Ahad, 17 Ogos 2014

Alhamdulillah syukur nikmat masih diberikan kesempatan menghirup udara segar hari ini.Teman-teman semua, menu masakan apa hari ini? Ayam goreng ke,masak lemak ke,kari daging ke?? Kadang-kadang dah takde idea nak masak apa untuk makan tenghari.Anak-anak balik sekolah mesti lapar nak makan.Nak tak nak kena masak jugak untuk diaorang kan.Pastikan masakan kita lengkap dengan nutrien dan vitamin seperti sayur-sayuran,protein dari ikan atau daging serta karbohidrat untuk tenaga.

Semalam rezeki kami sekeluarga kerana dapat menikmati makanan laut yang segar dari Kuala Rompin.Bertuah tak kitaorang ?? haha..


Tu dia lobster dan ketam ..fresh lagi ..

Pertama kali saya memasak lobster ni.Kebiasaannya harga sekilo lobster ni mencecah sehingga RM 80...boleh la kan kalau sekali sekala merasa nak makan,apa salahnya...segar pulak tu...memang sedap rasanya.Anak-anak saya semuanya gemar dengan makanan laut ni.Terutamanya ketam.Untuk diaorang biasanya saya rebus atau buat sup ketam....waaaa...licin tau...Lobster tu paling saya suka kalau masak sambal pedas.Rasa manis-manis sikit.Berpinggan-pinggan nasi wei...hihi...ketam masak lemak cili padi pun sedap.Pelbagai menu boleh dibuat dengan hasil laut ni.Nak rebus,nak masak sambal,black pepper,kari pun boleh mengikut selera kita lah kan...
Kuala Rompin memang merupakan kawasan nelayan.Terletak di pesisiran pantai yang menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan hasil lautnya seperti udang galah,ketam,ikan,sotong dan sebagainya.Kalau ke Kuala Rompin memang tak sah kalau tidak mencuba udang galah.Memang segar dan sedap.
Jom ler ke Kuala Rompin untuk menikmati hasil laut dan masakan kami....:)

Related Posts:

  • CINTA HATIKU- MY LOVEJiwangnya tajuk hari ni...Dah masuk hari ke 6 Cabaran 30 Hari Blogging.Alhamdulillah setakat ni saya masih berjaya mengikuti cabaran ini.Caiyokkk!! caiyokkk !! Tajuk hari ni ' MY LOVE '.. Bila sebut MY LOVE ,mesti kita terfi… Read More
  • RAHSIA KULIT TEMBIKAIMenu tengahari ni cukup simple dan mudah....SAYUR KULIT TEMBIKAI BERSAMA SAMBAL IKAN MASIN ....heeeee.... Mesti korang pelik kan kulit tembikai pun boleh masak ke...boleh!! Eksotik kan??..hehehe Bukan buahnya sahaja y… Read More
  • KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 57 TAHUNMERDEKA !!! MERDEKA!!! Laungan semangat untuk hari yang bersejarah buat negara pada hari ini 31 Ogos 2014.Sudah 57 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah...sekalung penghargaan buat perwira-perwira neg… Read More
  • APA DALAM BEG SAYA ?Macam best je tajuk ni kan.Malu pulak nak share dengan korang benda apa yang ada kat dalam handbag saya tu... ni la handbag saya. Benda yang mesti ada dalam beg saya ialah telefon.Memang penting.Kalau ada kecemasan sen… Read More
  • SIAPA SAYA ?Assalamualaikum sahabat semua... Jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...asyik cerita pasal Shaklee je kan.Entry kali ni lebih kepada cerita tentang diri saya. Saya hanyalah insan biasa sahaja.Nama penuh saya NORE… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog