contoh makanan untuk ibu hamil
Antara kumpulan makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah :
- ZAT BESI / IRON - untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.Makanan seperti ikan,daging merah dan hati akan mengurangkan penyerapan iron ke dalam tubuh,begitu juga kalsium seperti susu,keju dan produk tenusu yang lain.Ambil suplemen zat besi /iron sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan tersebut.
- ASID FOLIK - penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan.Asid folik juga sangat baik diamalkan oleh wanita yang berusaha untuk hamil.
- KALSIUM - untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi ibu.Ibu mengandung cenderung untuk mengalami sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium.Ibu hamil memerlukan 1000 mg kalsium sehari.
- OMEGA 3 - penting untuk perkembangan otak,sistem saraf dan penglihatan yang baik.Ikan adalah sumber omega yang terbaik,terutamanya ikan Salmon.Tetapi berhati-hati kerana terdapat ikan yang diracuni akibat pencemaran laut.
Kumpulan makanan tersebut boleh diperolehi daripada pemakanan seharian ataupun dari suplemen kesihatan.Pastikan ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh tersebut supaya bayi yang anda mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya....barulah si comel dapat membesar dengan sihat kan ???
Semoga bermanfaat buat semua....:)
0 ulasan:
Catat Ulasan