Jumaat, 29 Ogos 2014

Menu tengahari ni cukup simple dan mudah....SAYUR KULIT TEMBIKAI BERSAMA SAMBAL IKAN MASIN ....heeeee....



Mesti korang pelik kan kulit tembikai pun boleh masak ke...boleh!! Eksotik kan??..hehehe
Bukan buahnya sahaja yang boleh dimakan tapi,kulit pun berguna tau...boleh buat lauk tu...memang tak rugi kalau beli buah tembikai.Orang Kuala Rompin,Pahang biasa masak macam ni...sesetengahnya la..
Tambah pula makan bersama sambal ikan masin yang menyengat pedasnya...fuh..berpinggan-pinggan nasi bertambah.Lepas makan tu jangan lupa pulak ambil Lecithin Shaklee dan Alfalfa Complex ye...untuk membuang lemak-lemak dan toksik tu.Nak jaga badan kan.
Resepinya mudah je pun.Kalau sudi nak mencuba bolehla ambil resepi ni ye :
  • Kulit tembikai yang siap dipotong kecil-kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit lada hitam
Cara-caranya :
Tumbuk bawang merah,ikan bilis dan lada hitam.Kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tu hingga naik bau.Selepas itu,masukkanlah air.Jangan banyak sangat.Agak-agak sama paras dengan kulit tembikai tu.Masukkanla sekali kulit tembikai.Masak hingga kulit tembikai tu lembut.Dah siap.Senang je kan.

Selamat mencuba resepi yang unik ni...:)

Related Posts:

  • SIAPA SAYA ?Assalamualaikum sahabat semua... Jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...asyik cerita pasal Shaklee je kan.Entry kali ni lebih kepada cerita tentang diri saya. Saya hanyalah insan biasa sahaja.Nama penuh saya NORE… Read More
  • KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 57 TAHUNMERDEKA !!! MERDEKA!!! Laungan semangat untuk hari yang bersejarah buat negara pada hari ini 31 Ogos 2014.Sudah 57 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah...sekalung penghargaan buat perwira-perwira neg… Read More
  • RAHSIA KULIT TEMBIKAIMenu tengahari ni cukup simple dan mudah....SAYUR KULIT TEMBIKAI BERSAMA SAMBAL IKAN MASIN ....heeeee.... Mesti korang pelik kan kulit tembikai pun boleh masak ke...boleh!! Eksotik kan??..hehehe Bukan buahnya sahaja y… Read More
  • SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...Alhamdulillah syukur padaMu kerana masih diberikan nikmat untuk meraikan suatu hari yang amat penting bagi diriku.Hari ini , 27 hb Ogos 2014 genaplah usia anakku Hazim 6 tahun. Dah umur 6 tahun tapi masih manja-manja l… Read More
  • APA DALAM BEG SAYA ?Macam best je tajuk ni kan.Malu pulak nak share dengan korang benda apa yang ada kat dalam handbag saya tu... ni la handbag saya. Benda yang mesti ada dalam beg saya ialah telefon.Memang penting.Kalau ada kecemasan sen… Read More

2 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog