Selasa, 25 Februari 2014

Assalamualaikum....


surah Al Waqiah

Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran dan terletak dalam juzuk yang ke 27.Surah ini mengandungi 96 ayat.Dinamakan Al Waqiah kerana diambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat dalam ayat pertama dalam surah ini yang bermaksud KIAMAT.

Al Waqiah Adalah Surah Kekayaan.
Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa  (membiasakan) membaca surah Al Waqiah , maka ia tidak akan kekafiran selamanya."

" Ajarkanlah surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu .Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady)

KHASIAT SURAH AL WAQIAH :
  • Mereka yang membacanya sebagai wirid , In shaa allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya
  • Membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali,maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap selepas solat Asar,In shaa allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis,In shaa allah ditunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan dengan rezeki
  • Menjadi orang kaya yang bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak.In shaa allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan
  • Selepas solat isyak,ambillah segelas air lalu bacalah surah Al Fatihah 1 kali,Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Tiup dalam air dan minum.Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al Waqiah ayat 35-38 :
" Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (tidak pernah disentuh ),yang tetap menyintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

In shaa allah dengan mengamalkan surah Al Waqiah ini kita akan dimurahkan rezeki dan dapat membantu mereka yang memerlukan.Bacalah surah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNya,jangan berniat untuk menjadi kaya di dunia yang sementara ini.Niatlah agar kita dapat membuat amal jariah untuk bekalan di akhirat kelak...

Semoga bermanfaat buat semua...
Selamat Beramal....

Isnin, 24 Februari 2014

Kelenjar tiroid adalah organ endokrin yang terletak di leher manusia.Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid.Antara hormon yang terpenting ialah Tyhroxine (T4) dan Triiodotyhronine (T3).Hormon -hormon ini mengawal metabolisme(pengeluaran tenaga) manusia.



penyakit tiroid


Terdapat dua jenis penyakit tiroid yang utama :

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis (hormon tiroid lebih tinggi)
2) Hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid)

Antara individu yang berisiko menghidap penyakit tiroid ialah :
  • perempuan
  • genetik
  • mengidapi penyakit pituitari atau endokrin yang lain
  • usia melebihi 60 tahun
  • perokok
Tanda-tanda pesakit Hipertiroidisme ialah: 
  • bengkak di leher
  • cirit birit
  • degupan jantung bertambah,sentiasa berdebar-debar
  • gementar dan gelisah,terketar-ketar
  • haid tidak teratur
  • tahap kesuburan menurun
  • kurang tumpuan
  • mata menjadi besar (bulging)
  • kekejangan otot
  • osteoporosis (kereputan tulang)
  • pengeluaran peluh yang banyak
  • suhu badan naik
  • keguguran rambut
  • sukar bernafas
  • sukar tidur
  • turun berat badan
  • lemah
BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ?

1) Cadangan vitamin untuk Hipertiroidisme ialah :

ESP (energizing soy protein)


ESP mengandungi estrogen semulajadi yang berupaya untuk merencatkan pengeluaran hormon tiroid dalam jumlah yang tertentu.Oleh kerana estrogen ini tidaklah terlalu tinggi ,jadi ia tidak terus merencat secara 100 % ,tetapi boleh mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.

ESP ini tidak sesuai untuk pesakit Hipotiroidisme kerana ia akan mengurangkan lagi hormon tiroid.

2) Cadangan vitamin untuk pesakit Hipotiroidisme ialah :

VITALEA 


Vitalea mengandungi hampir kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.Ia termasuklah iodin,vitamin A,D,E,B2,B3 dan Zink ,Selenium & Copper yang sangat diperlukan untuk pesakit Hipotiroidisme.Kesemua nutrien ini berupaya meransang pengeluaran hormon tiroid.

VITAMIN E


Vitamin E Complex dari Shaklee mengandungi 10 mg Selenium semulajadi yang dapat membantu untuk perembesan hormon tiroid.Ia juga dapat mengelakkan masalah autoimmune yang merupakan salah satu punca masalah tiroid.

Selain daripada cadangan di atas,pesakit tiroid samaada Hipo atau Hiper juga boleh mengambil vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti B Complex,Vitamin C,Omega Guard atau Vivix untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh dan tubuh berfungsi dengan baik.

Jika berminat dengan sebarang produk Shaklee ,anda boleh menghubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma...

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
969248
012 9466377 (SMS/WHASSUP)
norehansaad81@gmail.com (EMAIL)


Sabtu, 22 Februari 2014

ASSALAMUALAIKUM ....

Surah Al Mulk

Al Mulk merupakan satu surah yang mempunyai banyak kelebihannya.Membaca surah ini sebelum tidur adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.

" Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Al Sajdah dan Al Mulk."
(HR - At Tarmizi)

KELEBIHAN YANG DIJANJIKAN KEPADA PENGAMAL SURAH AL MULK :
  • Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat kelak
  • Menyelamatkan si pembacanya dari seksaan kubur
  • Berada di bawah naungan sayap para malaikat (rahmat Allah)
  • Wajahnya bercahaya seperti seperti wajah Nabi Yusuf di akhirat kelak
  • Nabi SAW bersabda ," surah ini datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati "
  • Surah ini bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian
Surah Al Mulk merupakan surah ke 67 dalam Al Quran.
Di namakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud 'KERAJAAN'.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Jadikan Surah Al Mulk sebagai surah yang wajib dibaca setiap malam sebelum tidur dan lakukanlah secara istiqamah dalam kehidupan seharian...

Semoga bermanfaat buat kita semua.
Selamat beramal...

Khamis, 20 Februari 2014

APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh.Keadaan ini menyebabkan setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.Tekanan darah seseorang adalah berbeza.Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak,jantung,buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik (bacaan atas) dan 60-80 mmHg pada tahap diastolik (bacaan bawah).




Berikut adalah jadual bacaan tekanan darah :


GEJALA TEKANAN DARAH RENDAH
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual dan pening kepala
  • kulit berasa dingin,pucat dan lembab
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi dan cepat haus
PENYEBAB TEKANAN DARAH RENDAH
  • kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak terkawal
  • dehidrasi - mengurangkan cecair dalam badan seperti muntah yang teruk dan cirit birit
  • masalah jantung - denyutan jantung yang agak cepat atau terlalu lambat dan otot-otot yang lemah
  • kehamilan - sistem peredaran wanita berkembang cepat semasa hamil,maka tekanan darah akan menurun.Tekanan darah kembali normal selepas kelahiran
  • pembengkakan organ - cairan akan memasuki jaringan yang bengkak di sekitar organ dan menyebabkan kekurangan volum
  • diet yang tidak seimbang -kekurangan vitamin B12 dan asid folik
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENGALAMI TEKANAN DARAH RENDAH:
  • banguan dari duduk atau berbaring dengan perlahan-lahan
  • jangan berdiri terlalu lama
  • diet rendah karbohidrat
  • banyakkan minum air kosong
  • hindarkan dari pengambilan alkohol
  • melakukan senaman secara teratur
SET TEKANAN DARAH RENDAH SHAKLEE

Anda disarankan untuk mengambil suplemen bagi membantu mengatasi masalah tekanan darah rendah.Antara suplemen Shaklee yang disarankan ialah :
  • VITALEA - multivitamin dan multimineral untuk keseimbangan nutrien dalam badan
  • B COMPLEX - menambah tenaga dan mengurangkan stress
  • OSTEMATRIX - kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
  • ESP - membekalkan protein dan sumber tenaga
  • PERFORMANCE DRINK - membekal tenaga dan mengelakkan dehidrasi
  • MEALSHAKES - juga multivitamin dan multimineral alternatif untuk yang memilih kepada minuman
Anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet anda.Jangan risau saya sedia memberikan konsultasi percuma kepada anda yang berminat dengan sebarang produk dari Shaklee ini...hubungi saya 

Teman Shaklee Anda ,
NOREHAN SAAD
969248 (ID NO)
012-9466377 (SMS/WHASSUP)
norehansaad81@gmail.com (EMAIL)

Mealshakes yang berperisa vanila amat lazat rasanya.Kelazatannya lebih terasa apabila Mealshakes bergabung dengan beberapa jenis minuman lain.Terdapat pelbagai resepi menarik dan semestinya sedap untuk dicuba.Pasti kanak-kanak akan lebih menyukainya.Nak tahu apa resepi Mealshakes? Jom kita kongsikan bersama-sama...

Antara resepi Mealshakes

1) ESP + MEALSHAKES
Hanya campurkan setengah sudu besar Mealshakes bersama segelas ESP kerana Mealshakes mempunyai  rasa vanila dan baunya yang sedap.

2) JUS BUAH + MEALSHAKES
Jus buah-buahan segar seperti oren,mangga atau tembikai pasti melazatkan lagi rasa Mealshakes.

3) MINUMAN COKLAT + MEALSHAKES
Minuman coklat panas atau suam dihidangkan bersama Mealshakes.Anak-anak akan menggemarinya

4) SUSU SEGAR / SUSU FORMULA + MEALSHAKES
Anak-anak akan lebih gemar meminum susu jika dicampurkan dengan Mealshakes.Juga boleh ditambah madu bersama oat untuk sarapan yang lebih berkhasiat untuk seisi keluarga

5) MINUMAN YOGURT + MEALSHAKES

6) SIRAP BANDUNG + MEALSHAKES

7) RIBENA + MEALSHAKES

8) MILO + MEALSHAKES

9) AIR SUAM / AIR SEJUK + MEALSHAKES

10) MEALSHAKES OREO
Fresh milk
Setengah sudu besar Mealshakes
Oreo (buang cream dan hancurkan)
Aiskrim jika suka
Blend kesemua bahan

11) SMOOTHIES MEALSHAKES
1-2 cawan fresh milk
1 sudu Mealshakes
1 sudu ESP
Frozen fruit (pisang/berries/strawberry)
Ais
Campurkan semua bahan dan blend

Mealshakes merupakan sumber protein,jadi jangan melebihi dos yang ditetapkan kerana ia akan mengganggu buah pinggang.
Tengok resepi je dah rasa macam sedap....jadi bolehlah mencuba.Sesuai untuk seisi keluarga.

Berminat dengan sebarang produk Shaklee ? Hubungi saya untuk mendapatkannya...

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
969248
012- 9466377 ( SMS/WHASSUP )
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Isnin, 17 Februari 2014

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami masalah sakit di bahagian pinggang.Gejala sakit pinggang ketika hamil akan membuatkan ibu-ibu merasa tidak selesa dan menggangu rutin seharian.



Bagaimana ia boleh berlaku ?

  • peningkatan hormon ketika kehamilan membuatkan sendi tidak stabil dan pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi
  • kenaikan berat badan sehingga 11 hingga 15 kg semasa kehamilan menyebabkan kesakitan di sekeliling bahagian perut
  • perubahan postur tubuh yang semakin membesar menyebabkan pusat graviti berubah dari sebelumnya
Apakah langkah pencegahannya ?
  • kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan,regangkan kaki dan bengkokkan lutut,ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas dan ke bawah dengan gerakan perlahan.
  • tidur di atas tilam yang teguh dan pusing tubuh ke sisi sebelum bangun
  • elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung.Ini akan menyebabkan ketegangan
Apakah langkah penyelesaiannya ?
  • jika sakit di bawah tulang bahu,pakailah coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang
  • jika sakit jauh ke bawah,terutama pada satu sisi,maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda
  • jika sakit di bahagian pelvis atau tulang punggung,cuba gunakan bengkung (gridle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau anda terpaksa berdiri lama
American Institute For Preventive Medicine telah membuat kajian bahawa ibu hamil memerlukan kalsium,magnesium dan air yang mencukupi bagi membantu memelihara saraf normal di mana,saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita.Kalsium juga amat penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutamanya semasa kontraksi.

Ibu -ibu semua jangan risau kerana Shaklee ada menyediakan satu produk yang dikenali sebagai OSTEMATRIX yang kaya dengan kalsium dan magnesium bagi membantu masalah seperti :
  • membantu melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
  • bagus untuk pelawasan dan masalah sembelit
  • membantu pembentukan janin yang kuat
  • melegakan migrain
  • mencegah osteoporosis
  • tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi

HARGA SEBOTOL : RM 61
SAIZ PERBOTOL : 120 TABLET

Nak dapat harga istimewa ? anda boleh berhubung dengan saya dan layak mendapat konsultasi percuma...

Teman Shaklee Anda ,

NOREHAN SAAD
012-9466377 (SMS/WHASSUP)
EMAIL : norehansaad81@gmail.com





NUTRIFERON merupakan penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun , Dr Kojima dari Jepun.Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang lemah ,senang sakit dan sakit yang lambat sembuh.



SIAPA YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON ?

  • Mereka yang sering sakit,selsema dan sering demam
  • Ibu yang menyusukan bayi dimana anaknya sering demam atau sakit yang berpanjangan
  • Mereka yang mempunyai masalah imunisasi
  • Mereka yang sering dan kerap bekerja ke luar negara
  • Mereka yang sering mengalami tekanan
  • Mereka yang terdedah kepada penyakit berbahaya
  • Mereka yang tidak suka menelan banyak vitamin seharian.ACE dapat digantikan dengan mengambil sepaket Nutriferon sehari
  • Mereka yang mengalami alergi dan ekzema berpanjangan
BAGAIMANA NUTRIFERON BERTINDAK ?

Ianya meningkatkan INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindakbalas imun badan.
Pemakanan tambahan ini yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan 4 ramuan botani apabila digabungkan bersama untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

FUNGSI SETIAP RAMUAN 4 EKSTRAK TUMBUHAN :
  • Biji labu (cucurbita moschata) meransang pengeluaran interferon semulajadi
  • Biji plantago (plantage asiatica) yang mempunyai bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk meransang sistem imun.
  • Bunga Sunflower (carthamus tinctorius) pilosakarida yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj,sejenis sel darah putih.
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
CADANGAN PENGAMBILAN :
1 paket sehari untuk pemeliharaan kesihatan dan 2 hingga 3 paket sehari untuk rawatan influenza dan kanser.
Untuk bayi, hanya jilat sedikit,untuk kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

Berminat dengan sebarang produk Shaklee,anda boleh berhubung dengan saya dan layak mendapat konsultasi percuma.

Teman Shaklee Anda ,

NOREHAN SAAD
012-9466377 (SMS/WHASSUP)
EMAIL : norehansaad81@gmail.com




Ahad, 16 Februari 2014

Perut yang mengandungi banyak angin pasti membuatkan kita merasa tidak selesa.Keadaan ini disebabkan oleh pemakanan.Tahukah pembaca semua , apakah makanan yang boleh menghasilkan angin dalam perut ?




Makanan yang mengandungi gula raffinose,fruktos.laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

  • Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks.Juga terdapat dalam sayuran bunga kobis ( cauliflower ),kobis brussel (brussel sprout),asparagus,brokoli dan kobis
  • Laktos adalah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim
  • Fruktos banyak terdapat pada bawang,buah pir dan gandum.Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan
  • Kanji kebanyakannya terdapat dalam kentang,jagung,gandum dimana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin
  • Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal.pir,pic dan prun.Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet,gula-gula dan gula getah
  • Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus.Ia terdapat di dalam kacang,oat,bran,kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan.Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin
Jangan runsing jika anda ingin menikmati makanan-makanan yang boleh menghasilkan angin kerana Shaklee ada produk yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.


Tu dia Peppermint Ginger Plus dari Shaklee yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dari 4 jenis herba terpilih yang diperolehi dari Barat dan Timur seperti pudina,halia,pokok adas dan cekur manis.Gabungan keempat-empat herba tersebut berjaya membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan ketidakselesan perut dan usus serta masalah pencernaan.
In shaa allah berkesan mengurangkan angin dalam perut..

Harga sebotol : RM 45
Saiz perbotol : 90 tablets

Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya..harga pun istimewa.

TEMAN SHAKLEE ANDA,
NOREHAN SAAD
012-9466377 (SMS/WHASSUP )
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Khamis, 13 Februari 2014

Promosi Shaklee di sepanjang bulan Februari 2014 ialah Vitalea.



Bersempena dengan promosi Vitalea beli 6 percuma 1,saya ingin berkongsi sedikit info menarik tentang multivitamin terhebat ini.
Vitalea adalah multivitamin + multimineral + iron.Ia mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian utama bagi membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi.Ia penting untuk pembentukan sel dan darah.Mempunyai sistem penyerapan bioactivated berpaten untuk memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain berlaku secara optimum.Anologinya,pengambilan 2 biji Vitalea ini dikatakan bersamaan dengan 40 jenis lauk.Asasnya semua individu memerlukan Vitalea bagi membantu :
  • memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
  • mencantikan dan menegangkan kulit
  • kuku yang licin
  • menguatkan akar rambut
  • mencegah penyakit tiroid @ beguk ( disebabkan kekurangan iodin dan dalam Vitalea ada iodin)
  • penting untuk diet ( jika kurang makan,Vitalea membantu memberi tenaga dan tidak lesu)
  • ibu hamil dan menyusu perlu ambil Vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting untuk tumbesaran anak.Jika kekurangan iron,mereka akan mudah pening atau pitam
  • membantu mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yang mahal atau sumber laut yang terhad atau mereka yang alah kepada makanan laut.
  • sesuai untuk mereka yang mengalami luka pendarahan yang banyak kerana Vitalea mempunyai elemen iron
  • mempunyai penutup yang kedap udara kerana iron akan mudah teroksida jika terdedah kepada udara
HARGA PASARAN VITALEA SEBOTOL : RM 88.75
HARGA PROMOSI SEBOTOL : RM 6X.XX
SAIZ PERBOTOL : 120 BIJI

Nak lagi jimat beli 6 botol anda akan dapat percuma 1 botol.Boleh kongsi beli dengan keluarga,kawan-kawan...
Memang berbaloi...
Berminat dengan sebarang produk Shaklee,anda boleh hubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

Teman Shaklee Anda ,
NOREHAN SAAD
012 - 9466377 ( SMS / WHASSUP )
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Rabu, 12 Februari 2014

Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan  lembut mulut anda.Ulser kelihatan seperti tompokan warna putih.Ianya boleh terjadi berulang kali ,dalam satu tompok atau berkumpulan 2 hingga 5 tompok.Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut.Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan adakalanya di bahagian lidah atau gusi.

contoh ulser mulut


KENAPA ULSER MULUT BOLEH TERJADI ?

  • jangkitan bakteria,virus atau fungus
  • ulser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia
  • ulser juga boleh terjadi disebabkan kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik
  • kekurangan pengambilan zat besi , asid folik dan Vitamin B12
  • sistem imuniti badan yang lemah
  • alahan
  • radioterapi
  • kimioterapi
Ulser atau luka di dalam mulut yang terjadi akibat tergigit,terkena makanan tajam,air terlalu panas dan sebagainya memang membuatkan kita susah untuk bercakap apatah lagi makan.Ada yang berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak.Namun,selain memilih 'bonjela ' iaitu ubat ulser pilihan ramai,terdapat cara lain untuk menghilangkannya.

ubat ulser

PETUA MERAWAT ULSER MULUT :
1) Air Garam
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi.Berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.Ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut

2) Air + Baking Soda
Campuran ini akan membuatkan anda berasa pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka tersebut.

3) Elak Makanan Masam
Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser.Elakkan memakan buah limau,oren,mangga muda,lemon dan sebagainya.

4) Vitamin B
Kekurangan Vitamin B12 atau zat besi lebih mudah untuk menghidap ulser.Jika anda kekurangan zat besi dan Vitamin B12,ulser yang tumbuh mungkin akan lebih parah.Suplemen Vitamin B12 dan B9 serta makanan yang mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser .Antaranya bayam,jagung,aprikot,yogurt dan telur.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B termasuk B12.

5) Vitamin C
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan,selain mengambil suplemen Vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan mengandungi zat besi yang tinggi,Vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama.Pengambilan vitamin c juga dapat membantu penyembuhan ulser.

Sustained Release Vita C Plus Shaklee yang diperkaya dengan Citrus Bioflavonoids

KAEDAH MENANGANI ULSER MULUT :
  • pemeriksaan gigi berkala
  • gigi yang bersih
  • amalkan pemakanan yang sihat
  • elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan yang pedas
Ulser mulut boleh ditangani dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik.Oleh itu,kesihatan kawasan mulut sangat penting untuk kita semua.Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat untuk pembaca semua....

Jika berminat dengan sebarang produk Shaklee anda boleh menghubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma dari saya ...

Teman Shaklee Anda ,

NOR
012 9466377 (SMS/ WHASSUP)
EMAIL : norehansaad81@gmail.com





Selasa, 11 Februari 2014

Semua produk Shaklee mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Dari harga terendah sehingga yang termahal ada keunikkannya.Perkongsian saya kali ini tentang keistimewaan dan perbezaan Coqhealth Plus Shaklee yang terbukti dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



Mengandungi 3 bahan untuk jantung yang kuat :
1) Coenzyme Q10
2) Vitamin E
3) Ekstrak teh hijau

APA ITU COENZYME Q10 ?
COQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.Namun ia lebih banyak di temui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung,hati,buah pinggang dan pankreas berfungsi.
COQ 10 Shaklee memang berbeza dengan produk lain di pasaran yang juga mengandungi COQ 10.Apakah keistimewaan dan perbezaannya ? Mari kita kaji bersama-sama....

5 KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN COQHEALTH PLUS SHAKLEE :
  • Tanpa gluten
  • Kombinasi coq 10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E, kerana Coq 10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28 mg Coq 10 di dalam Coqhealth Plus , anda perlu memakan hampir 1.7 kg ayam / 28 cawan brokoli.
  • Coq 10 berasal daripada bahan semulajadi melalui kaedah penapaian yis.Sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kuantiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan Coq10 nnya.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
MANFAAT COQHEALTH PLUS SHAKLEE :
* membantu menyokong jantung yang sihat
* menguatkan otot-otot jantung dan membantu melancarkan peredaran darah.
* ia juga meningkatkan kesuburan dan awet muda
* Coq 10 membantu mengurangkan proses penuaan.Wajah lebih berseri dan mampu mengurangkan kedutan serta jeragat....sebab itu kebanyakan produk kecantikan menggunakan Coq 10
* Coq 10 pun boleh berfungsi seperti sun block.Jadi tak payah runsing untuk mencari sun block...

Hanya dengan 1 biji sehari pengambilan Coqhealth Plus Shaklee ianya mampu melindungi jantung anda dan bonusnya kulit pun cantik....best kan.

Berminat dengan sebarang produk Shaklee??
Hubungi saya untuk mendapatkannya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dan harga istimewa dari saya...

TEMAN SHAKLEE ANDA ,
NOR - 012 9466377 ( SMS / WHASSUP )
EMAIL : norehansaas81@gmail.com




Isnin, 10 Februari 2014

Masalah anak-anak yang sering mengalami demam,selsema,kurang selera makan adalah perkara biasa.Ini kerana kanak-kanak mudah terdedah kepada virus berjangkit.Ibu bapa mana yang tidak ingin melihat anak-anak sihat dan cergas setiap masa.Pelbagai vitamin terdapat di pasaran yang dapat membantu ibu bapa menangani masalah tersebut.Terpulang kepada anda untuk memilih suplemen yang terbaik untuk anak-anak.
Saya cadangkan anda memilih MEALSHAKES SHAKLEE...

KENAPA ???

  • merupakan nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin
  • kaya dengan protein untuk membantu dan membentuk sel-sel imunisasi dan sebagainya
  • terbaik untuk tumbesaran kerana mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium
  • sebagai anti oksida dengan vitamin A,C,E ,Zink dan selenium
  • memberikan tenaga dan meningkatkan sistem imun kanak-kanak
  • meningkatkan selera makan kanak-kanak
  • 100 % semulajadi tanpa bahan perasa,pengawet dan pewarna tiruan
Saya ingin berkongsi satu pengalaman kawan saya yang memberi Mealshakes kepada anaknya yang kurang selera makan.Jom ikuti apa kata Puan Leya...

" Dulu saya dah bagi anak minum Mealshakes sebab dia kurang selera makan.Lepas tu saya stop selama 3 bulan.Anak mula kerap demam dan selsema , masa ambil Mealshakes dulu ,dia kurang sangat demam dan seleranya pun dah ok...dan sekarang saya kembali memberinya Mealshakes..."

Kalau nak tahu Mealshakes Shaklee boleh dihidangkan dengan pelbagai cara dan mengikut kesukaan anda..

Resepi Mealshakes

Anak-anak pasti lebih menyukainya dengan aneka resepi mengikut kesukaan mereka..Meh order sekarang ..
Hubungi saya untuk info lanjut tentang sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya...

TEMAN SHAKLEE ANDA :
NOR - 012 9466377 (SMS/WHASSUP)
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


Khamis, 6 Februari 2014

Gastrik berlaku disebabkan oleh rembesan asid hidroklorik untuk mencerna makanan terlalu banyak dari kebiasaannya.Pesakit akan merasa pedih,senak,rasa berangin dan tidak selesa di bahagian perut.Bahaya jika dibiarkan berlarutan.Pesakit dinasihatkan untuk mengambil susu kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam perut.

BAGAIMANA LECITHIN SHAKLEE MEMBANTU ?


Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO .Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.Kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi dengan sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan asid di dalam perut.
Ini berdasarkan testimoni kawan saya yang mengambil Lecithin untuk menguruskan badan tetapi dalam masa yang sama boleh membantu mengurangkan gastriknya.

" lecithin ni dah jadi macam ubat gasrtik pulak sebab ,bila gastrik je saya makan lecithin esoknya dah hilang sakitnya...."

Alhamdulillah...semua dengan izinNya...
Banyak manfaat yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana kita semua lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan je tetapi ketahuilah bahawa Lecithin bukan sekadar kuruskan badan saja ok!!
Banyak lagi faedah lain .....

Harga sebotol Lecithin hanya RM 52.50
Ada 180 biji soft gel..
Meh order sekarang....
Nak dapat harga kasih sayang ? hubungi saya

NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WASSUP : 012 - 9466377


Ahad, 2 Februari 2014

Selsema datang lagi....memang menyakitkan hidung hingga kemerahan sebab terlalu kerap mengelapnya...pedih sangat huh...setiap hari saya konsisten ambil sebiji Vita C Plus Shaklee dan hasilnya alhamdulillah selsema dah berkurangan...tak berlarutan,bersin pun dah hilang...yeyy memang best Sustained Release Vita C Plus dari Shaklee ni..


Vita C Plus Shaklee ni diperkaya dengan Citrus Bioflavonoids.

# Bioflavonoids ialah pigmen tumbuh tumbuhan yang banyak dijumpai di dalam buah-buahan sitrus.Ia membantu dalam penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.Di dalam Vitamin C Shaklee mempunyai Citrus Bioflavoniods Complex daripada lemon,orange dan grape fruit.

Ia bersifat larut air.Maka anda disarankan meminum 2 hingga 3 liter air sehari jika mengambil Vitamin C Shaklee.
Vitamin C Shaklee ini membantu meningkatkan sistem imun.Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,peningkatan pemulihan alergi hidung,kulit dan asma dan juga mengurangkan simpton selsema.
Oleh sebab itu,hanya dengan 1 biji Vita C Plus Shaklee ia dapat membantu mengurangkan gejala selsema.
Kepada anda yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik,saya cadangkan ambillah Vita C Shaklee kerana ia menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

Berminat dengan sebarang suplemen Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkannya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya...harga kasih sayang tau...:)

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Peppermint Ginger Plus Shaklee memang mempunyai banyak kelebihannya.Faktor inilah yang menyebabkan ianya menjadi suplemen pilihan ramai.Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ini amat sesuai buat mereka yang mempunyai masalah seperti berikut :

  • wanita hamil yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • mereka yang gemar mengembara dan sering mengalami mabuk laut/darat
  • mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • mereka yang sering mengalami kembung perut
  • mereka yang sering mengalami masalah pencernaan


Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dari 4 jenis herba terpilih yang diperolehi dari Barat dan Timur.Jom kita tengok apa ramuan-ramuan dan fungsinya :

Daun pudina


PUDINA ( PEPPERMINT )
  • melegakan otot-otot perut, ia mempunyai kesan penenang
  • membantu dalam penghadaman
  • membantu mengurangkan mabuk laut / darat
  • membantu melegakan kesakitan gastrik,pedih ulu hati dan cirit birit
  • selain itu,ia dapat melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan kesan daripada rawatan kemoterapi
  • pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus

halia

HALIA
  • halia meransang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan
  • ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus,sakit haid,loya dan mual angin ketika hamil dan selepas melahirkan anak( dalam pantang )
  • satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan

pokok adas

POKOK ADAS (FENNAL)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.Ia melegakan sakit perut dan gejala flu
  • Ia juga membantu dalam masalah alergi dalam saluran usus

cekur manis

CEKUR MANIS (ANISE)
  • digunakan oleh orang-orang Mesir purba.Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid,batuk dan kahak
  • meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan,menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa
  • melegakan haba di musim panas dan lembab
  • memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

TESTIMONI PELANGGAN :







Ternyata mereka amat berpuas setelah mengambil Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ini.Bukan sahaja murah tetapi banyak kelebihannya.Jom dapatkan Peppermint Ginger Plus sekarang dengan menghubungi :

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog