Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan

Isnin, 14 April 2014

Pernah tak dengar segelintir nasihat yang mengatakan jika kurang darah semasa hamil makanla hati ayam untuk banyakkan darah? Sebaliknya perkara ini perlu dielakkan terutamanya ibu hamil.

Hati ayam..

MENGAPA IBU HAMIL PERLU BERHATI-HATI MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMANYA HATI ?
  • Vitamin A merujuk kepada 2 jenis nutrien iaitu retinol dan provitamin A carotenoid.
  • Retinol terdapat dalam menu yang berasaskan haiwan seperti telur,susu dan hati.Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.
  • Carotenoid pula banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.Ia harus ditukar dahulu kepada Vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
  • Bagi ibu hamil,keperluan vitamin A yang syorkan ialah 750 mg (2,500 IU) dalam sehari.Ibu hamil tidak perlu mengambil jumlah Vitamin A yang disyorkan setiap hari,ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu.Ini kerana,Vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
  • Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah,tenusu,ikan,telur dan sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A,maka ibu hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A.
  • Pengambilan Vitamin A yang terlalu banyak dari sumber produk haiwan,boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
  • Namun,Vitamin A yang berbentuk carotenoid yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak manapun kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh.
Oleh itu,ibu hamil dinasihatkan agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan dan apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan.Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan...
Semoga bermanfaat buat semua..

# kredit :Dr Zubaidi Hj Ahmad

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU DAN G-DEX.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Jumaat, 17 Januari 2014

Nutrisi adalah satu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk tubuh badan dan bukan ubat ubatan.Bagi ibu-ibu yang hamil kepentingan nutrisi dalam pemakanan seharian akan memberikan kesihatan kepada tubuh dan bayi.

contoh makanan untuk ibu hamil

Antara kumpulan makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah :
  • ZAT BESI / IRON - untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.Makanan seperti ikan,daging merah dan hati akan mengurangkan penyerapan iron ke dalam tubuh,begitu juga kalsium seperti susu,keju dan produk tenusu yang lain.Ambil suplemen zat besi /iron sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan tersebut.
  • ASID FOLIK - penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan.Asid folik juga sangat baik diamalkan oleh wanita yang berusaha untuk hamil.
  • KALSIUM - untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi ibu.Ibu mengandung cenderung untuk mengalami sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium.Ibu hamil memerlukan 1000 mg kalsium sehari.
  • OMEGA 3 - penting untuk perkembangan otak,sistem saraf dan penglihatan yang baik.Ikan adalah sumber omega yang terbaik,terutamanya ikan Salmon.Tetapi berhati-hati kerana terdapat ikan yang diracuni akibat pencemaran laut.
Kumpulan makanan tersebut boleh diperolehi daripada pemakanan seharian ataupun dari suplemen kesihatan.Pastikan ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh tersebut supaya bayi yang anda mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya....barulah si comel dapat membesar dengan sihat kan ???
Semoga bermanfaat buat semua....:)

Khamis, 16 Januari 2014

Pada awal kehamilan,kebiasaannya wanita akan mengalami rasa mual atau lebih dikenali sebagai ' morning sickness'.Rasa mual ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku kepada wanita hamil sehingga menyebabkan mereka sensitif terhadap bau,tekstur dan penampakan makanan.Gejala ini ketara pada trimester pertama kehamilan dan akan berkurangan pada trimester kedua dan ketiga.

Mual ketika hamil

Tahukah anda bahawa rasa mual atau muntah pada wanita hamil mempunyai kelebihannya ?
Walaupun gejala ini membuatkan wanita hamil merasa sedikit tertekan dan tidak selesa tetapi ianya memberikan beberapa kelebihan seperti :
  • risiko keguguran lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalaminya
  • mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda.
  • kematian pada bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami rasa mual ini
  • mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra matang
  • berat lahir lebih tinggi
  • risiko kecacatan selepas dilahirkan lebih rendah
  • ukuran plasenta bertambah. - kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya berat badan seterusnya menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin.Plasenta yang lebih besar menjamin bekalan makanan dan oksigen yang sihat kepada janin.
Melalui perkongsian ini ,kita dapat mengetahui bahawa setiap kejadian atau keadaan yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah mempunyai kelebihan dan hikmahnya.Sebagai hambanya kita haruslah bersabar menerima sesuatu dariNya.Semoga ilmu yang dikongsi bersama hari ini memberi manfaat buat anda semua...



Ahad, 22 September 2013

Masalah hemoglobin (hb) rendah semasa hamil adalah perkara biasa.Hb rendah atau lebih dikenali sebagai anemia berlaku di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada 9 gm peratus hemoglobin.Di bawah ini kita boleh lihat tahap-tahap keseriusan anemia tersebut...

PARAS HB(g/dl)                   TAHAP ANEMIA
< 6.9                                       sangat serius
6.9 - 8.0                                  serius
8.0 - 9.5                                  sederhana
9.5 - 10.5                                ringan

TANDA-TANDA AWAL ANEMIA:

  • sentiasa letih
  • pening kepala atau pitam
  • mudah sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • warna kulit kelihatan pucat
  • penurunan berat badan
  • kadar denyutan jantung yang cepat
  • lemah daya ingatan
PUNCA MASALAH ANEMIA:
  • peningkatan dalam isipadu darah
  • penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • kekurangan pengambilan zat besi dalam diet seharian
  • kekurangan asid folik
  • kehilangan darah dari pendarahan buasir
RISIKO IBU HAMIL YANG MENGALAMI ANEMIA:
  • ibu boleh pitam/pengsan
  • mengalami keguguran
  • mengalami kegagalan jantung
  • pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • risiko alami penyakit berjangkit
  • pertumbuhan janin terbantut
  • bayi lahir tidak cukup bulan
  • anak lemas semasa lahir atau asphyxia
Bagi mengatasi masalah hb rendah ini Shaklee dapat membantu anda dengan pengambilan suplement yang dikenali sebagai multivitamin iaitu VITA-LEA WITH IRON FORMULA...Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda.

Multivitamin terbaik..

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA VITA-LEA...

Testimoni 1

Testimoni 2


Berkongsi tentang HB rendah ni..teringat pulak pengalaman saya semasa hamil dulu.Anak pertama dulu,saya memang tak makan langsung vitamin yang dibekalkan oleh nurse tu sebab ada orang cakap kalau makan vitamin nanti anak jadi besar...first time check hb ok lagi 11 gm..makin lama bacaannya makin turun sehingga 7 gm..akibatnya saya disuntik sebanyak 10 kali di bahagian punggung.1 kali 1 hari..uuuwaaa..sakitnya hanya tuhan yang tahu...habis lebam punggung saya ...nak hilangkannya mengambil masa bertahun-tahun tau...
Fobia dengan suntikan tu...masa anak kedua dan ketiga terus makan vitamin untuk tambah darah seperti asid folik dan iron..alhamdulillah dah tak ada lagi masalah hb rendah..bacaan maintain je sampai bersalin...dah tak kena suntik lagi...
Kesimpulannya pengambilan vitamin semasa hamil khususnya asid folik dan zat besi sangat penting untuk ibu dan bayi.Pilihlah suplement yang terbaik untuk anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com...

order sekarang....:)


Selasa, 3 September 2013

Salam semua...semoga anda semua diberkati olehNya....dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang vitamin shaklee yang tidak boleh diambil dan boleh diambil semasa hamil..vitamin untuk ibu hamil sangat penting untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu.Tetapi tidak semua vitamin boleh diambil oleh ibu-ibu hamil ye...

Vitamin yang dilarang semasa hamil :

* Vitamin E
* Alfalfa
* GLA
* Vivix
* Cinch
kecuali atas saranan doktor sendiri...

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan di ambil oleh ibu-ibu pada awal kehamilan kerana bimbang ibu-ibu akan mengalami risiko keguguran.Biasanya di awal kehamilan imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan kepada bayi untuk membesar dalam rahim si ibu.Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran kepada janin tadi.Jadi,vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu mengandung.
Jadi ,ibu-ibu di luar sana pastikan anda tidak mengambil vitamin-vitamin yang tersebut ye.Bukan apa untuk keselamatan bayi yang anda kandung juga ye...ambillah vitamin yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi kita...

Vitamin yang penting semasa hamil :

* Protien (ESP) -untuk bina sel.Sel terbina dari protien.Tanpa protien pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

* Multivitamin dengan zat besi (Vitalea) - memastikan sel mendapat kesemua vitamin penting dalam membentuk organ.Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

* B complex - penting untuk pembinaan sel darah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala

* Vitamin C - pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi

* Kalsium (Ostematrix) - pembinaan sel darah merah dan tulang bayi

* Omega Guard - membantu pembentukan sel otak


Pastikan anda mendapat konsultasi yang betul agar pengambilan vitamin memberi kesan yang optimum kepada kesihatan kita...



Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan vitamin untuk kesihatan anda....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL :012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog