Rabu, 23 April 2014

Surah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita memahami dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat ini.

Surah Al Fatihah berserta maksudnya...

RAHSIA DAN FADHILAT SURAH AL FATIHAH:
1. Untuk membuatkan seseorang (suami,isteri atau anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih kepada anda,
  • Bacalah Surah Al Fatihah sebanyak 14 kali sebelum tidur
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal,
  • Baca surah Al Fatihah 41 kali dan ditiup pada air
  • Minum dan mandi dengan menggunakan air tersebut
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak,
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut
  • Lakukan 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau,
  • Baca surah Al Fatihah 3 kali ,tiupkan ke dalam segelas air dan diminum air tersebut
  • Kemudian baca surah Al Fatihah sambil mengusap di tempat yang sakit tersebut
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang menangis( sama ada menangis di tengah malam atau bila2 masa sekalipun)
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi / anak kecil tersebut
6. Untuk merawat luka-luka kecil ( Contonhnya luka terkena pisau,disengat tebuan,darah keluar tak berhenti dan sebagainya)
  • Baca surah Al Fatihah 3 atau 7 kali 
  • Kemudian , gunakan ibu jari,ambil sedikit air liur di bahagian 'langit-langit' dan gosokkan di kawasan yang sakit tersebut
Jika diamalkan,In shaa allah akan memberi kesan yang terbaik jika diamalkan dengan :
  • Percaya dan yakin bahawa surah Al Fatihah ini ialah sebaik-baik penawar bagi segala jenis penyakit ( dengan kuasa Allah yang menjadikan surah ini penuh dengan keistimewaan)
  • Baca dengan penuh kusyuk dan tawadhu
  • Tawakal sepenuhnya dengan Allah
  • Gunakan amalan tersebut dengan niat yang baik sahaja
Mintalah dan niatkan dengan baik,In shaa allah ,Allah akan kabulkan permintaan kita.
Wallahua'lam....
Semoga bermanfaat dan selamat beramal...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog