Rabu, 15 Oktober 2014

Dah tengahari ni,korang semua dah masak ke untuk suami dan anak-anak.Mereka pasti menantikan masakan yang enak dari air tangan kita sendiri.Kebersihan terjamin dan cara pengendalian makanan mestilah betul.Hari ni ,saya nak berkongsi tentang tips pengendalian makanan yang wajib kita ketahui dan diamalkan.Jom kita share..

Amalan pengendalian makanan.


TIPS PENGENDALIAN MAKANAN :

  • Korang suka makan ulaman tak ? Haa ini tips penting,sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh,daun kesum dan ulaman perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan e coli.
  • Kalau nak beli ayam segar pula , pastikan membeli pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.Tapi kalau beli masa tengahari,balik ke rumah terus cuci ayam tu dan masukkan ke dalam peti sejuk beku sebelum dimasak untuk mematikan bakteria tersebut.Ayam dimasak dengan sempurna kerana bakteria tidak mati dan akan aktif semula apabila makanan itu sejuk.
  • Panaskan makanan setelah sejuk.Elakkan memakan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.Perlu dipanaskan sehingga mendidih.
  • Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh tangan kita.
  • Elakkan memakan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak dan pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
  • Makanan sejuk beku seperti nuget,daging burger,sosej perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku.Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana boleh mengundang bakteria.Pastikan menggoreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  • Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95 % penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.Sebab itu peniaga perlu mengambil suntikan vaksin untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain.
  • Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.
  • Jika makan di kedai,pastikan basuh atau lap sudu terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk mengelakkan pengaktif sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.
Semoga kita mengamalkan pengendalian makanan dengan betul untuk mengelakkan penyakit berjangkit dan menjamin kesihatan diri...
Semoga bermanfaat buat semua..

Related Posts:

  • PETUA UNTUK HAMILKehamilan adalah saat yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga.Namun, bagi mereka yang sukar untuk hamil pasti merasa kecewa kerana terlalu inginkan cahaya mata.Ada beberapa petua yang bol… Read More
  • TIPS BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSUMuntah selepas menyusu menjadi kebiasaan kepada bayi.Namun ,anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang membahayakan bayi.Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu ialah b… Read More
  • PANDUAN MENCAIRKAN SUSU PERAHANRamai ibu-ibu yang berkerjaya berkemungkinan menghadapi masalah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika bekerja. Tidak kira samaada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri,… Read More
  • TIPS KESELAMATAN KETIKA HADAPI BANJIRBanjir oh banjir.... Pada tanggal 2 Disember 2013 yang lalu,kawasan perumahan yang saya diami iaitu Taman Sri Rompin, telah dinaiki air.Ini adalah kali kedua saya terpaksa meredah air banjir yang dalamnya separas lutut.Banjir… Read More
  • SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITANPerubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan k… Read More

1 ulasan:

  1. Tips yang baik. terima kasih
    http://tipsihatselalu.blogspot.com

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog