Selasa, 11 November 2014

Lipstik adalah alat make up yang paling penting buat saya.Kalau keluar ke mana-mana cukup hanya dengan memakai lipstik.Saya ni bukanlah jenis yang suka make up sangat.Pakai foundation pastu lipstik sikit dah memadai bagi saya.Tapi kan,lipstik ni mudah sangat hilang dan pudar lebih-lebih lagi bila kita makan atau minum.Tengok-tengok cermin dah tak nampak lipstik.Takkan la kejap-kejap nak kena pakai lipstik.Tapi ,penampilan mesti dijaga terutamanya yang bekerja sebagai penyambut tetamu atau setiausaha.


Ihsan dari google


Bagaimana caranya untuk mengekalkan warna lipstik ni ?? Meh saya kongsikan beberapa tips agar lipstik tahan lama.
  • Pertama sekali,apabila kita pakai foundation,sapukan sedikit di bahagian bibir kerana foundation ni membantu mengekalkan warna lipstik tersebut.
  • Lipstik jenis matte adalah lipstik yang terbaik untuk tahan lebih lama.Tetapi,sebelum memakai lipstik jenis matte,kita mestilah menyapu lip balm terlebih dahulu.
  • Jika lipstik kita mempunyai gloss iaitu berminyak sikit,selepas memakai lipstik tu,ambil tisu dan tekapkan selama 3 saat kemudian tanggalkan tisu tersebut.Dengan cara itu,lipstik akan menjadi lebih matte dan kurang gloss.
  • Selain itu,cara terbaik untuk lipstik tahan lama ialah dengan mewarnakan bibir kita dengan pencil lipstik.Warnanya masih bertahan walaupun selepas makan.Kalau nak pakai lipstik pun boleh tapi oleskan nipis sahaja.
Bolehlah cuba tips tips di atas pada mereka yang sangat mementingkan penampilan.Wajah yang cantik terletak pada warna bibir yang menarik....

Selamat mencuba !

Related Posts:

  • TIPS BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSUMuntah selepas menyusu menjadi kebiasaan kepada bayi.Namun ,anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang membahayakan bayi.Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu ialah b… Read More
  • TIPS KESELAMATAN KETIKA HADAPI BANJIRBanjir oh banjir.... Pada tanggal 2 Disember 2013 yang lalu,kawasan perumahan yang saya diami iaitu Taman Sri Rompin, telah dinaiki air.Ini adalah kali kedua saya terpaksa meredah air banjir yang dalamnya separas lutut.Banjir… Read More
  • LIMA MINIT SELEPAS PROSES KELAHIRAN BAYIProses melahirkan bayi berbeza bagi sesetengah wanita.Ada yang mengambil masa yang lama misalnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.Namun ,semuanya bergantung kepada ibu-ibu samaada mereka mempunyai kekuatan tenaga yang… Read More
  • PANDUAN MENCAIRKAN SUSU PERAHANRamai ibu-ibu yang berkerjaya berkemungkinan menghadapi masalah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika bekerja. Tidak kira samaada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri,… Read More
  • SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITANPerubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan k… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog