Jumaat, 14 November 2014

Kalau masa tu boleh diundur semula alangkah seronoknya....dapat memasuki alam persekolahan semula.Jumpa kawan-kawan,cikgu-cikgu,makan kat kantin sekolah,beratur,naik bas ke sekolah,macam-macam lagi kenangan zaman persekolahan.Rasa nak bersekolah semula.Rindu dengan semua tu....


APA SUBJEK KEGEMARAN SAYA ?


Buku Teks Matematik Tahun 5

1) Matematik

  • Masa sekolah rendah dulu seingat saya dalam tahun 5,saya dapat markah tertinggi dalam subjek Matematik iaitu 90 %...dapat no.1 dalam kelas.
  • Saya suka Matematik sebab kita tak payah nak baca buku,cuma perlu ingat formula je.Lagi satu saya suka nombor.
  • Tak payah study sampai malam-malam untuk baca buku nota.Matematik sangat simple kalau kita ingat semua formula tu.Yang paling penting kena ingat sifir.Tu mesti kena hafal.Kalau tak confirm kena marah dengan cikgu.

2) Sejarah

Buku Teks Sejarah 
  • Masa sekolah menengah pulak,Sejarah saya paling minat.Sejarah mula diperkenalkan di Tingkatan 1.Guru Sejarah saya masa tu Cikgu Jefry.Memang hensem giler.Hehehe....baik pulak tu,sebab tu terus jatuh cinta dengan sejarah.
  • Mula-mula rasa memang susah sebab banyak info pasal sejarah negara yang perlu diingat.Tapi ,lama-lama jadi seronok nak tahu semua tu.Sejarah pasal negeri Melaka,sejarah kemerdekaan dan banyak lagi.
  • Dalam SPM 1998,saya boleh dapat A1 dalam mata pelajaran Sejarah.Punyalah minat boleh skor A.Matematik pulak SPM saya dapat A2.Dua-dua mata pelajaran ni saya skor sebab saya memang minat.
  • Cikgu Sejarah memang baik,lembut je bila mengajar.Tapi cikgu Matematik garangnya,kecut perut setiap kali tiba waktu Matematik.Kalau semua cikgu lembut,murid-murid naik lemak la.Lagi malas nak study.Betul tak?
Cikgu garang ke,baik ke,semuanya untuk masa depan kita.Mereka lakukan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada kita agar berjaya di masa hadapan.
Apa pulak subjek kegemaran korang? Sharelah...

TERIMA KASIH , CIKGU....JASAMU TETAP KUKENANG....



Related Posts:

  • SOHORamai yang tertanya-tanya apa benda SOHO tu.Bunyi macam shopping kompleks je.Kalau perempuan mesti itu dalam fikiran.Shopping manjanggg... SOHO bermaksud Small Office Home Office.SOHO ni sesuai untuk mereka yang bekerja hanya… Read More
  • OBSESSIONLumrah kehidupan,setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.Ada perkara yang disukai,diminati,yang menggembirakan hati dan pelbagai lagi.Semuanya berbeza begitu juga dengan keinginan,minat dan idolanya.Pernah tak korang… Read More
  • BINATANG PALING MENAKUTKAN Masa sekolah dulu,dalam subjek sains kita akan dapat belajar tentang binatang atau haiwan.Binatang terbahagi kepada 3 jenis iaitu herbivor,omnivor dan karnivor.Apa tu ? Meh nak terangkan serba sedikit... Herbivor ialah bin… Read More
  • KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAKZaman kanak-kanak merupakan suatu kenangan yang termanis dalam hidupku.Namun,apakan daya waktu yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.Zaman kanak-kanak dahulu amat berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang ni.Memang… Read More
  • CABARAN 16 DAYS - PHOTO CHALLENGEDay 1 - HANDWRITING Hari pertama bermulanya cabaran bagi Photo Challenge ni.Tajuknya berbunyi 'Handwriting '..atau tulisan tangan.Tulisan ni ada pelbagai jenis dan fesyen mengikut empunya tangan.Ada senget ke kiri,senget ke … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog