Rabu, 8 Oktober 2014

Air kosong?? Pasti ramai yang kurang gemar dengan air kosong.Ye tak ? Tiada rasa ,tawar dan berwarna putih.Tahukah anda semua , secara puratanya 75 % dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air? Otak kita mengandungi 75 % air, 92 % dari darah dalam badan adalah air, 22 % dari kandungan tulang adalah air dan 75 % daripada otot juga merupakan air.Sebab itu,kita disarankan  meminum sebanyak 8 gelas air kosong bagi memastikan tubuh kita mendapat air yang mencukupi.Ini adalah kerana,secara purata dalam sehari seorang dewasa akan hilang sebanyak 10 cawan air dari dalam badan hanya dengan bernafas,berpeluh,membuang air kecil dan besar.


Air kosong

Selain itu,faktor yang memerlukan kita meningkatkan pengambilan air kosong adalah seperti cuaca,senaman,penyakit,penyusuan bayi dan ibu mengandung.Meminum air kosong juga akan meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan membuatkan kita rasa lebih kenyang.Haaa...tips ini bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan...
Apa pula yang terjadi jika badan kita kekurangan air ? Dan kandungan air yang berlebihan dalam badan juga boleh mengundang bahaya.Jom kita kongsikan  kesan kekurangan meminum air kosong ini..

KESAN KEKURANGAN AIR DALAM BADAN :

1. Fatigue
  • Ini adalah keadaan di mana aktiviti enzim dalam badan sangat perlahan akibat kekurangan air yang menyebabkan kita cepat berasa penat dan lemah atau dikenali sebagai fatigue.
2. Tekanan Darah Tinggi
  • 92 % dari kandungan darah adalah air,jadi apabila air dalam badan tidak mencukupi,darah kita akan menjadi pekat dan menyukarkan perjalanan darah.
3. Penyakit Kulit
  • kekurangan air dalam badan akan menghalang proses pembuangan toksin melalui kulit iaitu perpeluhan.Toksin akan terperangkap di dalam kulit yang akan menyebabkan jerawat,dermatitis,psoriasis,kedutan dan tona tidak sekata.
4. Kolestrol Tinggi
  • Apabila dalam keadaan nyahidrat atau dehydration ,badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak kolestrol bagi menghalang kehilangan air dari sel dalam badan.
5. Masalah Penghadaman
  • Air kosong mengandungi zat-zat alkali dan mineral seperti magnesium dan kalsium yang membantu dalam proses penghadaman makanan.Kekurangan zat-zat tersebut boleh menyebabkan penyakit seperti gastritis,ulser perut,sembelit dan asid reflux akibat ketidakhadaman sesetengah makanan.
6. Penyakit Buah Pinggang dan Pundi kencing
  • Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan toksin dan bahan buangan asid tidak dapat disingkirkan dari dalam badan.Pengumpulan toksin dan asid dalam badan akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang membawa kepada penyakit seperti jangkitan kuman,inflamasi dan kesakitan.
7. Proses Penuaan Awal
  • Sekiranya dehidrasi yang dihadapi adalah kronik,segala organ utama dalam badan akan lemah dan gagal untuk berfungsi dengan baik terutamanya berlaku pada organ terbesar pada badan manusia iaitu kulit.Jadi proses kedutan akan cepat berlaku.Cepat la tuaaa....ohhh tidaaakkk...
Memanglah air kosong tu tawar rasanya tetapi sangat bagus untuk kesihatan....
Makan suplemen pun memerlukan kita minum air kosong yang banyak untuk memudahkan proses penyingkiran toksin dalam badan.Jangan lupa ye..
Semoga bermanfaat buat semua..

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU DAN TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


1 ulasan:

  1. adehhh
    macamanalah nak atasi masalah telupa nak minum air kosong ni...

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog