Isnin, 23 September 2013

Sudah banyak kes yang kita dengar tentang kematian bayi yang tercekik akibat minum susu atau makanan lain.Kes-kes seperti ini biasanya berlaku di pusat jagaan anak-anak yang memerlukan pengasuh menjaga lebih daripada seorang bayi menyebabkan mereka lalai dalam hal penyusuan atau memberi bayi makan.
Malang memang tidak berbau.Sebagai ibu bapa kita mestilah sentiasa mengawasi anak-anak yang berumur kurang daripada 4 tahun apabila waktu mereka makan.Bagi mengelakkan mereka mudah tercekik tips-tips yang perlu dilakukan ialah:

  • potong makanan kecil-kecil atau hancurkan dan jika ada biji buang dahulu.
  • elakkan memberi makanan seperti kacang dan gula-gula
  • ketika anak makan,minta anak duduk,jangan biarkan dia berlari atau melompat-lompat
  • anak-anak suka mengutip sesuatu yang dijumpai dan memasukkannya ke dalam mulut,jadi elakkan anak-anak bermain dengan duit syiling,butang atau mainan yang terlalu kecil
Kadang kala tanpa kita sedari bayi yang sudah pandai mengutip tercekik objek yang dikutip.Apabila menghadapi situasi sebegini pastikan anda cukup info untuk menghadapinya agar pertolongan kecemasan dilakukan segera.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN :

1) bertenang.Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi dengan menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.
2) tiarapkan bayi di lengan atau peha anda.Jadi lehernya di sokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.
3) tepuk belakang bayi dengan tapak tangan anda.Objek yang berada didalam mulutnya mungkin akan terkeluar.
4) jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan,baringkan dia dan gunakan hujung dua jari anda untuk mengurut tulang dadanya.
5) jika bayi anda mula tidak sedarkan diri,cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya.Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.
6) Jika dia tidak bernafas ,minta sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

Perkara ini nampak remeh tetapi jika ia berlaku tanpa disedari oleh orang dewasa,mungkin boleh membawa padah.Apabila tercekik anak tidak dapat mengeluarkan suara dan sukar untuk memberitahu mereka sedang tercekik.Ambillah langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan anak anda tercekik.

cara-cara menghadapi situasi tersebut..

Saya sendiri pernah mengalami masalah ini...anak sulung saya hampir tertelan klip rambut besi..masa tu umur dia 5 tahun.Memang cemas sangat ...saya tak perasan yang di tangan dia ada klip tu, sambil baring tengok tv dia boleh gigit gigit klip tu...masa tu saya tengah lipat kain memang tak perasan...saya dengar bunyi macam dia tercekik...terus saya suruh dia bangun, tundukkan kepala dia dan tepuk-tepuk belakang dia ...alhamdulillah akhirnya klip tu jatuh...sampai sekarang dia dah serik nak letak apa-apa kat mulut...seriau sangat...nasib baik takde apa-apa...
Awasilah anak anda sentiasa sebelum perkara yang tidak diingini berlaku...:)


Related Posts:

  • PETUA ELAK ANAK KENCING MALAMAnak kencing malam memang biasa berlaku terutamanya yang berusia 3 tahun hingga 7 tahun.Masalah ini menyebabkan ibu bapa runsing apabila anak-anak terlalu kerap kencing di tempat tidur.Setiap hari terpaksa menjemur tilam. … Read More
  • BERTANGAS SELEPAS BERSALINAPA ITU BERTANGAS? Amalan bertangas masih lagi menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk kaum hawa.Sebenarnya amalan bertangas mempunyai fungsi … Read More
  • AMALAN IBU SEMASA HAMILSemasa hamil,banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh para ibu.Lebih-lebih lagi pantang larang semasa hamil perlu dielakkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu juga,kesihatan sangat pent… Read More
  • CARA MENGURUS URI ANAKAPA ITU URI ? Uri atau dikenali sebagai plasenta dan ada juga yang menyebut tembuni.Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri sangat penting kepada bayi.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di … Read More
  • KELEBIHAN HALIAHalia memang tidak asing lagi buat kita semua.Setiap rumah pasti mempunyai halia di dapur.Banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia.Tetapi tahukah anda ,halia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita?? ANT… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog