Memaparkan catatan dengan label BANJIR OH BANJIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BANJIR OH BANJIR. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Banjir yang melanda di beberapa buah negeri menyebabkan sesi persekolahan bagi tahun 2015 ditangguhkan selama seminggu.Penangguhan itu juga tidak perlu diganti semula kerana kita menghadapi masalah tertentu yang menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan.Itu penerangan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.Anak-anak mesti seronok dengar berita ni.Tetapi dalam seronok-seronok tu,kita jangan lupa masalah banjir yang kian buruk melanda terutamanya di negeri Pantai Timur.Mangsa yang dipindahkan semakin meningkat.

" Cuti seminggu bukan untuk keseronokan ,tetapi satu tempoh persediaan untuk sesi persekolahan 2015 yang lebih mantap selepas banjir " . 
Hashim Adnan (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP )


Keadaan banjir di Pahang..


TARIKH PERSEKOLAHAN YANG BARU
Dengan penangguhan itu,tarikh baru sesi permulaan persekolahan pada tahun 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 iaitu hari Ahad,manakala bagi negeri-negeri lain persekolahan akan bermula pada 12 Januari 2015 hari Isnin.Mengikut jadual sebelum ini,sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.Manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 Januari 2015.


SEBAB-SEBAB PENANGGUHAN
Berikutan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di semenanjung,sehingga Ahad,Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di 7 buah negeri terlibat dengan banjir atau ianya dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi mangsa-mangsa banjir.
Malah,ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak dapat kembali dalam waktu yang terdekat ini untuk mengajar.Selain itu,mangsa-mangsa banjir juga diberi peluang untuk proses pemulihan dan membuat persiapan peralatan persekolahan bagi anak-anak yang kebanyakannya rosak atau musnah akibat bencana tersebut.Bantuan awal persekolahan RM 100 juga akan dipercepatkan terutamanya kepada mangsa banjir.
Sekiranya penangguhan hanya dibuat di negeri yang terlibat dengan banjir,ini akan menyebabkan pelajar berkenaan ketinggalan pelajaran.Sebab itu semua sekolah terlibat dengan penangguhan tersebut.

Sehingga hari ini,keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang.Bersama-samalah kita hulurkan bantuan dari segi makanan,pakaian,bekalan air bersih,duit dan sebagainya.Semoga bencana ini akan berakhir dalam waktu yang terdekat ini.Sama-samalah kita berdoa....

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir yang berlaku di Pantai Timur semakin buruk terutamanya di Kelantan.Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah di Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hanyut di Gua Musang dan berpuluh-puluh buah rumah lagi rosak akibat banjir yang melanda di Hulu Kelantan.Korang boleh tengok gambar kat bawah tu ,merupakan keadaan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai.Kesemua mangsa berada di tingkat 4 kerana air naik dengan begitu cepat sekali.Guru-guru berusaha menyelamat beberapa dokumen sekolah yang penting.Rumah-rumah yang berdekatan dengan sekolah sudah hampir tenggelam sepenuhnya.Surau asrama sekolah pun dah hanyut.Allahuakbar....semoga mereka semuanya selamat....

KEADAAN BANJIR DI KUALA KRAI
Dari tingkat satu bangunan sekolah,mereka terpaksa naik ke tingkat 4 untuk menyelamatkan diri akibat air naik terlalu deras.

Mangsa banjir di SMK Manik Urai

BANJIR DI GUA MUSANG
Kejadian paling cemas berlaku di Gua Musang apabila sebuah bot bantuan mangsa banjir yang dinaiki seramai 8 orang termasuk pasukan penyelamat dan ada juga kanak-kanak berumur antara 3 dan 4 tahun terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.Ada juga mangsa yang terperangkap dan terputus bekalan makanan dan turut menenggelamkan pusat pemindahan banjir tersebut menyebabkan mereka terpaksa naik ke bukit untuk menyelamatkan diri.Semoga Allah melindungi mereka...


Di Gua Musang,bekalan air dan elektrik terputus

Keadaan banjir di Gua Musang

Jalan Kuala Krai - Kota Bharu - Kuala Krai di Sungai Durian dan Jalan Pohon Tanjung - Rantau Panjang masih ditutup dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.Semoga kita lebih berhati-hati di musim banjir ini.Awasi anak-anak kita setiap masa agar kejadian yang tidak diingini berlaku.Sama-samalah kita berdoa agar banjir cepat surut dan mangsa-mangsa banjir dijauhkan dari sebarang musibah.....

Sabtu, 7 Disember 2013

Negeri Pantai Timur paling buruk dilanda banjir pada tahun ini.Pahang antara negeri yang teruk dilanda banjir yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan ancaman nyawa.
Pada musim banjir baik semasa dan selepasnya penyakit-penyakit berjangkit akan mudah merebak.Air banjir membawa najis,sampah sarap dan bangkai haiwan.Tahukah anda,bahawa air banjir mengandungi kuman penyebab penyakit berjangkit seperti kolera,demam kepialu,disentri,leptospirosis dan keracunan makanan.
Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu anda untuk mengelakkan daripda mendapat penyakit berjangkit ini ialah Nutriferon.


Keistimewaan Nutriferon Shaklee ialah ianya dapat meningkatkan inteferon tubuh dan menggerakkan antibodi tubuh untuk melawan virus.Nutriferon dirumus khas dengan 4 ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu biji labu,biji plantigo asiatica,honeysuckle jepun dan juga bunga safflower.Rasanya manis-manis labu sungguh lazat pasti menjadi kegemaran terutamanya kanak-kanak.

Air banjir juga telah mencemari permukaan dan objek-objek dan kita berisiko mendapat jangkitan setiap kali menyentuh permukaan ataupun objek.Membasuh dan membersih permukaan atau objek tercemar tidak mencukupi untuk menghapuskan kuman.Amalkan langkah-langkah berikut untuk membersih dan membasmi kuman pada permukaan di kediaman dan barangan anda:

  • pakai pakaian perlindungan diri seperti sarung tangan dan but getah/PVC apabila membersih
  • pastikan pintu dan tingkap rumah terbuka dan pasangkan kipas untuk memastikan pengudaraan yang baik
  • basuh dan basmi kuman pada permukaan di dalam rumah termasuk dinding,lantai,tombol pintu dan permukaan meja yang telah dicemari air banjir dengan peluntur
  • buang bekas makanan atau minuman yang diperbuat daripada kertas atau kadbod serta barangan dapur yang diperbuat daripada kayu/buluh yang telah dicemari air banjir
  • basuh,basmi kuman dan jemur peralatan yang boleh diguna semula.Ini termasuklah perabot,barangan dapur yang kalis air
Suplemen Shaklee yang dapat membantu anda membersihkan segala peralatan rumah adalah Basic H2 Super Cleaning Concentrate.


Basic H2 yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan yang sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa memang selamat daripada bahan kimia yang berbahaya.Boleh juga digunakan untuk mandian bayi,membasuh peralatan bayi,membersih sayuran dan pelbagai lagi.Bersifat mesra alam dengan bungkusan yang boleh dikitar semula dan selamat untuk sistem septik dan pembentungan.Basic H2 memang sesuai untuk kerja-kerja pembersihan segala peralatan rumah anda...
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee...

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com

BERHATI-HATI SEMASA BANJIR....



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog