Selasa, 23 Disember 2014

Banjir yang berlaku di Pantai Timur semakin buruk terutamanya di Kelantan.Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah di Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hanyut di Gua Musang dan berpuluh-puluh buah rumah lagi rosak akibat banjir yang melanda di Hulu Kelantan.Korang boleh tengok gambar kat bawah tu ,merupakan keadaan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai.Kesemua mangsa berada di tingkat 4 kerana air naik dengan begitu cepat sekali.Guru-guru berusaha menyelamat beberapa dokumen sekolah yang penting.Rumah-rumah yang berdekatan dengan sekolah sudah hampir tenggelam sepenuhnya.Surau asrama sekolah pun dah hanyut.Allahuakbar....semoga mereka semuanya selamat....

KEADAAN BANJIR DI KUALA KRAI
Dari tingkat satu bangunan sekolah,mereka terpaksa naik ke tingkat 4 untuk menyelamatkan diri akibat air naik terlalu deras.

Mangsa banjir di SMK Manik Urai

BANJIR DI GUA MUSANG
Kejadian paling cemas berlaku di Gua Musang apabila sebuah bot bantuan mangsa banjir yang dinaiki seramai 8 orang termasuk pasukan penyelamat dan ada juga kanak-kanak berumur antara 3 dan 4 tahun terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.Ada juga mangsa yang terperangkap dan terputus bekalan makanan dan turut menenggelamkan pusat pemindahan banjir tersebut menyebabkan mereka terpaksa naik ke bukit untuk menyelamatkan diri.Semoga Allah melindungi mereka...


Di Gua Musang,bekalan air dan elektrik terputus

Keadaan banjir di Gua Musang

Jalan Kuala Krai - Kota Bharu - Kuala Krai di Sungai Durian dan Jalan Pohon Tanjung - Rantau Panjang masih ditutup dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.Semoga kita lebih berhati-hati di musim banjir ini.Awasi anak-anak kita setiap masa agar kejadian yang tidak diingini berlaku.Sama-samalah kita berdoa agar banjir cepat surut dan mangsa-mangsa banjir dijauhkan dari sebarang musibah.....

3 ulasan:

  1. Allah.. ujian dr Allah. Moga tabah dan redha dgn ketentuanNya. insyaAllah.. kami disini mendoakan kesihatan lesejahteraan dan Allah ringankan bebanan saudaraku pd mangsa2 banjir.. perbanyakkan doa dan jgn putus meminta pdNya.. inilah peluang sebenarnya utk kita dekat pdNya

    BalasPadam
  2. Semoga tabah menghadapi ujian yang melanda..dan semoga mereka semua tabah untuk meneruskan kehidupan seterusnya..aminnnn

    BalasPadam
  3. semoga mereka dapat bertahan dgn ujian ini dan sentiasa dilindungi...

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog