Isnin, 14 April 2014

Pernah tak dengar segelintir nasihat yang mengatakan jika kurang darah semasa hamil makanla hati ayam untuk banyakkan darah? Sebaliknya perkara ini perlu dielakkan terutamanya ibu hamil.

Hati ayam..

MENGAPA IBU HAMIL PERLU BERHATI-HATI MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMANYA HATI ?
  • Vitamin A merujuk kepada 2 jenis nutrien iaitu retinol dan provitamin A carotenoid.
  • Retinol terdapat dalam menu yang berasaskan haiwan seperti telur,susu dan hati.Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.
  • Carotenoid pula banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.Ia harus ditukar dahulu kepada Vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
  • Bagi ibu hamil,keperluan vitamin A yang syorkan ialah 750 mg (2,500 IU) dalam sehari.Ibu hamil tidak perlu mengambil jumlah Vitamin A yang disyorkan setiap hari,ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu.Ini kerana,Vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
  • Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah,tenusu,ikan,telur dan sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A,maka ibu hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A.
  • Pengambilan Vitamin A yang terlalu banyak dari sumber produk haiwan,boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
  • Namun,Vitamin A yang berbentuk carotenoid yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak manapun kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh.
Oleh itu,ibu hamil dinasihatkan agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan dan apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan.Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan...
Semoga bermanfaat buat semua..

# kredit :Dr Zubaidi Hj Ahmad

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU DAN G-DEX.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog