Selasa, 14 Oktober 2014

Peria memang mempunyai rasa yang agak pahit.Walaupun pahit ia mengandungi pelbagai khasiat yang tersembunyi.Jeng jeng jeng...macam seram je bunyinya....hihi.Kebanyakan herba yang pahit memang mempunyai banyak manfaatnya.

Gambar: PERIA BANYAK KHASIAT

Saya suka makan peria sebagai ulam atau dimasak sebagai lauk dalam hidangan makanan.

Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Oleh kerana peria mempunyai banyak khasiat, ia dapat meningkatkan sistem daya tahun bagi mengurangkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 

Bagi pesakit gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis juga sesuai mengamalkan peria sebagai suplemen dalam pemakanan mereka. 

Rasanya memang pahit, dan kebanyakan herba yang pahit mengandungi banyak manfaat.

http://drzubaidi.com/blog
Peria katak

Salah satu jenis peria yang biasa dibuat ulam ialah peria katak.Pahit-pahit pun sedap makan berulam bersama peria katak ni.Bertambah nasi tau apalagi kalau ada budu atau belacan.perghhh..
Setiap 100g peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu badan,2.9g karbohidrat untuk tenaga,0.9g fiber untuk penghadaman dan 56mg kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

KHASIAT PERIA :

  • Meningkatkan sistem daya tahan bagi mengurangkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan bisul.kudis buta dan gatal-gatal.
  • Bagi pesakit gout,lelah,darah tinggi dan kencing manis amat sesuai diamalkan sebagai suplemen dalam pemakanan mereka.
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
Kalau dah mujarab sebagai ubat ,pahit macam mana sekalipun sanggup ku telan...asalkan kesihatan bertambah baik.Betul tak kawan-kawan...mulai hari ini mari kita sama-sama makan ulam peria ni.

Semoga bermanfaat buat semua...:)

2 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog