Memaparkan catatan dengan label CUTI-CUTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUTI-CUTI. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2015


Pada cuti sekolah yang lalu,kami ke Cameron Highland.Ini adalah permintaan saya sebab teringin sangat nak petik dan makan strawberi yang segar.Mengidam la katakan ..Kami bertolak dari Rompin sekitar jam 10 pagi dan tiba di Cameron kira-kira 5 petang.Keadaan cuaca sekarang ni yang panas menyebabkan keadaan tidak sesejuk mana pun di Cameron.Tak perlu pakai baju tebal pun.Hehehe....
Tapi taklah panas seperti cuaca di Rompin.....nyaman dan tenang sangat berada di sana....

Buah strawberi yang masak ....nyum..nyum...

2 tahun lepas kami ada berkunjung ke mari dalam bulan Disember tapi tak boleh nak petik sendiri buah sebab cuaca sejuk.Tapi kali ni kami berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberi yang masak ranum tuuu...


Pokok subur menghijau....

Tak sabar rasanya nak rasai pengalaman ni,anak-anak lagi teruja....sebab ini merupakan kali pertama dapat petik strawberi tau...mestilah excited ....awal-awal pagi lagi kami dah terjah ke kebun strawberi tu...takut nanti jalan sesak maklumlah cuti sekolah...

Besar-besar buah yang kami petik...

Harga untuk sekilo buah yang kita petik RM 30 tapi ada promosi diaorang bagi...2 kilo RM 40...jadi kitaorang pilih 2 kilo la....tapi bila siap petik timbang semula lebih 2 kilo....agagagaga....kena topup lagi RM 10....jumlahnya RM 50 ++

Lepas dah puas petik buah,kami ke ladang teh pula....masa tu dah tengahari,cuaca agak panas...


Ladang teh Cameron...

Kat sini kitaorang cuma ambil gambar jelah dan minum teh tarik kat restoran kat situ....harga secawan teh tarik RM 3.50....kaw dia punya teh tarik ....

Muka menahan panas...hihihi...

Ingatkan dapat stay lagi satu hari kat Cameron tapi disebabkan tayar kereta pancit,jadi kitaorang terus bergerak keluar ke Bentong nak cari kedai tayar.Huhuhuhu....tapi suami cadangkan untuk bermalam di Bukit Tinggi , Bentong...Punyalah seronok kitaorang sebab tempat tu memang besttt....


Di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Memula kami sesat tak jumpa tempat tu tapi cari punya cari akhirnya ketemu juga....huhuhhuhu...sampai-sampai dah senja...memang indah dan damai tempat ni....



Pemandangan waktu senja...

Tempat ni lagi sejuk rasanya dari Cameron....sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu....private place...

Ada itik lagi kat kolam...

Anak saya yang kecik tu ,Haqim, panggil itik tu ayam...sukanya dia....yelah tak pernah tengok itik la katakan....kejap-kejap cakap nak tengok ayam....hahahahaha...


Ada mainan untuk anak-anak

Haqim taknak keluar bila masuk kat mainan tu...puas ku memujuk...aduhhhh.....hampir kesemua mainan dia nak main...satu mainan 2 token, 1 token RM 2....habis jugak dalam RM 20 melayan kerenah anak-anak...sekali-sekala...asalkan diaorang seronok...


Mandi kolam hotel...

Pagi tu sebelum check out sempatla bawa anak-anak mandi-manda kat kolam....memula Haqim cakap dia taknak mandi ..sampai je kat kolam,dia tengok kakak dan abang dia turun ,dia pun nak turun juga...terpaksa pakai seluar jeans mandi kolam.....adoyaiii Haqim.....mandi pulak kat tepi tangga je....dia takut airrrr....hahahahaha......rambut pun tak basah.....

Dah selesai semua,kami bertolak pulang jam 1 tengahari.......pengalaman bercuti yang paling manis buat kami sekeluarga ......Insyaallah ,kami akan berkunjung lagi ke Bukit Tinggi untuk kali yang kedua.....


Isnin, 15 Disember 2014

Cuti sekolah baru-baru ni kami sekali lagi bercuti ke Sarawak.Suami ada kerja kat sana kebetulan pulak cuti sekolah apalagi kami pun nak ikutttt....tahun lepas hanya jalan-jalan sekitar Kuching je.Tak puas rasanya.Kami bertolak pada hari Ahad.Flight pukul 11.40 pagi dari Lapangan Terbang Senai,JB.So,kami terpaksa bertolak seawal 6 pagi dari Kuala Rompin.Nak berjalan punya pasal anak-anak pukul 5 pagi dah bangun.Bersemangat bangun pagi kalau tak payah betul nak bangun kalau kena pergi sekolah.
Jemputlah baca pengalaman kitaorang kat sana....

MENU ISTIMEWA SARAWAK :
Kalau nak tahu,makanan kat Sarawak sangat istimewa bagi saya.Hasil laut mereka sangat segar.Masa pergi ke Pasar Satok hari tu,banyak hasil laut seperti udang,ikan,ketam dan sebagainya dijual dengan harga yang murah berbanding di semenanjung.Makanan orang Sarawak juga sangat unik.Sayur yang paling saya suka tentunya sayur Midin.Ini menu pilihan kami sekeluarga.Sedap tau.Rupanya seakan-akan pucuk paku pakis.
Sayur Midin goreng belacan....sedap tau

Makanan laut pulak saya suka siput panjang-panjang ni.Alamak lupa orang panggil apa...heee...Tapi kat semenanjung pun ada.Kalau ke Tanjung Lumpur Kuantan boleh dapat benda ni.

Siput masak kari...

HARI PERTAMA DI SARAWAK 
Hari pertama sampai memang penat giler.Kami menginap di Hotel Grand Margeritha ,Kuching.Hotel ni berdekatan dengan Water Front.Kami pilih bilik berhadapan dengan Water Front.Cantik pemandangannya pada waktu malam.Tapi lupa nak ambil gambar sebab kepenatan.Hari pertama tu kami tak ke mana pun rehat kat bilik je.

KE PANTAI SEMATAN
Hari kedua tu pepagi lagi kami dah bangun ,kami terpaksa ikut suami ke tempat kerja kat Lundu.Kebetulan ada pantai yang dekat dengan Lundu iaitu Pantai Sematan.Sematan merupakan tempat yang paling hujung sekali kat Sarawak.Kami menginap di Palm Beach Resort ,Sematan.Cantik jugak resort tu.Harga pun boleh tahan.Bilik kami satu malam RM 320 termasuk sarapan dan makan malam sekali.Katil besar satu dan katil bujang dua.Bilik tu dua tingkat.Tingkat atas untuk katil bujang.Memang menarik.Tapi risau gak sebab kena naik tangga tinggi.Haqim asyik turun naik je tangga tu...huhuhu....



Bilik resort...

Sempat bergambar kat jalan masuk ke resort...

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
Akhirnya hari ketiga tu dapat juga saya ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Santubong.Kat situ ada 7 jenis buah rumah suku kaum di Sarawak seperti Bidayuh Longhouse,Iban Longhouse,Penan Hut,Orang Ulu Longhouse,Melanau Tall House,Malay Town House dan Chinese Farm House.Memang penat sebab kita mesti kena habiskan kesemua kunjungan ke rumah-rumah tersebut.Kami start masuk pukul 1.30 tengahari dan keluar pada pukul 5 petang.Hampir 3 jam kami berjalan meneroka kawasan tu.Lenguh kaki,sakit badan-badan kena dukung si Haqim lagi.Fuhhh...memang agak mencabar....banyak hilang kalori tuuu....berpeluh sakan tapi sangat menarik.Memang berbaloi.Sempat la kami bergambar di beberapa buah rumah tersebut.


Rumah melayu

Rumah Panjang

Hazim cuba naik melalui tangga yang memang tinggi giler....

Uniknya rumah mereka kerana terdapat tangga yang diperbuat dari kayu besar.Tak pasti nama kayu yang digunakan.Tapi memang tinggi sangat,gayat nak naik...saya guna tangga biasa je.Nasib baik ada tangga biasa kalau tak menangis la nak naik....hihihi....selamat...

Rumah Tinggi Melanau

Pada pukul 4 petang pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai suku kaum Sarawak.Yang paling mencuit hati ialah persembahan menyumpit dari suku kaum Penan.Nasib baik tak kena sumpit...hehehe...

Pertunjukan menyumpit

Habis pertunjukkan kami keluar kira-kira pukul 5 petang.Dahaganya rasa tekak.Masuk kereta baru dapat teguk air...Legaaaa....pengalaman yang sangat best buat saya...walaupun penat...

KEK LAPIS SARAWAK
Salah satu ole-ole yang mesti kita beli jika berkunjung ke Sarawak ialah kek lapisnya.Berlapis-lapis dengan pelbagai perasa seperti masam manis,lapis India dan macam-macam nama lagi.Lupa la pulak...Antara yang menjadi kegemaran kami ialah kek lapis India.Ada coklat dalam kek tersebut.Anak-anak memang suka.

Kedai menjual kek lapis Sarawak



Air Terjun Kampung Budaya...cantik..

Percutian kali ini sangat berharga buat saya dan keluarga kerana berpeluang mengenali kebudayaan orang-orang di Sarawak.Memang unik dan menarik...Jom la bercuti ke Sarawak....


Jumaat, 3 Oktober 2014

Memang best tajuk cabaran blogging hari ni iaitu TRAVEL.Siapa yang tak suka travel kan.Selain dapat jalan-jalan,ia juga dapat menimba pengalaman di tempat orang.Sebenarnya saya memang kaki jalan..hahaha..dah banyak tempat jugalah  saya dah pergi.Tapi belum habis satu Malaysia  saya pusing.

Kuching ,Sarawak.

Antara tempat paling best yang pernah saya pergi ialah Sarawak.Tahun lepas,kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang itu.Itupun ikut suami atas urusan kerja.Masa tu cuti sekolah akhir tahun.Pertama kali merasa naik kapal terbang.Mau tak takut..heeee


Pulau Tioman , Pahang.

Orang Pahang kalau tak ke Pulau Tioman memang tak sah...dekat je pun.Lebih kurang 2 jam perjalanan.Memang cantik dan menarik tempatnya.Rugi kalau tak pergi.Air lautnya memang jernih.Sejuk mata memandang.Boleh hilang stress kalau datang sini.Jom le tunggu apa lagi...
TRAVEL...TRAVEL...TRAVEL...

Jumaat, 19 September 2014

Kalau nak cerita tentang tempat makan yang paling best kat Kuala Rompin ni mestilah restoran yang menghidangkan udang galah.Sebabnya Kuala Rompin memang sinonim dengan nama udang galah.Segar lagi dari laut.
Salah sebuah restoran yang mempunyai menu udang galah ialah RESTORAN UDANG GALAH SEPIT BIRU.



Merupakan restoran milik orang melayu pertama di Bandar Kuala Rompin yang menyajikan udang galah sebagai menu utama.

Gred AAA


Udang galah

Pelbagai menu yang disediakan di restoran tersebut.Antaranya ialah :

  • Hidangan buffet lauk kampung (waktu tengahari)
  • Untuk waktu malam pula menu yang disajikan antaranya ialah mee / maggi udang galah (gred A & B),mee / maggi ketam (gred A & B), nasi lemak dan masakan panas.
Harga yang ditawarkan memang berpatutan mengikut saiz dan gred udang tersebut.

Sebuah lagi restoran yang popular dengan menu udang galah ialah RESTORAN UDANG GALAH LC.


Restoran Udang Galah LC

Merupakan restoran 2 tingkat yang pertama di Bandar Kuala Rompin.Memang cantik dan eksklusif gitu.


Tingkat atas restoran.

Antara menu istimewa yang disediakan ialah :

1) Mee Udang Galah 



2) Roti Letup 






Masakan panas udang galah turut disediakan.Harga pun berpatutan.

Macamana kawan-kawan semua ? dah rancang untuk mencuba udang galah Kuala Rompin ?
Moh kite ...



Isnin, 15 September 2014

16 September 1963 merupakan hari penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu gabungan antara Tanah Melayu,Borneo Utara(kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara yang dipanggil Negara Malaysia.


Bermula pada tahun 2010,negara kita telah menyambut satu lagi hari bersejarah iaitu sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September.Dan tarikh tersebut telah diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.Seronok kan...hehe

Sebagai rakyat Malaysia,marilah kita sama-sama memahami erti penggabungan tersebut agar semangat nasionalisme masih tersemat di dalam diri kita.

SELAMAT HARI MALAYSIA 2014.
SELAMAT BERCUTI.

Isnin, 4 Ogos 2014

Raya tahun ni sangat bermakna buat diriku kerana kami sekeluarga termasuk mak, ayah dan semua adik beradik berkesempatan pulang ke Terengganu.
Hari raya ke 3 kami bertolak ke sana kira-kira pukul 11 pagi dan tiba pada jam 3 petang.Perjalanan kami berjalan lancar tanpa kesesakan jalan raya..alhamdulillah
Kepulangan kami sekeluarga juga bertujuan untuk melawat mak saudara yang sakit paru-paru berair..
Hampir seminggu beliau di wad tanpa sambutan aidilfitri..sedih rasanya...
Kami berada di Terengganu selama 3 hari 2 malam...agak singkat masanya memandangkan ada kerja yang perlu diselesaikan..ermm..tak puas rasanya berada di sana ..berat hati juga nak meninggalkan mak saudara dalam keadaannya yang tidak begitu stabil...
Kami sampai ke Rompin pada jam 9 malam hari Jumaat..memang memenatkan kerana perjalanan yang agak jauh di samping melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam...huh..
Dan pada awal pagi Sabtu kami dikejutkan dengan berita kematian mak saudara..ralat rasanya sebab baru je pulang dari sana...tak sempat untuk melihat pengebumian terakhir arwah...sedihnya...tapi alhamdulillah kami sempat melawat arwah semasa di hospital hari tu...patutla saya rasa nak balik Terengganu je raya tahun ni..rupa-rupanya itu pertemuan terakhir kami dengan arwah...
Semoga roh nya dicucuri rahmat...

Sebelum pulang ke Rompin hari tu..sempat lagi kami ke Pasar Payang Terengganu...kat situ pelbagai jenis barangan dijual..harga pun berpatutan tau..kalau ke Terengganu tak sah kalau tidak shopping di Pasar Payang...memang best...
Antara barang yang selalu dibeli untuk ole-ole mestilah dodol dan keropok kan...

Keropok kering

Keropok kering tu kami beli semasa dalam perjalanan balik...kami singgah di Kemaman.Memang sedap keropok ni.Kedainya terletak hanya di tepi jalan.

Dodol hitam

Dodol ni pulak saya beli di Pasar Payang.Ada yang dibungkus dalam daun dan ada dibungkus dalam plastik je.Rasanya tetap sama.Dodol tu 3 bungkus Rm 10 sahaja.Jom la ke Terengganu...





Sabtu, 4 Januari 2014

Genap seminggu berlalu kenangan kami sekeluarga ke Kuching ,Sarawak.Buat pertama kali dalam hidup  saya menaiki kapal terbang.Sungguh teruja,gementar pun ada.Maklumlah tak pernah merasai pengalaman tersebut.Kami berlepas di Lapangan Terbang Senai,Johor Bahru pada pukul 4 petang.Dan tiba di Kuching pada jam 6 petang.Cuaca yang agak mendung dan berangin menyukarkan sedikit perjalanan kami.
Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke destinasi walaupun agak terlewat sedikit.
Kami menginap di Hotel Margeritha yang berdekatan dengan Water Front.

Pemandangan dari Hotel Margeritha,Kuching.

Di seberang hotel tersebut terdapat tempat untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular.Di sana juga terdapat ikan terubok masin yang sangat sedap dan tidak terdapat di semenanjung tau.Untuk ke seberang ,kami sekeluarga menaiki bot tambang dengan harga hanya 50 sen seorang,sangat murah.Memang best melalui pengalaman tersebut.
Hotel Margeritha terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching,memang senang untuk bersiar-siar seisi keluarga di sekitar Kuching.

Replika beberapa ekor kucing berhampiran dengan Hotel Margeritha.

Suasana pada waktu malam pula sangat cantik dengan kerlipan lampu yang berwarna warni.Memang seronok bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ni.Mereka kelihatan sangat teruja dan seronok berada di Kuching.


Cruise Sarawak
Lagi teruja apabila ternampak cruise 2 tingkat yang memang cantik.Terdapat susunan meja dan kerusi ala-ala restoren bergerak gitu.Tiket untuk menaiki cruise tersebut ialah rm 60 untuk dewasa dan rm 30 untuk kanak-kanak.Perjalanannya selama 1 setengah jam yang merentasi sepanjang sungai Sarawak.Pasti menyeronokkan.
Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah tentang masakan di Sarawak.Masakannya amat berbeza dan sangat enak rasanya.Antara masakan yang saya cuba ialah sayur midin masak goreng belacan,kari hijau dan umai ikan.Fuhh memang menyelerakan....tapi tak sempat nak ambil gambar...hihi
4 hari berada di Sarawak ,rasanya belum puas.Sebelum pulang ke semenanjung kami sempat ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga dan sahabat handai.Pelbagai koleksi cenderamata boleh didapati di Kuching seperti keychain,baju,barangan kraftangan dan bermacam lagi.Yang pasti semuanya menarik hati anda.
Jika berkesempatan lagi ,saya ingin kembali ke Sarawak sekali lagi.Walaupun kepenatan tetapi saya puas dan seronok berada di Bumi Kenyalang yang kaya dengan adat tradisinya.
Jom melancong ke Sarawak...anda pasti teruja...
Sekian coretan dari saya...semoga bermanfaat buat anda semua...wassalam...



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog