Khamis, 18 September 2014

Ini merupakan kali pertama saya ingin berkongsi resepi dalam blog ni.Ingin membuat kelainan dalam entry kali ini.Bolehkan?
Resepi yang sangat mudah untuk disediakan tanpa perlu memasak atas dapur  tapiiii tersangatlah sedap pada yang menggemarinya.Resepi apa tu?? Jom TERJAHHHH...


Cheesekut ku..


Itulah CHEESEKUT.Meh nak share resepinya..

Bahan-bahannya :

  • Cream cheese 250 g
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Biskut deluxe crackers original (apa2 biskut pun boleh la)
  • Nestum
  • Susu segar Dutch Lady (untuk celup biskut)
Cara-cara membuatnya:
  • Pukul cream cheese dengan menggunakan stand mixer sehingga hancur.
  • Kemudian ,masukkan susu pekat.Putar sehingga sebati.
  • Susu Dutch Lady tu mesti dipanaskan sekejap di atas dapur.Jangan terlalu panas,suam2 aje.
  • Celupkan biskut ke dalam susu segar itu tadi dan susunkan ke dalam loyang.
  • Sapukan cream cheese di atas biskut tersebut dan taburlah nestum mengikut citarasa anda.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga ke lapisan yang terakhir.
  • Sejukkan cheesekut ke dalam peti ais terlebih dahulu selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  • Ok siap.
Mudah je kan nak buat cheesekut ni.Bahan-bahan pun senang didapati.Jimat kos lagi.
Selamat mencuba kawan-kawan semua....dah cuba pasti nak buat lagiii

Related Posts:

  • RESEPI MUDAH UNTUK DETOKSDetoks adalah proses pembersihan dari segala kotoran dan racun-racun di dalam badan kita.Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau bahan buangan dari tubuh badan manusia.Detoks dilakukan untuk memastikan sistem p… Read More
  • JERUK ASAM BOI YANG MUDAH DAN SEDAPFenomena jeruk asam boi semakin popular apabila semakin ramai mengupload gambar-gambar yang pasti membuatkan kita meleleh air liur.Biasa kita dengar jeruk ini hanya digilai oleh ibu hamil tapi jeruk asam boi ni menjadi kegila… Read More
  • RESEPI PERTAMA PERIUK NOXXAAkhirnya dapat jugak saya memiliki periuk Noxxa yang semakin popular sekarang ni.Alhamdulillah... Periuk ni memang ajaib sebab boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan.Cepat pun cepat.Jimat masa bagi mereka yang b… Read More
  • SEDAPNYA TELUR IKAN DURIIbu-ibu semua sudah masak ke belum?Agak-agaknya menu apa tengahari ni ?Mesti special kan buat hidangan suami dan anak-anak.Air tangan isteri adalah yang terbaik untuk keluarga.Barulah berkat. Hari ni menu saya ialah masak as… Read More
  • IKAN PATIN MASAK TEMPOYAKIkan Patin sangat popular di Pahang terutamanya di Temerloh.Isinya sangat lembut dan rasanya lemak-lemak gitu.Memang sedap dan tidak hairanlah kenapa ia menjadi kegemaran anak saya.Pantang nampak menu ni kat kedai terus dia s… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog