Memaparkan catatan dengan label ALOE VERA GEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALOE VERA GEL. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

SEGALA YANG INGIN ANDA KETAHUI TENTANG ALOE VERA....




Fakta dan info ringkas

1. Berbanding jus buah yang lain,secara SEMULAJADINYA Aloe Vera kaya dengan :
- 20 mineral
- 20 asid amino termasuk 7 daripada 8 jenis asid amino perlu
- 12 vitamin termasuk vitamin B12 yang lazimnya tidak boleh didapati dalam diet pengamal sayur-sayuran
- Enzim dan koenzim
- Alhraquinone,lignin san saponin menjadikannya minuman lengkap dan sungguh menyegarkan

2. Bagaimana untuk memilih Aloe Vera yang terbaik ?
- Pastikan produk tersebut tulen,berkualiti dan mujarab.Carilah :
- Tanda International Aloe Science Council yang mengesahkan ketulenan Aloe Vera dalam sesuatu produk.Lebih tinggi kandungan Aloe Vera lebih bernilai produk tersebut untuk wang anda.
- 100% Aloe Vera stabil untuk menjamin kesegaran produk.Oleh kerana Aloe Vera lazimnya akan teroksida dalam masa beberapa jam sahaja selepas dituai,ia mudah hilang keberkesanannya dan kemujarabannya.
- Daripada 300 jenis Aloe Vera di dunia,hanya sebilangan kecil sahaja yang sesuai untuk dimakan oleh manusia dan sebilangan kecil ini,Aloe Barbadensis Miller merupakan spesis yang mengandungi tahap nutrien yang paling tinggi.

3. Apakah waktu yang terbaik untuk minum Aloe Vera ?
-Bila-bila masa sahaja iaitu 30 minit sebelum atau selepas makan
- Awal pagi bagi membantu mengawalatur pelbagai jenis bakteria yang mendiami usus.

4. Berapa banyakkah Aloe Vera yang perlu diminum ?
- Oleh kerana Aloe Vera merupakan minuman berasaskan tumbuhan semulajadi,anda boleh mengambilnya seberapa banyak yang anda ingini.Pada mulanya sesetengah orang akan minum sebanyak 30 ml - 60 ml dua kali sehari.Sedikit kesan laksatil mungkin akan dirasai oleh sesetengah orang tetapi ia tidak memudaratkan kerana ia adalah sebahagian daripada proses penyahtoksikan yang sedang berlaku.

5. Siapakah yang sepatutnya mengambil Aloe Vera ?
- Aloe Vera ialah sejenis adaptogen yang memiliki nilai Ph yang hampir sama seperti manusia.Oleh itu,ianya sesuai diambil oleh semua golongan.
- Bagi mereka yang menghidapi sebarang jenis penyakit amat digalakkan mengamalkan minuman ini kerana ia membantu meningkatkan sistem imun dalaman tubuh.
- Namun begitu,wanita hamil harus mendapatkan nasihat pakar ginekologi mereka sebelum mengambilnya.Jika dibenarkan,pengambilan Aloe Vera dalam kuantiti yang sedikit sahaja sudah memadai untuk melegakan sembelit dan mabuk hamil.

6. Apakah khasiat yang akan saya perolehi ?
- Kita perlu ingat segala penyakit berpunca daripada usus yang tercemar.
- Aloe Vera merupakan pilihan yang terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan,merangsang sistem imun,anti keradangan dan penyembuh luka.
- Membantu membersihkan usus (detox),menyingkirkan toksin yang terkumpul dan menjadikan sistem penghadaman lebih bersih.
- Memperbaiki struktur sel kulit agar kelihatan lebih sihat dan berseri
- Bertindak 2 in 1 sebagai agen penyahtoksikan dan kecergasan.

7. Bilakah saya akan dapat merasai khasiatnya ?
- Ianya berbeza mengikut diet dan metabolisme tubuh seseorang individu.Berikan diri anda tempoh selama 2 bulan untuk merasai sepenuhnya khasiat produk ini.Oleh kerana Aloe Vera membantu tubuh membersihkan,memulihkan,melindungi dan menyeimbangkan diri secara berterusan,anda dinasihatkan tidak menghentikan pengambilannya sebaik sahaja anda terasa lebih sihat.Anda juga harus ingat bahawa pengumpulan toksin dalam tubuh juga merupakan perkara yang sentiasa berlaku.

8. Adakah Aloe Vera memiliki sebarang kesan sampingan ?
- Selain sedikit kesan laksatif yang menandakan bahawa proses penyahtoksikan dan pembersihan sistem dalaman tubuh sedang berfungsi dengan sempurna,tiada sebarang kesan sampingan lain yang diketahui.Proses penyembuhan ini merupakan proses dimana toksin dikumpulkan,ditolak dan disingkirkan daripada tubuh.Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tetapi lazimnya ia mengambil masa 2 minggu setelah Aloe Vera mula diambil.

9. Bolehkah ia diminum oleh mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan doktor ?
- Aloe Vera merupakan suplemen makanan dan boleh diambil bersama ubat-ubatan biasa yang lain.

10. Mengapa anda perlu memilih Aloe Vera kami ?
- Anda tidak perlu bimbang untuk memilin Aloe Vera kami kerana kami telah mendapat pengiktirafan 100 daripada :



Hubungi rakan niaga anda yang peramah jika berminat dengan produk FOREVER.Konsultasi percuma akan diberikan.

NOREHAN SAAD
NO.TEL/SMS/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Sabtu, 10 Oktober 2015

Semakin hari semakin ramai yang mencari si botol kuning.Apa yang bestnya dengan isi kat dalam tu???Kalau nak tahu jawapannya bacalah sampai habis...Apa benda botol kuning tu yek...hehehe


Inilah si botol kuning...Forever Aloe Vera Gel.Produk yang berasaskan aloe vera.Organik dan merupakan makanan sunnah.Hebat tu!
Sebelum mencuba aloe vera gel ni,saya tertanya-tanya bagaimana rasanya.Rasa payau ke,kelat ke,pahit ke???Kalau tak cuba macam mana nak tahu kan.Kebetulan dalam produk Forever Living ni,ada madu gurun yang sangat bagus untuk kesihatan.Saya pun cuba minum Aloe Vera Gel bersama dengan sedikit madu forever.Bukan banyak pun kena minum hanya suku atau setengah gelas je ikut saiz badan kita.Sekali minum fuhhh ...sedap yang amat rasanya!!Rasa masam-masam manis gitu.Memang sedaplah wehh...Macam kita minum jus buah tapi ini jus aloe vera yang segar.


Hampir seminggu dah saya amalkan minuman ni setiap pagi.Mesti minum semasa perut kosong tau.Gabungan antara aloe vera gel dan madu ini membuatkan saya rasa bertenaga sepanjang hari walaupun setiap malam bangun untuk susukan Aisyah yang usianya baru 2 bulan.Memang kerap lah kena bangun malam sebab Aisyah kuat menyusu.Tapi semua tu tak jadi masalah sebab saya ada jus aloe vera + madu!! Hanya dari Forever Living...
Bukan je rasa bertenaga tapi ianya juga melawaskan pembuangan.Rasa lega sangat lepas membuang.Ye lah sebab aloe vera gel ni berfungsi untuk cuci usus kita.Segala kotoran dan sisa toksin yang menempek kat dinding usus tu semuanya akan disingkirkan.Bayangkan kalau umur kita dah 30 , 40 tahun tapi tak pernah pun cuci usus.Tu yang rasa letih,kulit muka pun kusam,jerawat tumbuh sana sini ,semuanya berpunca dari USUS YANG KOTOR!
Jadi bermula dari sekarang,jom cuci usus...hubungi saya jika berminat dengan produk ini.... saya akan membantu..

NOREHAN SAAD
TEL/SMS/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Rabu, 7 Oktober 2015

Daun lidah buaya adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak khasiatnya.Nama saintifiknya ialah Aloe Vera.Ianya sering digunakan dalam alat solek untuk memelihara kecantikan.


Image result for lidah buaya
Pokok lidah buaya

Orang Red Indian menggelar daun ini sebagai ' kuasa dari syurga '.Marco Polo pula dikatakan pernah melihat ia digunakan oleh orang-orang cina sebagai ubat dan bahan kecantikan dan ia juga dikatakan pernah digunakan oleh Cleopatra,permaisuri Mesir tua yang termasyhur.Sementara itu Iskandar Zulkarnain pula dikatakan terpaksa menakluk sebuah pulau semata-mata untuk mendapatkan tanaman ini bagi merawati tentera-tenteranya yang cedera.Begitulah lagenda daun lidah buaya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dikatakan telah digunakan sejak 3500 tahun yang lalu.

Hasil dari kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa tanaman daun lidah buaya ini mengandungi pelbagai bahan termasuk antibiotik,bahan pembeku,bahan untuk mengecut,bahan perangsang untuk pertumbuhan dan pereda sakit.Daun lidah buaya juga mengandungi 'hormon luka' yang dapat mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka.
Antara komponen yang terdapat dalam daun ini ialah glukos,galaktosa,bahan pemusnah kuman,vitamin,enzim,bahan galian,kalsium dan banyak lagi.Bahan-bahan aktif inilah yang bertanggungjawab menyembuhkan sesetengah jenis penyakit.
Daun lidah buaya khususnya lendirnya memang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu memelihara pembuluh darah serta perjalanan darah dengan baik.Bahan pottasium yang terdapat dalam daun ini membantu rentak denyut jantung dan memberangsang buah pinggang untuk membuang bahan lebihan dalam tubuh dan kerana itulah ia dikatakan boleh menjadi bahan ' pencuci yang asli '

Kalau nak tahu,Forever telah mengeluarkan satu produk yang berasaskan daun lidah buaya ini iaitu FOREVER ALOE VERA GEL...




ALOE VERA GEL
  • Minuman berkhasiat yang terdiri dari lebih 202 nutrisi termasuk 20 mineral,20 jenis asid amino,kolagen dan vitamin yang diperlukan oleh badan.
  • Selain itu,sifat semulajadi aloe vera seperti saponins (lendir untuk mencuci),Lignin (kuasa penembusan tinggi/meresap ke dalam sel)
  • Antrakuinon iaitu anti kulat,anti bakteria dan anti virus,meredakan kesakitan,kegatalan dan bengkak.
  • Monosakarida
  • Enzim
  • Ianya mengandungi gel yang distabilkan 100% dan pilihan terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan dan keimunan.
  • Membantu meningkatkan biovailaniliti nutrien kepada sel dan meningkatkan metabolisme tenaga.
  • Mengawalatur fungsi fisiologi dan boleh membantu tidur dan emosi.
  • Boleh membantu dalam penyembuhan sistematik tubuh dari penyakit yang dihasilkan dari proses detoksifikasi yang kurang baik.

 Jika anda berminat untuk mencuba produk ini jangan segan-segan untuk menghubungi saya :

NOREHAN SAAD
WHASSUP/TEL/SMS/: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

JOM SIHAT BERSAMA FOREVER.....

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog