Jumaat, 27 September 2013

Air masak atau air kosong memang banyak kelebihannya.Namun tidak semua orang gemar untuk meminumnya.Kebanyakkannya lebih gemar meminum minuman yang manis dan berkarbonat.Tahukah anda semua, air kosong sangat bagus untuk kesihatan jika diamalkan....?

Antara kelebihannya ialah :

1) menguruskan badan

  • air putih tidak mengandungi gula,kalori ataupun lemak dan ini ternyata mampu untuk mengurangkan berat badan kita.Sangat bagus diamalkan oleh mereka yang sedang berdiet.
2) meningkatkan kesuburan
  • air putih dapat menghasilkan hormon testosteron bagi kaum lelaki dan hormon estrogen untuk kaum wanita
3) melancarkan sistem pencernaan
  • meminum air putih sebanyak 8 gelas setiap akan dapat melancarkan sistem pencernaan.Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga berjalan dengan efisien.
4) melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
  • air putih bukan sahaja dapat melambatkan proses pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5) perawatan kecantikan
  • kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh mengghadapi kesulitan untuk menyerap air sekaligus menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut.
6) tubuh lebih segar dan sihat
  • khasiat air putih bukan sahaja membersihkan tubuh tetapi sebagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh.Kita mungkin dapat bertahan jika tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin mampu bertahan jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7) menyihatkan jantung
  • air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.Bahkan kini telah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8) ubat kepada penyakit strok
  • air putih bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit,namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh.Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Bagi mereka yang telah mengamalkannya pasti telah merasai kelebihannya.Rasulullah SAW sendiri mengamalkan meminum air kosong selepas bangun pagi sebelum Baginda bersugi.Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini....



Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita....

Related Posts:

  • TIPS PENGENDALIAN MAKANANDah tengahari ni,korang semua dah masak ke untuk suami dan anak-anak.Mereka pasti menantikan masakan yang enak dari air tangan kita sendiri.Kebersihan terjamin dan cara pengendalian makanan mestilah betul.Hari ni ,saya nak be… Read More
  • TIPS JIMAT ELEKTRIK DI RUMAHTiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam man… Read More
  • TIPS MEMAKAI LIPSTIK AGAR TAHAN LAMALipstik adalah alat make up yang paling penting buat saya.Kalau keluar ke mana-mana cukup hanya dengan memakai lipstik.Saya ni bukanlah jenis yang suka make up sangat.Pakai foundation pastu lipstik sikit dah memadai bagi saya… Read More
  • TIPS HILANGKAN LEMAK DI PERUTBanyak lemak ...Oh tidakkk!!!! Masalah perut buncit,lemak yang kian menebal kat perut sering dialami oleh semua orang.Orang kurus pun ada lemak tau.Jangan ingat orang gemuk je perut buncit tapi orang kurus pun ada masalah lem… Read More
  • TIPS MEMBUAT SUSU YANG BETUL AGAR TIDAK MEMBAHAYAKAN BAYIMembuat susu formula juga ada cara dan tekniknya.Ramai ibu yang masih tidak tahu bagaimana tips membuat susu dengan betul.Tidak ada gunanya jika menggunakan susu yang paling mahal sekalipun tetapi cara membancuh yang salah se… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog