Rabu, 12 Februari 2014

Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan  lembut mulut anda.Ulser kelihatan seperti tompokan warna putih.Ianya boleh terjadi berulang kali ,dalam satu tompok atau berkumpulan 2 hingga 5 tompok.Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut.Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan adakalanya di bahagian lidah atau gusi.

contoh ulser mulut


KENAPA ULSER MULUT BOLEH TERJADI ?

  • jangkitan bakteria,virus atau fungus
  • ulser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia
  • ulser juga boleh terjadi disebabkan kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik
  • kekurangan pengambilan zat besi , asid folik dan Vitamin B12
  • sistem imuniti badan yang lemah
  • alahan
  • radioterapi
  • kimioterapi
Ulser atau luka di dalam mulut yang terjadi akibat tergigit,terkena makanan tajam,air terlalu panas dan sebagainya memang membuatkan kita susah untuk bercakap apatah lagi makan.Ada yang berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak.Namun,selain memilih 'bonjela ' iaitu ubat ulser pilihan ramai,terdapat cara lain untuk menghilangkannya.

ubat ulser

PETUA MERAWAT ULSER MULUT :
1) Air Garam
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi.Berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.Ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut

2) Air + Baking Soda
Campuran ini akan membuatkan anda berasa pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka tersebut.

3) Elak Makanan Masam
Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser.Elakkan memakan buah limau,oren,mangga muda,lemon dan sebagainya.

4) Vitamin B
Kekurangan Vitamin B12 atau zat besi lebih mudah untuk menghidap ulser.Jika anda kekurangan zat besi dan Vitamin B12,ulser yang tumbuh mungkin akan lebih parah.Suplemen Vitamin B12 dan B9 serta makanan yang mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser .Antaranya bayam,jagung,aprikot,yogurt dan telur.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B termasuk B12.

5) Vitamin C
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan,selain mengambil suplemen Vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan mengandungi zat besi yang tinggi,Vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama.Pengambilan vitamin c juga dapat membantu penyembuhan ulser.

Sustained Release Vita C Plus Shaklee yang diperkaya dengan Citrus Bioflavonoids

KAEDAH MENANGANI ULSER MULUT :
  • pemeriksaan gigi berkala
  • gigi yang bersih
  • amalkan pemakanan yang sihat
  • elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan yang pedas
Ulser mulut boleh ditangani dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik.Oleh itu,kesihatan kawasan mulut sangat penting untuk kita semua.Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat untuk pembaca semua....

Jika berminat dengan sebarang produk Shaklee anda boleh menghubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma dari saya ...

Teman Shaklee Anda ,

NOR
012 9466377 (SMS/ WHASSUP)
EMAIL : norehansaad81@gmail.com





0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog