Khamis, 21 Ogos 2014

Kanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia.


APAKAH KANSER PAYUDARA ?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia.Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal.Jika tidak dikesan dan tidak dirawat secepat mungkin,kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang,paru-paru dan hati.

APAKAH PENYEBAB KANSER PAYUDARA ?
Selain dari berpunca dari faktor genetik,baka atau keturunan,banyak bukti yang menunjukkan bahawa bahan kimia tertentu juga penyebab penyakit ini.Bahan kimia ini mengganggu keseimbangan hormon dalam badan dan meransangkan sel payudara sehingga menyebabkan penyakit kanser.
Satu kajian baru-baru ini mendapati wanita yang bekerja dalam industri plastik dan pengetinan makanan mempunyai peningkatan 5 kali ganda dalam kanser payudara.Ini kerana wanita yang bekerja dalam industri plastik terdedah kepada bahan kimia seperti phthalates,bisphenol-A dab paraben yang meransangkan kanser-kanser sel payudara.
Ketiga-tiga bahan kimia ini,diketahui setakat ini dengan sahih boleh menyebabkan kanser payudara.Malangnya penggunaan bahan-bahan kimia ini sukar dielakkan kerana ia juga terdapat dalam plastik pembungkusan makanan,bahan pencuci rumah dan produk penjagaan diri.

Bisphenol-A menyebabkan sel-sel payudara yang sihat bertukar menjadi kanser dan membuatkan ubat bagi rawatan kanser payudara menjadi kurang berkesan.
Bagi mengelakkan BPA,kita mestilah elakkan membeli makanan dalam tin dan plastik atau mencari tin yang tidak mengandungi BPA .Adalah lebih baik jika kita memilih kaca untuk tujuan penyimpanan makanan dan botol air.Pastikan barang permainan bayi kita bebas BPA.

Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam produk plastik yang menyebabkan ia menjadi lembut dan mudah dibentuk.Ia banyak digunakan dalam penyegar udara,kosmetik,pencuci,produk pembersihan lain dan banyak lagi.Bagi mengelakkan penggunaannya,kita boleh membaca label pada produk tersebut dan pastikan ia tertulis " bebas dari phthalate ".Jangan membeli penyegar udara sintetik di rumah dan di dalam kereta.

Paraben digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti dalam losyen,krim dan deodorant.Ia diserap ke dalam kulit dan telah dikaitkan dengan kanser payudara.Satu kajian mendapati parabens terdapat 99 % daripada sampel tisu kanser payudara.Ini menunjukkan kaitan parabens dan kanser payudara.Walaupun kandungan parabens dalam kosmetik dalam tahap yang selamat,tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi seperti mempunyai sejarah keluarga ,ia sangat berbahaya.Untuk mengelakkannya ,pastikan barangan kosmetik kita tidak mengandungi parabens dengan membaca label pada produk dan mengelakkan bahan-bahan yang berakhir dengan "parabens" seperti Methylparaben.

Jadi kita mesti berhati-hati dengan setiap barang pencuci ,makanan,kosmetik dan ubat-ubatan yang kita gunakan.Kesan bahan-bahan ini berbeza pada individu yang berlainan.Ini bermakna ,seorang wanita boleh mengalami kanser payudara selepas berterusan menggunakan suatu produk selama 10-15 tahun ,berbanding dengan wanita lain yang tidak mengalami kesan kanser payudara yang sama.

Semoga info ini memberi manfaat buat kita semua....:)

Info : Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Related Posts:

  • TIPS MEMBUAT SUSU YANG BETUL AGAR TIDAK MEMBAHAYAKAN BAYIMembuat susu formula juga ada cara dan tekniknya.Ramai ibu yang masih tidak tahu bagaimana tips membuat susu dengan betul.Tidak ada gunanya jika menggunakan susu yang paling mahal sekalipun tetapi cara membancuh yang salah se… Read More
  • TIPS HILANGKAN LEMAK DI PERUTBanyak lemak ...Oh tidakkk!!!! Masalah perut buncit,lemak yang kian menebal kat perut sering dialami oleh semua orang.Orang kurus pun ada lemak tau.Jangan ingat orang gemuk je perut buncit tapi orang kurus pun ada masalah lem… Read More
  • TIPS ANAK CEMERLANG DARI 1A MENINGKAT KE 5ASemua ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.Pelbagai cara dan tips dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam peperiksaan akhir tahun 2014 baru-baru ni,anak saya ,Zira berjaya dapat 5A dalam matapelajar… Read More
  • TIPS JIMAT ELEKTRIK DI RUMAHTiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam man… Read More
  • TIPS MEMAKAI LIPSTIK AGAR TAHAN LAMALipstik adalah alat make up yang paling penting buat saya.Kalau keluar ke mana-mana cukup hanya dengan memakai lipstik.Saya ni bukanlah jenis yang suka make up sangat.Pakai foundation pastu lipstik sikit dah memadai bagi saya… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog