Selasa, 31 Mac 2015

Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini 1 April 2015 bermulanya perlaksanaan GST di negara kita.Mungkin ramai dari kalangan kita yang masih belum mengetahui apa sebenarnya GST ini.Meh saya kongsikan serba sedikit tentang GST ....



APAKAH GST ?
Cukai barang dan perkhidmatan ( goods and service tax atau GST ) adalah cukai kepenggunaan yang bermaksud cukai hanya akan dikenakan apabila pengguna berbelanja.Ia adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyusun semula sistem percukaian negara.GST diperkenalkan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan ( sales tax and services tax atau SST ).GST akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.

Dalam sistem GST,ada juga barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST untuk mengurangkan sebarang impak GST kepada golongan yang berpendapatan rendah.Oleh itu,GST adalah satu sistem percukaian yang lebih adil dan efisyen jika dibandingkan dengan SST.

KEBAIKAN GST
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui hasil yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.
  • Meningkatkan daya saing negara di peringkat global melalui pengukuhan sektor eksport.
  • Meningkatkan sistem penyampaian melalui sistem percukaian yang lebih telus,efisyen dan berkesan serta mengurangkan birokrasi.
  • Mengurangkan kos perniagaan melalui penambahbaikan sistem percukaian semasa dan penghapusan elemen cukai bertindih.
  • Menjadikan harga yang lebih berpatutan dan lebih adil kepada pengguna melalui penghapusan cukai bertindih di bawah SST.
  • Meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.
NEGARA YANG MELAKSANAKAN GST
GST mula dilaksanakan di Perancis seawal tahun 1950-an.Sehingga Disember 2014,daripada 193 buah negara,169 negara telah melaksanakan GST.Dalam kalangan negara ASEAN hanya Malaysia,Myanmar dan Brunei Darussalam sahaja yang masih belum melaksanakan GST.

PERKHIDMATAN YANG DIKECUALIKAN GST

Pengangkutan Awam
  • Perkhidmatan rel (komuter,keretapi,ERL,LRT,monorel)
  • Perkhidmatan bas dan teksi
  • Tol lebuhraya dan jambatan
  • Pengangkutan air
Perumahan / Tanah
  • Jual beli/sewa rumah kediaman
  • Tanah pertanian dan tanah kegunaan awam
Perkhidmatan Lain
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Perkhidmatan pendidikan swasta
  • Perkhidmatan kewangan terpilih

KATEGORI BARANGAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST (0%)

Barang makanan
  • Beras,tepung gandum,sagu dan kacang dal
  • Gula pasir dan garam
  • Minyak masak (kelapa sawit.kelapa dan kacang tanah )
  • Rempah ratus
  • Roti putih dan roti wholemeal
  • Serbuk kopi,serbuk koko dan serbuk teh
  • Mi kuning,kuetiau,laksa dan bihun
Produk Pertanian
  • Padi
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
Ternakan
  • Lembu,kambing,kerbau,ayam dan itik termasuk telur ayam dan itik.
Utiliti
  • Bekalan air paip
  • Bekalan elektrik 300 unit pertama (domestik)
Eksport
  • Barangan dan perkhidmatan dieksport
Ubat-ubatan Penting Nasional
  • Meliputi hampir 2,000 jenama ubat
  • Kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit seperti sakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan kanser.
Bahan Bacaan
  • Buku teks,buku latihan dan rujukan
  • Kitab agama
  • Surat khabar
Semoga bermanfaat buat semua.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog