Sabtu, 12 April 2014

Lumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak memperoleh zuriat hingga ke usia tua disebabkan perkara-perkara tertentu.Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT.


Berdoalah memohon supaya dikurniakan zuriat dengan bersungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah.Selain daripada doa tersebut,mungkin anda semua boleh mencuba amalan-amalan di bawah ini :

AMALAN PERTAMA
Selepas fajar atau selepas solat subuh.
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali
  • Dalam sujud tersebut,mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan
  • Tutup doa tersebut dengan berselawat sebanyak 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami atau isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan berputus asa.

AMALAN KEDUA
  • Suami hendaklah membaca ' Ya Mutakabbir ' (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum melakukan jimak
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Awwal ' ( Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Zaljalaali Wal Ikram ' sebanyak 11 kali setiap hari ditiup ke dalam air dan minum air tersebut.
  • Suami/isteri hendaklah membaca Surah Yusuf/Surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya....

Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat....amin..

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
TEL/SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com





0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog