Memaparkan catatan dengan label DIRI SAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIRI SAYA. Papar semua catatan

Khamis, 1 Oktober 2015

Assalamualaikum semua .....

Hari ni genap usia Nur Aisyahusna 50 hari.Alhamdulillah pada 12 Ogos 2015 yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri buat penyeri rumahtangga kami.Kakak dah ada kawan sekarang.Sukalah dia ada geng perempuan.Macam tak percaya yang saya dah ada anak 4...huhuhuhu...2 lelaki dan 2 perempuan.Syukur ya Allah...



Aisyah masa memula siap dibersihkan...

Kali ni saya tidak dapat mendengar tangisan Aisyah sewaktu dia dikeluarkan dari rahim sebabnya saya tidak sedarkan diri semasa dibedah.Dan pertama kali dalam hidup saya merasai pengalaman dibedah.Agak mendebarkan....Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Aisyah selamatkan dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.




Mata Aisyah tak buka langsung....

Bersalin secara pembedahan memang agak sukar nak uruskan baby kita sebab pergerakan sangat terbatas.Tak boleh banyak bergerak selepas 8 jam pembedahan.Habis je ubat bius rasa pedih yang amat kat bahagian perut.Tuhan aje yang tahu...Nurse memang banyak membantu saya sampaikan nak salin baju pun diaorang yang tukarkan.Murni sungguh tugas seorang jururawat.Terima kasih yang tidak terhingga buat semua nurse yang jaga saya semasa check in di Kuantan Medical Centre tempohari.Hanya Allah yang akan membalasnya.


Perihal kelahiran Aisyah....

Aisyah dilahirkan pada usia kandunganku 37 minggu.Masa tu tak rasa sakit pun tapi pembedahan terpaksa dilakukan.Saya dibius penuh sebab takut risiko pendarahan berlaku.Memang tak sedar apa pun.Hampir 2 jam baru tersedar ,tengok-tengok perut dah kempis,rasa macam baru 5 minit dibius.Rupa-rupanya dah 2 jam...

Mungkin ini pengalaman pertama dan terakhir buat saya merasai pembedahan.Ngeri sungguh rasanya bila tengok tempat jahitan.Nak jaga pun susah.Kena pantang banyak benda.Kalau bersalin normal habis 44 hari dah kira bebas tapi pembedahan makan tak boleh sembarangan terutamanya seafood.Merenyam gatal nanti kat tempat luka tu...Tapi alhamdulillah luka saya kering elok.

Dah tua rasanya kalau nak bersalin lagi tapi kalau itu rezeki yang diberikan olehNya,saya terima dengan redha walaupuan terpaksa melalui dugaan yang maha hebat.Setiap yang berlaku ada hikmahnya........

Doa ibu....
Semoga menjadi gadis mulia
Semulia diri Maryam
Semoga berjaya menjadi wanita faqihah
Sebijak minda Aisyah
Semoga berjaya menjadi perempuan dan kekasih idaman setiap kalbu
Kecintaan Allah.......

Wassalam...





Rabu, 25 Mac 2015

12 hb Mac yang lalu merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11..Dah nak masuk 3 minggu.Hehehe...lambat siapkan entry ni.Ulangtahun kali ni agak istimewa sebab suami belikan saya iPhone 6 dan belikan untuk dia juga....waaaaa.....seronoknya dapat telefon terbaru dari Apple ni...Sebelum ni saya guna Samsung S4....suami juga yang belikan.Untungnyaaaaa......
Saya pilih warna gold sebab memang cantik dan menarik warnanya.Suami pula warna silver.


iPhone 6 ...

Saya berharap perkahwinan yang kami bina ini berkekalan hingga ke jannah.Aminnn...doakan kami ye kawan-kawan......
Alhamdulillah.....

Selasa, 18 November 2014

Sejak semalam lagi dah sibuk membuat persiapan untuk hari graduasi prasekolah Hazim.Anak saya yang kedua.Ye lah tahun ni tahun akhir Hazim bersama cikgu-cikgu prasekolah.Tahun depan dah masuk darjah satu.Alahai keciknya anakku.Tengok kawan-kawan dia semuanya tinggi -tinggi cuma dia je yang tak berapa nak tinggi.hehe..
Petang semalam sibuk buat rehearsel untuk majlis graduasi.Tahun ni majlis diadakan di Rompin Beach Resort yang disertai oleh 8 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri (sekolah anak saya),Sekolah Kebangsaan Leban Chondong,Sekolah Kebangsaan Sungai Mok,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam,Sekolah Kebangsaan Rompin,Sekolah Kebangsaan Selendang 1 dan Sekolah Kebangsaan Selendang 4.
Majlis dirasmikan oleh Y Bhg. Datin Zurina Binti Yusof.Semua guru besar sekolah yang terlibat turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuk juga guru-guru prasekolah dan ibu bapa pelajar.Penuh satu dewan.Meriah gitu....

Dahlah hari hujan,duduk pula kat dalam dewan berhawa dingin.Memang sejuk kaki tangan nak menunggu majlis bersurai.Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar-pelajar prasekolah yang terlibat.Jadi taklah bosan sangat,ada juga hiburan.Macam-macam gelagat persembahan bebudak ni.Sekolah Hazim membuat persembahan tarian tradisional.Hazim pun ambil bahagian.Menari kat depan sekali.Lemah gemalai tangan anak aku tu.Ada bakat rupanya dia...hahaha...tapi tak dapat snap gambar..huhuhu...

Hazim terima sijil graduasi...

Paling buat aku tertarik ialah persembahan dari pelajar Sekolah Cina.Nama tarian tu ialah Tarian Lada.Memang terhibur sangat.Selain tu juga ada Tarian Sewang dari Sekolah Sungai Mok.Tarian Sewang ni salah satu tarian tradisional Orang Asli.Sebuah tarian yang unik.Berbakat besar pelajar-pelajar ni walaupun usia masih 6 tahun.
Rugi sebab tak dapat snap gambar persembahan diaorang.Duduk belakang tu yang susah.Ni pun menyelit nak ambil gambar Hazim.Nasib baik dapat sekeping..
Pukul 11 pagi majlis selesai.Dapat dua bungkus nasi minyak cikgu bagi.Alhamdulillah....sedap sangat.Harap-harap ada lagi majlis macam ni untuk anak saya yang ketiga ,Haqim..lagi 2 tahun Haqim akan bersekolah....tak sabar rasanya.....

Jumaat, 14 November 2014

Kalau masa tu boleh diundur semula alangkah seronoknya....dapat memasuki alam persekolahan semula.Jumpa kawan-kawan,cikgu-cikgu,makan kat kantin sekolah,beratur,naik bas ke sekolah,macam-macam lagi kenangan zaman persekolahan.Rasa nak bersekolah semula.Rindu dengan semua tu....


APA SUBJEK KEGEMARAN SAYA ?


Buku Teks Matematik Tahun 5

1) Matematik

  • Masa sekolah rendah dulu seingat saya dalam tahun 5,saya dapat markah tertinggi dalam subjek Matematik iaitu 90 %...dapat no.1 dalam kelas.
  • Saya suka Matematik sebab kita tak payah nak baca buku,cuma perlu ingat formula je.Lagi satu saya suka nombor.
  • Tak payah study sampai malam-malam untuk baca buku nota.Matematik sangat simple kalau kita ingat semua formula tu.Yang paling penting kena ingat sifir.Tu mesti kena hafal.Kalau tak confirm kena marah dengan cikgu.

2) Sejarah

Buku Teks Sejarah 
  • Masa sekolah menengah pulak,Sejarah saya paling minat.Sejarah mula diperkenalkan di Tingkatan 1.Guru Sejarah saya masa tu Cikgu Jefry.Memang hensem giler.Hehehe....baik pulak tu,sebab tu terus jatuh cinta dengan sejarah.
  • Mula-mula rasa memang susah sebab banyak info pasal sejarah negara yang perlu diingat.Tapi ,lama-lama jadi seronok nak tahu semua tu.Sejarah pasal negeri Melaka,sejarah kemerdekaan dan banyak lagi.
  • Dalam SPM 1998,saya boleh dapat A1 dalam mata pelajaran Sejarah.Punyalah minat boleh skor A.Matematik pulak SPM saya dapat A2.Dua-dua mata pelajaran ni saya skor sebab saya memang minat.
  • Cikgu Sejarah memang baik,lembut je bila mengajar.Tapi cikgu Matematik garangnya,kecut perut setiap kali tiba waktu Matematik.Kalau semua cikgu lembut,murid-murid naik lemak la.Lagi malas nak study.Betul tak?
Cikgu garang ke,baik ke,semuanya untuk masa depan kita.Mereka lakukan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada kita agar berjaya di masa hadapan.
Apa pulak subjek kegemaran korang? Sharelah...

TERIMA KASIH , CIKGU....JASAMU TETAP KUKENANG....




Ahad, 9 November 2014

Masa bersalin anak sulung,saya bersalin secara ' sukarela '.Tapi , entah macam mana anak kedua secara paksaan pulak ( induce ).Kalau diingat-ingat memang rasa ngeri sangat....

APA INDUCE TU ?

  • Induce adalah satu proses bersalin yang dilakukan secara paksaan.
  • Induce dilakukan jika tiada tanda-tanda kelahiran walaupun sudah cukup 38 minggu usia kehamilan.
  • Doktor  menggunakan ubat Prostaglandins yang akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim (servik).Ubat ini akan membantu pangkal rahim menjadi lembut,menipis dan membuka laluan untuk proses kelahiran.

Ihsan google je..

Agak lucu bila mengenangkan kembali kenapa saya memilih bersalin secara paksa.Haha...
Kisahnya begini,Klinik Kesihatan Rompin sedang dibaikpulih,jadi semua bahagian ditutup kecuali bahagian pusat bersalin dan kecemasan je yang beroperasi.Jadi agak sunyi la keadaannya.Bermula la cerita-cerita seram yang membuatkan saya ketakutan nak bersalin kat situ.Ada orang nampak tu,nampak ni,macam-macam la.Yang pastinya saya takkan bersalin kat situ!!....takutttttt....
Pastu suami pun bagi cadangan bersalin kat hospital swasta di Kuantan.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal je.Terus saya bersetuju tanpa fikir banyak.Lega sikit rasanya...Dah tak kira mahal ke murah ke,janji jauh dari tempat tu...
Tapi,perjalanan ke Kuantan agak jauh,pertama kali buat check up kat situ kandungan dah lebih 36 minggu,doktor cadangkan bersalin secara induce kalau nak cepat,lagipun mana sempat masa nak ke Kuantan kalau dah sakit bebenor...sebab saya ni mudah bersalin..saya pun dengan happynya setuju tanpa mengtahui kesan-kesannya.Ingatkan sama je rasanya tapi LAIN....
Saya dibawa ke bilik untuk dimasukkan ubat kat bawah.Agak sakit jugak tapi takpe sebab semangat nak bersalin cepat.Waktu tu tengahari,petang  doktor datang sekali lagi untuk check jalan.Cuma 1 cm..alahai masih kecil bukaannya.Tunggu lagi,tapi masih tak rasa apa-apa....haaaa...malamnya bermulalah episod 'menderita' saya menahan sakit..memula hanya ringan-ringan,makin lama makin sakit,memulas-mulas,rasa nak buang air besar tapi masuk tandas tak pun...keluar lendir sikit-sikit.Kesakitan berterusan sepanjang malam sehinggakan tak dapat nak tidur..huwaaaaa....rasa MENYESAL mula timbul...begini rasanya sakit secara paksa memang berbeza sangat bersalin secara sukarela....masa anak sulung dulu sakit pukul 1 pagi,pukul 3 pagi dah bersalin...mudah sangat...tapi ni sakit punyalah lama air ketuban tak pecah lagi....menanggung la sorang-sorang..suami tak dapat nak tolong....tulah nak sangat bersalin paksa....
Sakit dari malam sampai ke tengahari baru saya di bawa masuk ke bilik bersalin setelah bukaan rahim 8 cm...dah tak ada tenaga untuk saya meneran,besi dipasang dan diikat pada kaki supaya saya berpaut kat besi tu ketika meneran.Nurse dan doktor memberi semangat untuk saya teruskan meneran.Doktor terpaksa gunting sikit kat bawah untuk membuka laluan.Akhirnya pada pukul 1 tengahari ,saya selamat bersalin setelah berhempas pulas menahan kesakitan..lemah longlai rasanya..taubat tak nak bersalin secara paksa lagiiiii....cukup la...




Jumaat, 17 Oktober 2014

CABARAN 16 DAYS - PHOTO CHALLENGE

Day 2 - SOMETHING BLUE

Hari kedua berkisahkan tentang sesuatu yang berwarna biru.Kebanyakan barang saya ni pelbagai warna.Mana yang berkenan di hati itu yang saya ambil.Tak kiralah warna apa pun asalkan cantik.

Kerusi biruku..

Kerusi inilah yang saya gunakan setiap hari untuk mengadap laptop.Banyak jasanya pada saya.Duduk di kerusi tu sambil update blog,menyusukan anak,mendodoikan anak tidur,salin nota,layan facebook..hehe...Kadang-kadang tu jadi mainan anak-anak kerusi ni.Kerusi beroda best kalau main tolak-tolak.Ermm...boleh jugak macam tu..
Sebenarnya warna biru merupakan salah satu warna yang saya suka.Rasa tenang je bila melihat warna biru lebih-lebih lagi bila tengok air laut.Lama dah tak pergi pantai..huhuhu..memang mendamaikan...


Khamis, 16 Oktober 2014

Day 1 - HANDWRITING

Hari pertama bermulanya cabaran bagi Photo Challenge ni.Tajuknya berbunyi 'Handwriting '..atau tulisan tangan.Tulisan ni ada pelbagai jenis dan fesyen mengikut empunya tangan.Ada senget ke kiri,senget ke kanan ,jenis menegak dan sebagainya.Jangan dipanggil tulisan cakar ayam sudahlah.Buruk beno rupanya..hehe


Tulisan tanganku...


Takdelah cantik sangat tulisanku tapi boleh lah dibaca.Saya menulis dengan tangan kanan.Berbeza dengan i punya suami,tangan kiri.Tulisan suami pula jenis senget ke kanan dan bersambung.Agak payah juga nak membaca.Macam tulisan doktor tapi bukan doktor pun...huhuhu.Saya pula jenis suka menulis sebiji-sebiji hurufnya,bukannya apa mudah untuk difahami.Anak-anak saya yang dah bersekolah semuanya menulis dengan tangan kanan.Ikut ibu dia la...
Apa pun jenis tulisan,tangan mana yang korang guna ,itu tidak menjadi masalah asalkan boleh menulis dengan sempurna.Bersyukur dengan kurniaan ini..alhamdulillah...


Rabu, 8 Oktober 2014

Ramai yang tertanya-tanya apa benda SOHO tu.Bunyi macam shopping kompleks je.Kalau perempuan mesti itu dalam fikiran.Shopping manjanggg...
SOHO bermaksud Small Office Home Office.SOHO ni sesuai untuk mereka yang bekerja hanya di rumah contohnya seperti surirumah atau WAHM ( work at home mom ) yang menjalankan sesuatu bisnes misalnya Shaklee..hehe..Dengan adanya SOHO ,ia akan memudahkan kita untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bisnes tersebut.Tak kiralah ruangan tu besar atau kecil,asalkan boleh dimanfaatkan.Takdelah berserabut sangat kalau ada ruangan khas disediakan untuk tujuan bisnes atau apa sahaja yang berkaitan dengan office di rumah.

SOHO kami

Kenapa saya sebut 'SOHO kami' ? sebab kat situlah office rumah saya dan suami.Kitaorang kongsiii...Waktu siang saya yang guna dan suami pula waktu malam dia akan duduk kat situ.Benda yang paling penting yang saya rasa perlu ada di setiap SOHO mestilah laptop dan printer.Nak update blog,print dokumen,nak google info dan macam-macam lagi.SOHO kami hanyalah ruangan yang agak kecil tapi sudah memadai buat kami walaupun nampak tidak kemas..hehehe...
SOHO kami juga berhampiran dengan buai anak,tempat mereka bermain dan tempat study diaorang untuk memudahkan saya melihat dan mereka berada depan mata saya.Sambil-sambil dodoi anak tidur tu, bolehlah update blog, cari info pasal Shaklee,sharing pasal produk , ermm macam-macam boleh buatkan bila kita ada SOHO...


Selasa, 7 Oktober 2014

Zaman kanak-kanak merupakan suatu kenangan yang termanis dalam hidupku.Namun,apakan daya waktu yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.Zaman kanak-kanak dahulu amat berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang ni.Memang jauh sangat bezanya.Betul tak?
Kanak-kanak di zaman ini sibuk dengan gajet-gajet,telefon,tab,play station,bermacam-macam jenis game lagi.Berbanding dengan zaman kanak-kanak yang dulu ,persahabatan dieratkan melalui permainan tradisional kanak-kanak.

PERMAINAN POPULAR KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU :
1) Galah Panjang

Permainan Galah Panjang

2) Ketinting

Permainan Ketinting

3) Bola Tin


Permainan Bola Tin

Dulu masa kecik-kecik,rumah nenek saya dekat dengan sungai.Kat belakang rumah je.Haha..jadi kitaorang ramai-ramai pakat mandi sungai je la.Bila time cuti sekolah je,mesti ke rumah nenek.Selain tu,depan rumah nenek pulak kawasan berlumpur,banyak pokok nipah.Sedap tau buah nipah.Kat situ juga tempat kitaorang mencari lokan.Tahu tak apa itu LOKAN ??

Inilah Lokan..

Lokan ni mesti direbus terlebih dahulu sebelum dimasak.Sedap kalau dimasak sambal pedas.Perghh...kecur dah air liur.Lama dah tak makan lokan.Sekarang ni agak susah nak dapatkan lokan.Bestnya zaman kanak-kanak dulu....

Lokan yang siap direbus

Selain lokan,kami juga mencari ketam nipah.Alat mesti dipasang untuk memudahkan penangkapan ketam nipah tersebut.Alat tu dipanggil ' bento '.

Alat menangkap ketam nipah

Satu lagi yang kitaorang selalu cari masa zaman kanak-kanak dulu ialah belangkas.Korang pernah tengok tak belangkas ni ?

Belangkas

Dulu-dulu memang suka makan benda alah tu,bakar je.Tapi sekarang rasanya dah tak boleh nak menelan.Hihi..Masa kecik-kecik ,semua benda nak dimakan,nak di cari.Itulah pengalaman yang paling best masa kanak-kanak dulu.Asal petang je ramai-ramai main galah panjang,ketinting,bola tin,main nyorok-nyorok dan macam-macam permainan lagi.Mandi sungai,cari lokan,bento ketam.Suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan.Sekarang ni dah tak ade semua tu.
Rindunya zaman kanak-kanak....


Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog