Isnin, 29 Julai 2013

Hikmah Ayat Seribu Dinar


Pada suatu masa dahulu ayat 2 hingga 3 dari surah At-Talaq ini telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini daripada Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Semuanya adalah dengan izin Allah SWT...sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg t'baik untuk setiap umatnya....seperti maksud ayat seribu dinar ini   "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"  maka hendaklah kita mengamalkannya dan bertawakkal kepada Allah SWT serta janganlah kita melakukan perkara2 yg dimurkai Allah SWT dan meninggalkan suruhan-NYA....Semoga Allah SWT akan memberkati hidup kita dan mepermudahkan setiap urusan yang kita jalankan....AMIN....

Related Posts:

  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More
  • SUNNAH KETIKA MINUMAssalamualaikum para pembaca budiman..... Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan… Read More
  • FADHILAT MEMBACA SURAH AL WAQIAHAssalamualaikum.... surah Al Waqiah Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran dan terletak dalam juzuk yang ke 27.Surah ini mengandungi 96 ayat.Dinamakan Al Waqiah kerana diambil dari lafaz Al Waqiah … Read More
  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog