Selasa, 7 Oktober 2014

Masa sekolah dulu,dalam subjek sains kita akan dapat belajar tentang binatang atau haiwan.Binatang terbahagi kepada 3 jenis iaitu herbivor,omnivor dan karnivor.Apa tu ? Meh nak terangkan serba sedikit...


  • Herbivor ialah binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja.Contohnya arnab.
  • Omnivor pula ialah binatang yang memakan tumbuhan dan haiwan.Contohnya ayam dan burung.
  • Karnivor ialah binatang yang hanya memakan daging.Contohnya singa,harimau.
Pernah belajarkan semua ni dulu masa sekolah menengah.Tapi sekarang sekolah rendah dah diajar tentang Sains.Banyak lagi yang kita perlu tahu tentang binatang ni,antaranya ialah habitat,cara pembiakan,ciri-ciri fizikal dan sebagainya.
Dan tajuk cabaran blogging hari ini berkaitan dengan binatang yang paling menakutkan.Seram je dengar tajuk tu.hehe..Bagi saya binatang yang paling saya takut dan geli semestinya ULAR....ishhhh nak sebut pun dah gerun.

Ular 

Nak google cari gambar ni pun dah rasa seriauuuu sangat.Minta dijauhkan la dengan makhluk ni...
Berikut saya kongsikan sedikit info tentang binatang yang paling menakutkan ini.

CIRI-CIRINYA :
  • Merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki.
  • Bersisik.
  • Terbahagi kepada 2 jenis iaitu berbisa dan tidak berbisa.
Perbezaan ular berbisa dan tidak berbisa.
  • Ular berbisa menggunakan bisanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding ular yang tidak berbisa akan menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.
  • Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya supaya mudah untuk menelan mangsanya.
  • Kebanyakan spesies ular bertelur.

GEJALA PATUKAN ULAR.




Gejala patukan ular.

Ular biasanya tidak memangsakan manusia kecuali jika diganggu atau dicederakan.Kematian akibat patukan ular yang dicatatkan adalah jarang.Daripada kira-kira 725 spesies ular berbisa di serata dunia,hanya 250 spesies yang mampu membunuh manusia dengan sekali patukan.

RAWATAN PATUKAN
  • Rawatan untuk patukan ular amat bergantung kepada jenis patukan.Kaedah paling am dan berkesan adalah dengan menggunakan antivenom iaitu sejenis serum yang diperbuat daripada bisa ular.
Sumber :Wikipedia

Korang pula macamana ?? Binatang apa yang paling menakutkan bagi korang semua....jom la share,kongsi-kongsi cerita....


Related Posts:

  • CABARAN 16 DAYS - PHOTO CHALLENGEDay 1 - HANDWRITING Hari pertama bermulanya cabaran bagi Photo Challenge ni.Tajuknya berbunyi 'Handwriting '..atau tulisan tangan.Tulisan ni ada pelbagai jenis dan fesyen mengikut empunya tangan.Ada senget ke kiri,senget ke … Read More
  • PENGALAMAN BERSALIN SECARA PAKSA (INDUCE)Masa bersalin anak sulung,saya bersalin secara ' sukarela '.Tapi , entah macam mana anak kedua secara paksaan pulak ( induce ).Kalau diingat-ingat memang rasa ngeri sangat.... APA INDUCE TU ? Induce adalah satu proses bers… Read More
  • HARI GRADUASI PRASEKOLAH KELOMPOK ROMPIN UTARA 2014Sejak semalam lagi dah sibuk membuat persiapan untuk hari graduasi prasekolah Hazim.Anak saya yang kedua.Ye lah tahun ni tahun akhir Hazim bersama cikgu-cikgu prasekolah.Tahun depan dah masuk darjah satu.Alahai keciknya anakk… Read More
  • SUBJEK KEGEMARAN SAYAKalau masa tu boleh diundur semula alangkah seronoknya....dapat memasuki alam persekolahan semula.Jumpa kawan-kawan,cikgu-cikgu,makan kat kantin sekolah,beratur,naik bas ke sekolah,macam-macam lagi kenangan zaman persekolahan… Read More
  • KERUSI BIRUKU...CABARAN 16 DAYS - PHOTO CHALLENGE Day 2 - SOMETHING BLUE Hari kedua berkisahkan tentang sesuatu yang berwarna biru.Kebanyakan barang saya ni pelbagai warna.Mana yang berkenan di hati itu yang saya ambil.Tak kiralah warna ap… Read More

2 ulasan:

  1. Salah satu binagang yg saya takot jgk i cik U huhu nak search googke pon takot

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog