Khamis, 1 Oktober 2015

Assalamualaikum semua .....

Hari ni genap usia Nur Aisyahusna 50 hari.Alhamdulillah pada 12 Ogos 2015 yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri buat penyeri rumahtangga kami.Kakak dah ada kawan sekarang.Sukalah dia ada geng perempuan.Macam tak percaya yang saya dah ada anak 4...huhuhuhu...2 lelaki dan 2 perempuan.Syukur ya Allah...



Aisyah masa memula siap dibersihkan...

Kali ni saya tidak dapat mendengar tangisan Aisyah sewaktu dia dikeluarkan dari rahim sebabnya saya tidak sedarkan diri semasa dibedah.Dan pertama kali dalam hidup saya merasai pengalaman dibedah.Agak mendebarkan....Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Aisyah selamatkan dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.




Mata Aisyah tak buka langsung....

Bersalin secara pembedahan memang agak sukar nak uruskan baby kita sebab pergerakan sangat terbatas.Tak boleh banyak bergerak selepas 8 jam pembedahan.Habis je ubat bius rasa pedih yang amat kat bahagian perut.Tuhan aje yang tahu...Nurse memang banyak membantu saya sampaikan nak salin baju pun diaorang yang tukarkan.Murni sungguh tugas seorang jururawat.Terima kasih yang tidak terhingga buat semua nurse yang jaga saya semasa check in di Kuantan Medical Centre tempohari.Hanya Allah yang akan membalasnya.


Perihal kelahiran Aisyah....

Aisyah dilahirkan pada usia kandunganku 37 minggu.Masa tu tak rasa sakit pun tapi pembedahan terpaksa dilakukan.Saya dibius penuh sebab takut risiko pendarahan berlaku.Memang tak sedar apa pun.Hampir 2 jam baru tersedar ,tengok-tengok perut dah kempis,rasa macam baru 5 minit dibius.Rupa-rupanya dah 2 jam...

Mungkin ini pengalaman pertama dan terakhir buat saya merasai pembedahan.Ngeri sungguh rasanya bila tengok tempat jahitan.Nak jaga pun susah.Kena pantang banyak benda.Kalau bersalin normal habis 44 hari dah kira bebas tapi pembedahan makan tak boleh sembarangan terutamanya seafood.Merenyam gatal nanti kat tempat luka tu...Tapi alhamdulillah luka saya kering elok.

Dah tua rasanya kalau nak bersalin lagi tapi kalau itu rezeki yang diberikan olehNya,saya terima dengan redha walaupuan terpaksa melalui dugaan yang maha hebat.Setiap yang berlaku ada hikmahnya........

Doa ibu....
Semoga menjadi gadis mulia
Semulia diri Maryam
Semoga berjaya menjadi wanita faqihah
Sebijak minda Aisyah
Semoga berjaya menjadi perempuan dan kekasih idaman setiap kalbu
Kecintaan Allah.......

Wassalam...





0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog