Isnin, 30 September 2013

PERUT BUNCIT??? semua orang merasa bimbang jika bahagian perut kian membuncit terutamanya kaum wanita.Masalah ini sering berlaku kepada lelaki mahupun wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak.

Perut buncit terjadi disebabkan oleh aktiviti harian kita yang tidak aktif,cara pemakanan yang tidak betul,penghasilan hormon kortisol dalam otak kita yang menyebabkan kita stress dan perubahan hormon disebabkan oleh menopose.Kebanyakan orang yang mengalami berat badan yang berlebihan akan mempunyai masalah perut buncit.Tetapi terdapat juga mereka yang mempunyai berat badan yang ideal ada masalah perut buncit juga..macam saya la...tapi tak la buncit sangat ..hihihi..
Untuk mengatasi masalah perut buncit ni,kita mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat dan diet pemakanan yang betul.

Antara tips-tips yang boleh dilakukan untuk mengelak perut buncit ialah :
# kurangkan makanan yang bergoreng,berlemak dan minuman yang manis terutamanya minuman bergas
# pastikan minum air kosong 2-3 liter sehari
# jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa
# amalkan mengambil makanan yang tinggi serat seperti sayuran untuk melambatkan proses penghadaman makanan
# melakukan senaman latih tubi atau 'sit up' di rumah.Cukup hanya 10-15 kiraan setiap hari

Mari kita sama-sama amalkan tips di atas untuk mengelakkan perut buncit....

Ramai yang bertanyakan pada saya tentang produk shaklee yang boleh mengempiskan perut buncit...memang ada iaitu Herb Lax..mari berkenalan dengan produk ini....


Herb Lax mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.

Fungsi Herb Lax :
  • membantu pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • membantu memberi kepejalan pada perut
  • sesuai diambil seperti biasa atau di campur bersama air panas sebagai minuman herba
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*tiada perasa tiruan,pewarna ,pemanis atau bahan pengawet tambahan

Pada sesiapa yang mengalami masalah perut buncit tu bolehlah mengambil suplement ni untuk mengatasi masalah tersebut...Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk shaklee...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com



Ketuat ialah sejenis penyakit kulit dimana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras.Ketuat disebabkan oleh virus dan boleh menjangkiti orang lain jika dibiarkan berlarutan.

Virus Human Papilloma(HPV) adalah virus yang menyebabkan masalah ketuat boleh terjadi.Ketuat boleh merebak melalui sentuhan.Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak,menjadi kasar dan keras.Kawasan yang sering dijangkiti ialah tangan,jari dan kaki.Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti penghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri akan lebih mudah dijangkiti ketuat.


contoh ketuat di tangan

Saya menulis entry tentang ketuat disebabkan oleh ingin berkongsi satu testimoni yang dialami oleh anak saudara saya sendiri..baru berusia 5 tahun tapi kedua-dua belah tangannya telah dijangkiti ketuat.Ibunya sendiri yang bertanya pada saya...ada tak produk shaklee yang boleh merawat ketuat anak dia tu,sebab ketuat tu dah merebak ke bibir pulak...dia risau akan menjadi lebih serius jika dibiarkan...
Saya bagi kat dia beberapa kapsul Vitamin E untuk disapu pada ketuat tersebut.
Caranya ialah ambil sebatang jarum yang bersih dan cucuk vitamin e tu supaya keluar minyaknya lalu sapukan pada ketuat tersebut.
Alhamdulillah..beberapa hari selepas tu..ketuat tu dah kering dan nampak bersih skit...tapi sayangnya saya lupa nak ambil gambar buat rujukan untuk semua...huhuhu...
Apa yang saya gembira ialah ibunya terus order Vitamin E dengan saya...kalau nak tahu Vitamin E memang banyak khasiatnya terutamanya untuk kecantikan kulit....

vitamin e shaklee

Hubungi saya untuk mendapatkan produk serta konsultasi percuma....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Jumaat, 27 September 2013

Air masak atau air kosong memang banyak kelebihannya.Namun tidak semua orang gemar untuk meminumnya.Kebanyakkannya lebih gemar meminum minuman yang manis dan berkarbonat.Tahukah anda semua, air kosong sangat bagus untuk kesihatan jika diamalkan....?

Antara kelebihannya ialah :

1) menguruskan badan

  • air putih tidak mengandungi gula,kalori ataupun lemak dan ini ternyata mampu untuk mengurangkan berat badan kita.Sangat bagus diamalkan oleh mereka yang sedang berdiet.
2) meningkatkan kesuburan
  • air putih dapat menghasilkan hormon testosteron bagi kaum lelaki dan hormon estrogen untuk kaum wanita
3) melancarkan sistem pencernaan
  • meminum air putih sebanyak 8 gelas setiap akan dapat melancarkan sistem pencernaan.Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga berjalan dengan efisien.
4) melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
  • air putih bukan sahaja dapat melambatkan proses pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5) perawatan kecantikan
  • kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh mengghadapi kesulitan untuk menyerap air sekaligus menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut.
6) tubuh lebih segar dan sihat
  • khasiat air putih bukan sahaja membersihkan tubuh tetapi sebagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh.Kita mungkin dapat bertahan jika tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin mampu bertahan jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7) menyihatkan jantung
  • air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.Bahkan kini telah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8) ubat kepada penyakit strok
  • air putih bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit,namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh.Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Bagi mereka yang telah mengamalkannya pasti telah merasai kelebihannya.Rasulullah SAW sendiri mengamalkan meminum air kosong selepas bangun pagi sebelum Baginda bersugi.Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini....



Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita....

Kebanyakan wanita akan mengalami sindrom pra haid iaitu senggugut.Senggugut atau istilah perubatannya ialah Dismenorea iaitu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid.Keadaan senggugut itu bergantung kepada seseorang ,ada yang mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya cuma mengalami kesakitan yang agak sederhana atau sedikit sahaja.


Pengalaman saya semasa haid pada usia remaja  memang akan mengalami senggugut yang agak teruk.Sakit yang teramat sangat di bahagian ari-ari,di bahagian pinggang serta mengalami lenguh-lenguh badan.Berbanding selepas saya sudah berkahwin dan selepas melahirkan anak,masalah senggugut hilang macam tu je..kenapa ye..pelik juga..agaknya sebab hormon kot..hihi..
tapi jangan risau pada sesiapa yang mengalami masalah ni sebab Shaklee ada set untuk senggugut....jom kita baca...

SET SENGGUGUT SHAKLEE


1) GLA COMPLEX
Pengambilan GLA dapat membantu melancarkan kitaran haid serta melegakan simpton pra haid.Selain itu GLA sememangnya dapat meningkatkan kesuburan.Ia juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan yang manis

2) OSTEMATRIX
Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi akan mengurangkan masalah senggugut.Ostematrix juga dapat melegakan kekejangan dan kebas-kebas serta melegakan otot dan saraf.

3) B COMPLEX
# Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

# Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

# Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

# Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.

# Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

Hubungi saya jika berminat dengan set ini dan konsultasi seterusnya..

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com

Rabu, 25 September 2013

Seronoknya dengar bila ada customer cakap "saya suka la ESP ..kulit lembut macam pakai losyen...dah tak payah nak pakai losyen lagi...suka la..."

ESP atau Energizing Soy Protein memang banyak khasiatnya.Tidak hairanlah kenapa ia menjadi produk terlaris dan hot di kalangan pengguna.ESP terbaik untuk penyusuan,gastrik,kecantikan kulit dan sebagai makanan diet seharian bagi mereka yang ingin kurus kerana ESP mengenyangkan...

Kenapa ESP sangat baik untuk kulit?

  • diperbuat dari kacang soya semulajadi yang terbaik dan terpilih (non GMO)
  • soya sangat bagus untuk kulit kerana ia dapat melicin,menghalus dan melembutkan kulit.Malah dapat mengurangkan lebihan minyak di wajah
  • dapat menghasilkan keanjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh kerana soya adalah penggalak kolagen yang terbaik
  • terdapat kajian yang mendapati soya juga berupaya melambatkan proses penuaan
Ada customer saya tu ..dia ambil ESP untuk masalah gastrik tapi bonusnya dia dapati kulitnya lembut,licin dan berseri macam pakai losyen....berbaloikan...

Selain itu ESP juga dapat menghilangkan parut-parut jerawat di muka...ikuti testimoni pengguna ini....


ESP juga boleh merawat ekzema...





Pendek kata ESP memang terbaik ...ramai yang telah mengakui keberkesanannya...anda bila lagi..hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi seterusnya...







NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Selasa, 24 September 2013

Masalah ruam lampin perlu diambil berat oleh ibu-ibu kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan yang lebih teruk.Ruam lampin terjadi disebabkan oleh sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelangkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah ,lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.
Masalah ruam lampin biasa berlaku kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah :

  • bayi mempunyai kulit yang sensitif terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi
  • ibu bapa menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai pada bayi
  • adakalanya 'baby wipe' tidak sesuai dengan kulit bayi terutamanya yang mempunyai wangian
  • bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi secara berulangan
Pada kebiasaannya kita akan menyapu krim pada ruam tersebut,tetapi menggunakan krim sapuan hanyalah menghilangkan ruam yang sedia ada.Bagi memastikan ruam tidak berulang kita mestilah melakukan cara-cara seperti di bawah:
  • menukar lampin dengan kerap iaitu memeriksa lampin bayi setiap 2-3 jam
  • gunakan air yang bersih dan lakukan dengan sempurna ketika membasuh najis bayi terutama di bahagian lipatan kelangkang.Bagi bayi perempuan pula,mulakan basuhan dari 'depan ke belakang' bagi mengelakkan jangkitan kuman dari bahagian belakang ke vagina
  • pastikan kulit bayi betul-betul kering selepas membasuh kawasan itu dengan mengelap atau memberikan pengudaraan
  • jika kulit bayi mengalami luka lecetan ,boleh gunakan krim sapuan seperti zinc oxide bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman
Jika anda mengikut kesemua tips di atas,kita akan dapat mencegah masalah ruam lampin daripada berlaku pada bayi.Jika ia berlaku berulang kali secara kerap walaupun anda sudah melakukan semua tips tersebut,bawalah anak anda berjumpa doktor untuk merawat masalah tersebut.

ruam lampin 

Kesian pada anak-anak yang mengalami masalah ini.Sebagai ibu kita mestilah prihatin terhadap anak-anak terutamanya jika anak kita sudah buang air besar.Jangan dibiarkan terlalu lama baru nak di basuh...pasti akan memberi kesan pada kulit mereka...jagalah kebersihan ...sebagai ingatan bersama...

Isnin, 23 September 2013

Sudah banyak kes yang kita dengar tentang kematian bayi yang tercekik akibat minum susu atau makanan lain.Kes-kes seperti ini biasanya berlaku di pusat jagaan anak-anak yang memerlukan pengasuh menjaga lebih daripada seorang bayi menyebabkan mereka lalai dalam hal penyusuan atau memberi bayi makan.
Malang memang tidak berbau.Sebagai ibu bapa kita mestilah sentiasa mengawasi anak-anak yang berumur kurang daripada 4 tahun apabila waktu mereka makan.Bagi mengelakkan mereka mudah tercekik tips-tips yang perlu dilakukan ialah:

  • potong makanan kecil-kecil atau hancurkan dan jika ada biji buang dahulu.
  • elakkan memberi makanan seperti kacang dan gula-gula
  • ketika anak makan,minta anak duduk,jangan biarkan dia berlari atau melompat-lompat
  • anak-anak suka mengutip sesuatu yang dijumpai dan memasukkannya ke dalam mulut,jadi elakkan anak-anak bermain dengan duit syiling,butang atau mainan yang terlalu kecil
Kadang kala tanpa kita sedari bayi yang sudah pandai mengutip tercekik objek yang dikutip.Apabila menghadapi situasi sebegini pastikan anda cukup info untuk menghadapinya agar pertolongan kecemasan dilakukan segera.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN :

1) bertenang.Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi dengan menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.
2) tiarapkan bayi di lengan atau peha anda.Jadi lehernya di sokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.
3) tepuk belakang bayi dengan tapak tangan anda.Objek yang berada didalam mulutnya mungkin akan terkeluar.
4) jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan,baringkan dia dan gunakan hujung dua jari anda untuk mengurut tulang dadanya.
5) jika bayi anda mula tidak sedarkan diri,cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya.Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.
6) Jika dia tidak bernafas ,minta sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

Perkara ini nampak remeh tetapi jika ia berlaku tanpa disedari oleh orang dewasa,mungkin boleh membawa padah.Apabila tercekik anak tidak dapat mengeluarkan suara dan sukar untuk memberitahu mereka sedang tercekik.Ambillah langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan anak anda tercekik.

cara-cara menghadapi situasi tersebut..

Saya sendiri pernah mengalami masalah ini...anak sulung saya hampir tertelan klip rambut besi..masa tu umur dia 5 tahun.Memang cemas sangat ...saya tak perasan yang di tangan dia ada klip tu, sambil baring tengok tv dia boleh gigit gigit klip tu...masa tu saya tengah lipat kain memang tak perasan...saya dengar bunyi macam dia tercekik...terus saya suruh dia bangun, tundukkan kepala dia dan tepuk-tepuk belakang dia ...alhamdulillah akhirnya klip tu jatuh...sampai sekarang dia dah serik nak letak apa-apa kat mulut...seriau sangat...nasib baik takde apa-apa...
Awasilah anak anda sentiasa sebelum perkara yang tidak diingini berlaku...:)



Ahad, 22 September 2013

Masalah hemoglobin (hb) rendah semasa hamil adalah perkara biasa.Hb rendah atau lebih dikenali sebagai anemia berlaku di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada 9 gm peratus hemoglobin.Di bawah ini kita boleh lihat tahap-tahap keseriusan anemia tersebut...

PARAS HB(g/dl)                   TAHAP ANEMIA
< 6.9                                       sangat serius
6.9 - 8.0                                  serius
8.0 - 9.5                                  sederhana
9.5 - 10.5                                ringan

TANDA-TANDA AWAL ANEMIA:

  • sentiasa letih
  • pening kepala atau pitam
  • mudah sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • warna kulit kelihatan pucat
  • penurunan berat badan
  • kadar denyutan jantung yang cepat
  • lemah daya ingatan
PUNCA MASALAH ANEMIA:
  • peningkatan dalam isipadu darah
  • penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • kekurangan pengambilan zat besi dalam diet seharian
  • kekurangan asid folik
  • kehilangan darah dari pendarahan buasir
RISIKO IBU HAMIL YANG MENGALAMI ANEMIA:
  • ibu boleh pitam/pengsan
  • mengalami keguguran
  • mengalami kegagalan jantung
  • pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • risiko alami penyakit berjangkit
  • pertumbuhan janin terbantut
  • bayi lahir tidak cukup bulan
  • anak lemas semasa lahir atau asphyxia
Bagi mengatasi masalah hb rendah ini Shaklee dapat membantu anda dengan pengambilan suplement yang dikenali sebagai multivitamin iaitu VITA-LEA WITH IRON FORMULA...Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda.

Multivitamin terbaik..

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA VITA-LEA...

Testimoni 1

Testimoni 2


Berkongsi tentang HB rendah ni..teringat pulak pengalaman saya semasa hamil dulu.Anak pertama dulu,saya memang tak makan langsung vitamin yang dibekalkan oleh nurse tu sebab ada orang cakap kalau makan vitamin nanti anak jadi besar...first time check hb ok lagi 11 gm..makin lama bacaannya makin turun sehingga 7 gm..akibatnya saya disuntik sebanyak 10 kali di bahagian punggung.1 kali 1 hari..uuuwaaa..sakitnya hanya tuhan yang tahu...habis lebam punggung saya ...nak hilangkannya mengambil masa bertahun-tahun tau...
Fobia dengan suntikan tu...masa anak kedua dan ketiga terus makan vitamin untuk tambah darah seperti asid folik dan iron..alhamdulillah dah tak ada lagi masalah hb rendah..bacaan maintain je sampai bersalin...dah tak kena suntik lagi...
Kesimpulannya pengambilan vitamin semasa hamil khususnya asid folik dan zat besi sangat penting untuk ibu dan bayi.Pilihlah suplement yang terbaik untuk anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com...

order sekarang....:)


Jumaat, 20 September 2013

Kebanyakan rakyat Malaysia mengidap penyakit kencing manis atau disebut diabetes.Diabetes berlaku apabila tahap gula yang berlebihan dalam darah.Ini terjadi disebabkan oleh badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin(yang dihasilkan oleh pankreas) yang diperlukan oleh badan kita untuk menukarkan gula kepada tenaga.
Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula dalam darah.Bagi pesakit diabetes,mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula dalam darah.
Diabetes adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung,kegagalan buah pinggang,strok,buta,kerosakan saraf dan gangrene kaki.
Sebagai pengedar produk Shaklee,saya ingin memperkenalkan set yang perlu diambil untuk mengawal kandungan gula dalam darah sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

SUPLEMENT ASAS UNTUK KENCING MANIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

B COMPLEX ~ menukar gula kepada tenaga
ZINK COMPLEX ~ menurunkan paras glukos dalam darah
VITALEA ~ multivitamin dan mineral keperluan tubuh

SUPLEMENT UNTUK KESAN YANG LEBIH BAIK :


VIVIX ~ memperbaiki sel,sumber antioksidan terbaik
CINCH ~ rendah GI

Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini dan konsultasi selanjutnya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Masalah sendi bukan sahaja dialami oleh golongan tua tetapi kini turut menggangu golongan muda terutamanya ibu lepas melahirkan bayi.Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya ialah faktor penuaan,berat badan berlebihan,penggunaan beban yang berlebihan pada sendi terutamanya di kalangan atlit sukan,sejarah keluarga,kelemahan otot,kerosakan sendi dan jangkitan kuman.

Bagi menyelesaikan masalah ini,Shaklee mempunyai kombinasi 3 komponen produk yang terdapat dalam Set Masalah Sendi ini.Dalam set ini terdapat 3 langkah-langkah untuk mendapatkan kesihatan sendi yang optimum.

set masalah sendi shaklee

LANGKAH 1 : ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
~ Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Memberi manfaat kepada sendi dalam 3 cara :
1)menyokong keselesaan sendi dengan Ekstrak Boswellia
2)meningkatkan kesan kusyen dengan ekstrak jagung
3)memelihara tisu penyambung yang sihat dengan Vitamin C ,Zink.Tembaga dan Mangan

LANGKAH 2 : OMEGA GUARD
~ mengurangkan inflamasi
Omega bertindak dengan :
1) Melambatkan degradasi tulang rawan
2) Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
3) Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

LANGKAH 3: OSTEMATRIX
~ mengekalkan sel tulang yang sihat
OsteoMatrix Lebih daripada kalsium kerana :
1) Kalsium, 1,000mg – Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
2) Magnesium, 400mg – Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
3) Vitamin D, 400IU – Merangsangkan penyerapan kalsium
4) Boron – Bantu dalam metabolisma tulang
5) Mangan, tembaga & zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Dengan 3 komponen penting yang terdapat dalam set ini pasti dapat menyelesaikan masalah sakit-sakit sendi yang dialami oleh anda semua.
Anda juga boleh membelinya secara berasingan mengikut bajet anda.

Jom order sekarang dengan Klik Di Sini


Atau ,

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang produk dan kesihatan anda...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com



Rabu, 18 September 2013

Pasti anda semua tertanya-tanya halal ke produk Shaklee ni? Jangan risau kerana produk Shaklee sememangnya HALAL dan sijil halal Produk Shaklee yang terkini telah di keluarkan oleh ISA (Islamic Services Of Amerika ) pada 6 Februari 2013...Dan ISA itu sendiri telah diiktiraf oleh JAKIM..

sijil halal Shaklee yang terkini..

Untuk pengetahuan anda semua,produk yang tersenarai dalam sijil halal ini adalah produk yang di pasarkan oleh Shaklee (M) sahaja dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada di jual di Malaysia...
Islamic Services Of Amerika adalah salah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM..
Jika anda masih meragui tentang perkara ini,anda boleh merujuk laman web JAKIM untuk memastikan kesahihannya...

Isu halal dan haram memang penting kerana ia akan menjadi darah daging untuk kita dan anak-anak.Berwaspadalah dalam memilih apa saja makanan atau perkara yang ingin dilakukan kerana ia akan mempengaruhi kehidupan kita .
Apa yang pasti produk Shaklee sememangnya HALAL...
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee hubungi saya:

NOREHAN SAAD
012-9466377
norehansaad81@gmail.com

Juga konsultasi percuma....

Selasa, 17 September 2013

Kelahiran bayi amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang ingin menimang cahaya mata.Namun sudahkah anda bersedia untuk menguruskan pelbagai keperluan untuk bayi yang baru lahir ini?
Bayi yang baru lahir amat memerlukan perhatian dan pengurusan yang sangat teliti dari ibu bapa.Bagi pasangan yang baru pertama kali mendapat cahaya mata,pasti banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami.
Salah satu perkara paling penting dalam menguruskan bayi ialah cara untuk memandikannya.Keadaan bayi yang baru lahir sangat lembut dan sensitif memerlukan kita melakukan apa sahaja dengan berhati-hati dan penuh ketelitian.Saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk memandikan bayi yang baru lahir...jom kita baca...




  • masukkan air suam dan periksa air dengan siku.Jangan gunakan air sejuk kerana suhu badan bayi akan menurun atau hiportemia.Badan bayi mudah terkejut terkena air sejuk ,menjadi biru dan mudah berisiko untuk terkena sawan.Disarankan juga tidak memasang kipas dan membuka tingkap.Alasannya untuk mengelakkan bayi mudah berasa sejuk.
  • waktu sesuai untuk memandikan bayi ialah antara 10 pagi hingga 5 petang
  • jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel.Sebaiknya bedung bayi anda dengan kain napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk
Langkah 1 ~ cuci muka bayi dengan kapas atau sapu tangan yang dicelup dengan air suam.Lapkan di bahagian mata dahulu.

Langkah 2 ~ (bersihkan kepala bayi) ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi dengan jari supaya air tidak masuk ke dalam telinga.Letakkan sedikit syampu dan gosokkan kepala bayi dengan lembut.Ketika ini sikat rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat.Keringkan rambut bayi sebelum ke proses seterusnya.

Langkah 3 ~ Siram badan bayi sedikit demi sedikit,gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.Bersihkan di bahagian lipatan seperti paha,ketiak, kaki dan punggung.Akhir sekali bilas dengan air dan lap hingg kering.

Langkah 4 ~ jika tali pusat bayi belum tertanggal,bersihkan tali pusat bayi dahulu sebelum dipakaikan baju.Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat khas untuk cucian pusat bayi.Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah.Kemudian lap di sekeliling pusat dan bersihkan klip tali pusat.Satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan 'infection'.Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering,jangan sapukan sebarang minyak,bedak,ubat atau pelembab yang tidak disarankan oleh doktor.

Langkah 5 ~ bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak pada bayi serta dipakaikan baju bayi.

PENTING : IBU WAJIB MENYUSUKAN BAYI SELEPAS MANDI KERANA BAYI BERASA LAPAR SELEPAS MANDI...SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK...

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana....berilah perhatian dan belaian yang lebih untuk bayi anda...

Isnin, 16 September 2013

1001 KHASIAT VIVIX YANG PERLU ANDA KETAHUI....

Dalam banyak-banyak produk shaklee ni..vivix adalah satu produk yang paling mahal TETAPI mempunyai 1001 khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita...hanya dengan satu sudu teh sahaja sehari anda mampu kelihatan muda,sihat dan bertenaga..berbaloi bukan..



ANTARA KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE IALAH :



APAKAH PULA MANFAAT RESVERATROL ?



Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan vivix iaitu :

  • vivix mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah
  • terbukti 10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratrol,tidak mengandungi alkohol 
  • menggunakan bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan dan perasa tambahan
  • mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Dapatkan sebotol vivix untuk menjamin kesihatan anda...hubungi saya...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Jumaat, 13 September 2013

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

Pelbagai produk kesihatan yang terdapat di pasaran kini.Namun ,adakah semua jenama menepati citarasa anda semua?Bagaimana anda membuat pilihan yang terbaik untuk memilih suplement yang sesuai untuk kesihatan anda?Begitu juga dengan saya,setelah mencuba pelbagai suplement untuk penjagaan diri dan kesihatan,akhirnya saya telah bertemu dengan SHAKLEE..
Bermula dengan set penyusuan bajet iaitu ESP dan Alfalfa, saya amat berpuas hati dengan hasilnya..memang menakjubkan bagi saya..

set penyusuan bajet

Bermula dari set tersebut,saya terus jatuh cinta dengan shaklee...saya juga mengambil pelbagai set lagi seperti set kewanitaan,set resdung,set kolestrol dan set keguguran rambut..dan juga set untuk kulit..pendek kata semuanya saya nak cuba..hihi..
Sudah hampir 3 bulan saya mengambil kesemua set ini..memang berpuas hati sangat..

ANTARA KELEBIHAN VITAMIN SHAKLEE IALAH :
  • Sentiasa selamat ~ Shaklee telah menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran bahaya dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.
  • Sentiasa berkesan ~ pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan.Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplement Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplement lain ataupun tidak mengambil suplement langsung.
  • Sentiasa mesra alam ~ selama lebih daripada 55 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar.Daripada mencipta satu pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas bumi hijau.Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda ,rumah dan juga bumi ini.
Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan penting dalam membentuk kesihatan akan datang.Kajian saintifik mengesahkan bahawa mengawal berat badan,makan secara seimbang dan sihat,pengambilan suplement yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan.
Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat,produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri dan juga bumi ini..

antara produk Shaklee...

BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK..HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE...DAN KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA..

NOREHAN SAAD
012-9466377
norehansaad81@gmail.com

PETUA TRADISIONAL TURUNKAN DEMAM KUNING..

Sebaik melahirkan bayi,ibu-ibu pasti dilanda kerisauan kerana kebanyakkan bayi yang baru dilahirkan akan terkena demam kuning atau jaundice.Kulit di bahagian muka atau mata putih bayi akan kelihatan kekuningan jika terkena jaundice.Jika bacaan bilirubin agak tinggi mungkin akan membahayakan kepada bayi.
Pelbagai kaedah rawatan yang dilakukan oleh doktor untuk menurunkan paras bilirubin.Dalam entry yang lepas saya telah berkongsi tentang topik kaedah rawatan tersebut..Jadi kali ini saya akan berkongsi beberapa petua tradisional untuk mengurangkan demam kuning...

Antara petua untuk perkongsian bersama :

  • jemur bayi di bawah cahaya matahari ~ di lakukan pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit sahaja.Jika dibiarkan terlalu lama,dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok.
  • minum susu kambing ~ memberi bayi meminum sedikit susu kambing.Namun jika diberikan berlebihan akan menyebabkan cirit birit dan radang usus.
  • mandikan bayi dengan air belimbing buluh ~ daun tersebut diramas bersama air mandian dan mandikan bayi dengan air tersebut
  • sengkuang cina ~ di kupas kulit,di sagat dan diambil perahan airnya untuk diminum oleh bayi.
  • anggur hitam ~ titiskan air anggur tersebut ke mulut bayi.
Namun ibu-ibu perlulah mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar sebelum melakukan petua tersebut.Bagi saya susu ibu adalah penawar terbaik untuk mengatasi masalah ini.Tak perlulah memberi susu kambing untuk bayi yang baru lahir kerana bimbang akan memudharatkan bayi pula..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua...:)



Rabu, 11 September 2013

KRIM AJAIB DARI SHAKLEE....
Kulit kasar dan tumit kaki pecah ?? Itu antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang sering ke dapur menjalankan rutin harian sebagai suri rumah...pasti anda tercari-cari produk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut..
Satu produk dari Shaklee yang telah terbukti berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit ialah :

herbal blend multipurpose cream

Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Mari kita lihat mengapa ia dikatakan krim ajaib...
  • melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • menyelesaikan masalah kulit gatal
  • menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
  • menghilangkan ruam pada bayi
  • memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam(di sapu keseluruh badan)
  • boleh juga untuk memecahkan lemak/pembuangan angin secara urutan terutama pada bahagian perut
  • sebagai losyen untuk kegunaan harian
Krim yang dingin dan tidak berminyak ini di perbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage,horse chestnut,bunga yarrow dan rosemary.Ianya 100% organik,bebas steroid dan paraben dan sangat untuk kulit sensitif.

Antara testimoni pengguna...


Ni pula antara kegunaan Herbal Blend ini dalam kehidupan harian saya:
- melegakan kegatalan kulit akibat ruam, terutamanya ruam lampin Hilman dan Maryam.
- melembutkan serta melembabkan kulit kering dan merekah, terutamanya pada tumit dan kaki saya serta pada kaki Hilman dan Maryam, dan kulit kasar akibat ruam panas pada leher Yasmin.
- mengelakkan benjol dan lebam akibat terhantuk - baru je bereksperimen dalam minggu ni bila Maryam jatuh dan dahi terhantuk bucu dinding. Tak sampai 5 minit terhantuk, dahinya dah benjol dan nampak hijau tanda-tanda nak jadi lebam. Saya ikhtiar sapukan Herbal Blend, alhamdulillah menjelang petang bila beritahu suami yang Maryam jatuh, dah tak ada benjol dan lebamnya. Malah suami pula yang tanya, betul ke terhantuk kat dahi tu sebab tak ada nampak kesan benjol atau lebam langsung!
- sebagai first aid bila kena air panas ataupun minyak panas semasa memasak. Bila terkena, saya akan cepat-cepat sapu Herbal Blend untuk elakkan kulit jadi melepuh.
Sekarang ni, saya tengah uji untuk hilangkan kesan parut chicken pox pada Maryam, dan hilangkan parut kudis pada kaki dan tangan Hilman pula. Mudah-mudahan parut-parut tu semua akan hilang sebelum hari raya nanti sebab tak comellah kan kalau beraya dengan parut-parut bertaburan di kaki tangan diaorang! ^_^

*kredit :blog (ummimeen)

Jom order sekarang..hubungi saya untuk mendapatkan produk ajaib ini..harga sangat murah..pastikan anda membawa krim ini ke mana sahaja untuk keperluan harian..

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com

Selasa, 10 September 2013




APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN OVARIAN CYST ?
Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau di permukaan ovari.Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkan wanita tidak menyedari yang mereka mengalami kerana ia jarang memberikan simpton atau gejala.
Kehadiran ovarian cyst ini mungkin menunjukkan sistem peranakan bermasalah dan masalah ketidaksuburan anda.
Cyst sebenarnya berkaitrapat dengan proses reproduksi wanita.Follicular cyst adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang,ia akan pecah dan akan melepaskan telur untuk persenyawaan.Kadang-kadang cyst -cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang memberi masalah.

 Perbezaan antara ovari yang normal dan ovari yang ada cyst

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT CYST?
Ovarian cyst ini sebenarnya agak kerap berlaku.Kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya.Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimana pun,sekiranya cyst ini terjadi kepada wanita yang berusia 50 hingga 70 tahun,ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

APAKAH SIMPTON ATAU GEJALA OVARIAN CYST?
Secara umumnya ia tidak memberi sebarang gejala,tetapi sekiranya ia terlalu besar,anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan di bahagian bawah perut.Antara gejala yang mungkin berlaku adalah :
  • muntah dan loya
  • sakit perut
  • sakit semasa hubungan seks
  • sukar atau kerap kencing
  • rasa perut penuh dan tidak selesa
  • rasa berat pada ari-ari
CARA MERAWAT OVARIAN CYST.

Rawatan untuk masalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit.Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst,rawatan yang biasa adlah 'tunggu dan lihat'.Selalunya doktor akan memantau samaada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius ,pembedahan adalah cara yang terbaik.Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini bagi sesetengah wanita.

BAGAIMANA GLA COMPLEX MERAWAT CYST?
Selain itu,produk Shaklee iaitu GLA Complex boleh membantu anda untuk mengecutkan cyst.Ia membantu mengawal ketidakseimbangan hormon.GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin -bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal.Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Bahaya kan cyst ini jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan.Jadi ambillah suplement GLA Complex untuk mengatasi masalah ini.
Berikut adalah testimoni pengguna GLA Complex :






Hubungi saya untuk mendapat produk ini .

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail com

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog