Isnin, 29 Disember 2014

Banjir yang melanda di beberapa buah negeri menyebabkan sesi persekolahan bagi tahun 2015 ditangguhkan selama seminggu.Penangguhan itu juga tidak perlu diganti semula kerana kita menghadapi masalah tertentu yang menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan.Itu penerangan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.Anak-anak mesti seronok dengar berita ni.Tetapi dalam seronok-seronok tu,kita jangan lupa masalah banjir yang kian buruk melanda terutamanya di negeri Pantai Timur.Mangsa yang dipindahkan semakin meningkat.

" Cuti seminggu bukan untuk keseronokan ,tetapi satu tempoh persediaan untuk sesi persekolahan 2015 yang lebih mantap selepas banjir " . 
Hashim Adnan (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP )


Keadaan banjir di Pahang..


TARIKH PERSEKOLAHAN YANG BARU
Dengan penangguhan itu,tarikh baru sesi permulaan persekolahan pada tahun 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 iaitu hari Ahad,manakala bagi negeri-negeri lain persekolahan akan bermula pada 12 Januari 2015 hari Isnin.Mengikut jadual sebelum ini,sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.Manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 Januari 2015.


SEBAB-SEBAB PENANGGUHAN
Berikutan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di semenanjung,sehingga Ahad,Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di 7 buah negeri terlibat dengan banjir atau ianya dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi mangsa-mangsa banjir.
Malah,ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak dapat kembali dalam waktu yang terdekat ini untuk mengajar.Selain itu,mangsa-mangsa banjir juga diberi peluang untuk proses pemulihan dan membuat persiapan peralatan persekolahan bagi anak-anak yang kebanyakannya rosak atau musnah akibat bencana tersebut.Bantuan awal persekolahan RM 100 juga akan dipercepatkan terutamanya kepada mangsa banjir.
Sekiranya penangguhan hanya dibuat di negeri yang terlibat dengan banjir,ini akan menyebabkan pelajar berkenaan ketinggalan pelajaran.Sebab itu semua sekolah terlibat dengan penangguhan tersebut.

Sehingga hari ini,keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang.Bersama-samalah kita hulurkan bantuan dari segi makanan,pakaian,bekalan air bersih,duit dan sebagainya.Semoga bencana ini akan berakhir dalam waktu yang terdekat ini.Sama-samalah kita berdoa....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Pengunjung blog