Khamis, 16 Januari 2014

Pada awal kehamilan,kebiasaannya wanita akan mengalami rasa mual atau lebih dikenali sebagai ' morning sickness'.Rasa mual ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku kepada wanita hamil sehingga menyebabkan mereka sensitif terhadap bau,tekstur dan penampakan makanan.Gejala ini ketara pada trimester pertama kehamilan dan akan berkurangan pada trimester kedua dan ketiga.

Mual ketika hamil

Tahukah anda bahawa rasa mual atau muntah pada wanita hamil mempunyai kelebihannya ?
Walaupun gejala ini membuatkan wanita hamil merasa sedikit tertekan dan tidak selesa tetapi ianya memberikan beberapa kelebihan seperti :
  • risiko keguguran lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalaminya
  • mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda.
  • kematian pada bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami rasa mual ini
  • mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra matang
  • berat lahir lebih tinggi
  • risiko kecacatan selepas dilahirkan lebih rendah
  • ukuran plasenta bertambah. - kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya berat badan seterusnya menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin.Plasenta yang lebih besar menjamin bekalan makanan dan oksigen yang sihat kepada janin.
Melalui perkongsian ini ,kita dapat mengetahui bahawa setiap kejadian atau keadaan yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah mempunyai kelebihan dan hikmahnya.Sebagai hambanya kita haruslah bersabar menerima sesuatu dariNya.Semoga ilmu yang dikongsi bersama hari ini memberi manfaat buat anda semua...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog