Rabu, 3 Disember 2014

Paling kita risau jika anak kena demam panas.Bagi ibu yang pertama kali mengalaminya pasti buntu untuk menanganinya.Jangan kata demam panas,demam biasa pun kita dah menggelabah.Salah satu ikhtiarnya ialah mengamalkan doa rawatan untuk demam panas ini.Berikut adalah cara-cara rawatan tersebut :


Doa rawatan demam panas


APA ITU DEMAM ?

Demam terjadi apabila suhu badan kita pada waktu pagi melebihi 37.2 darjah celcius atau suhu badan pada waktu petang melebihi 37.7 darjah celcius.Suhu badan kita dikawal oleh satu bahagian kecil di otak yang dinamakan ' temperature regulatory centre ' (TRC).Bahagian otak ini akan menetapkan suhu badan seseorang yang normal dan apabila ia meningkat,itu yang berlakunya demam yang menyebabkan kita merasa menggigil dan otot-otot menjadi sakit.

Jangan ambil ringan jika anak-anak demam.Paling penting jangan panik.Kalau tak tahu apa nak buat,terus bawa ke hospital.Jangan dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan kerana ianya akan mengundang bahaya.Demam dengan suhu yang tinggi sangat membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.

Kanak-kanak perlu diberi perhatian yang lebih jika mereka tidak sihat.Berilah yang terbaik untuk anak-anak kita.






Related Posts:

  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More
  • WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOAMemang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang d… Read More
  • KELEBIHAN ISTIGHFARRasulullah SAW bersabda " Barang siapa yang senantiasa beristighfar , maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya , dan kelapangan dari setiap kesempitannyan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disa… Read More
  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog