Rabu, 12 Mac 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman.....

Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan salah satu sunnah Rasulullah iaitu sunnah ketika minum.



SUNNAH RASULULLAH KETIKA MINUM :
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan ( Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan (Bukhari)
  • Hendaklah duduk ketika minum.Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri (Zaadul Maad)
  • Air dan segala yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum (Khasail Nabawi)
  • Jangan meniup ke dalam air panas untuk menyejukkannya (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas yang sumpik atau pecah (Abu Daud)
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air,botol dan lain-lain.Tetapi minumlah dalam  satu gelas atau mangkuk kecil (Abu Daud)
  • Minum dengan 3 nafas : Abra' (melepaskan penyakit) Arwa' (menghilangkan kehausan) Amra' (menguatkan sistem pencernaan)
  • Jangan bernafas dalam bekas minuman ketika minum
Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini untuk mendapat syafaat di sisi Baginda Rasulullah SAW.
Semoga bermanfaat buat semua...:)

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.HUBUNGI SAYA UNTUK COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN.
FREE CONSULTATION...
SPECIAL PRICE....

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog