Sabtu, 4 Januari 2014

Genap seminggu berlalu kenangan kami sekeluarga ke Kuching ,Sarawak.Buat pertama kali dalam hidup  saya menaiki kapal terbang.Sungguh teruja,gementar pun ada.Maklumlah tak pernah merasai pengalaman tersebut.Kami berlepas di Lapangan Terbang Senai,Johor Bahru pada pukul 4 petang.Dan tiba di Kuching pada jam 6 petang.Cuaca yang agak mendung dan berangin menyukarkan sedikit perjalanan kami.
Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke destinasi walaupun agak terlewat sedikit.
Kami menginap di Hotel Margeritha yang berdekatan dengan Water Front.

Pemandangan dari Hotel Margeritha,Kuching.

Di seberang hotel tersebut terdapat tempat untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular.Di sana juga terdapat ikan terubok masin yang sangat sedap dan tidak terdapat di semenanjung tau.Untuk ke seberang ,kami sekeluarga menaiki bot tambang dengan harga hanya 50 sen seorang,sangat murah.Memang best melalui pengalaman tersebut.
Hotel Margeritha terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching,memang senang untuk bersiar-siar seisi keluarga di sekitar Kuching.

Replika beberapa ekor kucing berhampiran dengan Hotel Margeritha.

Suasana pada waktu malam pula sangat cantik dengan kerlipan lampu yang berwarna warni.Memang seronok bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ni.Mereka kelihatan sangat teruja dan seronok berada di Kuching.


Cruise Sarawak
Lagi teruja apabila ternampak cruise 2 tingkat yang memang cantik.Terdapat susunan meja dan kerusi ala-ala restoren bergerak gitu.Tiket untuk menaiki cruise tersebut ialah rm 60 untuk dewasa dan rm 30 untuk kanak-kanak.Perjalanannya selama 1 setengah jam yang merentasi sepanjang sungai Sarawak.Pasti menyeronokkan.
Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah tentang masakan di Sarawak.Masakannya amat berbeza dan sangat enak rasanya.Antara masakan yang saya cuba ialah sayur midin masak goreng belacan,kari hijau dan umai ikan.Fuhh memang menyelerakan....tapi tak sempat nak ambil gambar...hihi
4 hari berada di Sarawak ,rasanya belum puas.Sebelum pulang ke semenanjung kami sempat ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga dan sahabat handai.Pelbagai koleksi cenderamata boleh didapati di Kuching seperti keychain,baju,barangan kraftangan dan bermacam lagi.Yang pasti semuanya menarik hati anda.
Jika berkesempatan lagi ,saya ingin kembali ke Sarawak sekali lagi.Walaupun kepenatan tetapi saya puas dan seronok berada di Bumi Kenyalang yang kaya dengan adat tradisinya.
Jom melancong ke Sarawak...anda pasti teruja...
Sekian coretan dari saya...semoga bermanfaat buat anda semua...wassalam...


Related Posts:

  • SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 5116 September 1963 merupakan hari penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu gabungan antara Tanah Melayu,Borneo Utara(kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara yang dipanggil Negara Malaysia. Bermula pada… Read More
  • UDANG GALAH KUALA ROMPINKalau nak cerita tentang tempat makan yang paling best kat Kuala Rompin ni mestilah restoran yang menghidangkan udang galah.Sebabnya Kuala Rompin memang sinonim dengan nama udang galah.Segar lagi dari laut. Salah sebuah resto… Read More
  • BERCUTI KE SARAWAKCuti sekolah baru-baru ni kami sekali lagi bercuti ke Sarawak.Suami ada kerja kat sana kebetulan pulak cuti sekolah apalagi kami pun nak ikutttt....tahun lepas hanya jalan-jalan sekitar Kuching je.Tak puas rasanya.Kami bertol… Read More
  • TRAVELMemang best tajuk cabaran blogging hari ni iaitu TRAVEL.Siapa yang tak suka travel kan.Selain dapat jalan-jalan,ia juga dapat menimba pengalaman di tempat orang.Sebenarnya saya memang kaki jalan..hahaha..dah banyak tempat jug… Read More
  • PERTAMA KALI KE BUKIT TINGGI , BENTONG PAHANG Pada cuti sekolah yang lalu,kami ke Cameron Highland.Ini adalah permintaan saya sebab teringin sangat nak petik dan makan strawberi yang segar.Mengidam la katakan ..Kami bertolak dari Rompin sekitar jam 10 pagi dan tiba di … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog