak tunggu mangga ni ,bila boleh dapat agaknya.....urmmm

Cubalah buat sendiri jeruk asam boi ni.Senang dan sedap...
Selamat mencuba...


Rabu, 1 Oktober 2014

Lagi 2 hari umat Islam akan meraikan sambutan Aidil Adha iaitu pada 5 Oktober 2014 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1435 H.Ramai juga yang akan melakukan ibadah korban pada hari tersebut.Alhamdulillah..
Korang semua dah buat kuih ke ??? Kuih yang paling saya suka semestinya kuih Dahlia atau dipanggil juga semperit.Kuih tu mesti wajib saya cari kalau musim perayaan.Rasanya memang sedap,lemak,lembut gitu.Mudah pulak tu nak buat.Jom saya kongsikan resepi mudah biskut Dahlia ni.

BAHAN-BAHAN.

Antara bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang digunakan memang mudah untuk didapati.Bajet pun rendah je.Antaranya ialah :

  • 1 cawan mentega - saya guna buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Tepung kastard secukupnya
  • Sedikit esen vanila
Saya lebih suka menggunakan sukatan cawan sebab lebih mudah nak sukat.Lagipun penimbang takde..alamak kantoi lak..hehe..

CARA MEMBUATNYA.
  • Mula -mula campurkan gula aising bersama mentega.Pukul sehingga sebati dan kembang.
  • Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi hingga sebati.
  • Lepas tu ,masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung.Uli dengan menggunakan tangan.
  • Apabila sudah sebati,masukkan pula tepung kastard sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan semasa menguli.
  • Dah siap adunan tu,bolehlah menekap dengan menggunakan acuan biskut.
Ni lah acuannya

  • Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam acuan tersebut dan tekan untuk menghasilkan bunga.Kemudian hiaskan dengan menggunakan buah ceri ,kismis atau choc rice.Ikut citarasa masing-masing.
Letak atas dulang pembakar

  • Apabila selesai menerap bunga,bolehlah dibakar ke dalam oven dengan api sederhana .Masak sehingga kekuningan.Jangan sampai hangus ye...
  • Satu adunan tu biasanya boleh menghasilkan sehingga 60 keping biskut Dahlia.Banyak juga tu.
Biskut Dahlia.

Inilah hasilnya.Mudah je kan nak membuat kuih ni.Rasanya pun sedap...Kalau korang rajin bolehlah cuba buat tapi kalau ada penyakit 'M' beli sudah lah..hehehe..

SELAMAT MENCUBA...






Khamis, 18 September 2014

Ini merupakan kali pertama saya ingin berkongsi resepi dalam blog ni.Ingin membuat kelainan dalam entry kali ini.Bolehkan?
Resepi yang sangat mudah untuk disediakan tanpa perlu memasak atas dapur  tapiiii tersangatlah sedap pada yang menggemarinya.Resepi apa tu?? Jom TERJAHHHH...


Cheesekut ku..


Itulah CHEESEKUT.Meh nak share resepinya..

Bahan-bahannya :

  • Cream cheese 250 g
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Biskut deluxe crackers original (apa2 biskut pun boleh la)
  • Nestum
  • Susu segar Dutch Lady (untuk celup biskut)
Cara-cara membuatnya:
  • Pukul cream cheese dengan menggunakan stand mixer sehingga hancur.
  • Kemudian ,masukkan susu pekat.Putar sehingga sebati.
  • Susu Dutch Lady tu mesti dipanaskan sekejap di atas dapur.Jangan terlalu panas,suam2 aje.
  • Celupkan biskut ke dalam susu segar itu tadi dan susunkan ke dalam loyang.
  • Sapukan cream cheese di atas biskut tersebut dan taburlah nestum mengikut citarasa anda.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga ke lapisan yang terakhir.
  • Sejukkan cheesekut ke dalam peti ais terlebih dahulu selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  • Ok siap.
Mudah je kan nak buat cheesekut ni.Bahan-bahan pun senang didapati.Jimat kos lagi.
Selamat mencuba kawan-kawan semua....dah cuba pasti nak buat lagiii

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog