Selasa, 7 Oktober 2014

Masa sekolah dulu,dalam subjek sains kita akan dapat belajar tentang binatang atau haiwan.Binatang terbahagi kepada 3 jenis iaitu herbivor,omnivor dan karnivor.Apa tu ? Meh nak terangkan serba sedikit...


  • Herbivor ialah binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja.Contohnya arnab.
  • Omnivor pula ialah binatang yang memakan tumbuhan dan haiwan.Contohnya ayam dan burung.
  • Karnivor ialah binatang yang hanya memakan daging.Contohnya singa,harimau.
Pernah belajarkan semua ni dulu masa sekolah menengah.Tapi sekarang sekolah rendah dah diajar tentang Sains.Banyak lagi yang kita perlu tahu tentang binatang ni,antaranya ialah habitat,cara pembiakan,ciri-ciri fizikal dan sebagainya.
Dan tajuk cabaran blogging hari ini berkaitan dengan binatang yang paling menakutkan.Seram je dengar tajuk tu.hehe..Bagi saya binatang yang paling saya takut dan geli semestinya ULAR....ishhhh nak sebut pun dah gerun.

Ular 

Nak google cari gambar ni pun dah rasa seriauuuu sangat.Minta dijauhkan la dengan makhluk ni...
Berikut saya kongsikan sedikit info tentang binatang yang paling menakutkan ini.

CIRI-CIRINYA :
  • Merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki.
  • Bersisik.
  • Terbahagi kepada 2 jenis iaitu berbisa dan tidak berbisa.
Perbezaan ular berbisa dan tidak berbisa.
  • Ular berbisa menggunakan bisanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding ular yang tidak berbisa akan menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.
  • Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya supaya mudah untuk menelan mangsanya.
  • Kebanyakan spesies ular bertelur.

GEJALA PATUKAN ULAR.




Gejala patukan ular.

Ular biasanya tidak memangsakan manusia kecuali jika diganggu atau dicederakan.Kematian akibat patukan ular yang dicatatkan adalah jarang.Daripada kira-kira 725 spesies ular berbisa di serata dunia,hanya 250 spesies yang mampu membunuh manusia dengan sekali patukan.

RAWATAN PATUKAN
  • Rawatan untuk patukan ular amat bergantung kepada jenis patukan.Kaedah paling am dan berkesan adalah dengan menggunakan antivenom iaitu sejenis serum yang diperbuat daripada bisa ular.
Sumber :Wikipedia

Korang pula macamana ?? Binatang apa yang paling menakutkan bagi korang semua....jom la share,kongsi-kongsi cerita....


Related Posts:

  • LAHIRNYA NUR AISYAHUSNA Assalamualaikum semua ..... Hari ni genap usia Nur Aisyahusna 50 hari.Alhamdulillah pada 12 Ogos 2015 yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri buat penyeri rumahtangga kami.Kakak dah ada kawan sekarang.… Read More
  • iPhone 6 HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN DARI SUAMI12 hb Mac yang lalu merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11..Dah nak masuk 3 minggu.Hehehe...lambat siapkan entry ni.Ulangtahun kali ni agak istimewa sebab suami belikan saya iPhone 6 dan belikan untuk dia juga....w… Read More
  • HARI GRADUASI PRASEKOLAH KELOMPOK ROMPIN UTARA 2014Sejak semalam lagi dah sibuk membuat persiapan untuk hari graduasi prasekolah Hazim.Anak saya yang kedua.Ye lah tahun ni tahun akhir Hazim bersama cikgu-cikgu prasekolah.Tahun depan dah masuk darjah satu.Alahai keciknya anakk… Read More
  • SUBJEK KEGEMARAN SAYAKalau masa tu boleh diundur semula alangkah seronoknya....dapat memasuki alam persekolahan semula.Jumpa kawan-kawan,cikgu-cikgu,makan kat kantin sekolah,beratur,naik bas ke sekolah,macam-macam lagi kenangan zaman persekolahan… Read More
  • PENGALAMAN BERSALIN SECARA PAKSA (INDUCE)Masa bersalin anak sulung,saya bersalin secara ' sukarela '.Tapi , entah macam mana anak kedua secara paksaan pulak ( induce ).Kalau diingat-ingat memang rasa ngeri sangat.... APA INDUCE TU ? Induce adalah satu proses bers… Read More

2 ulasan:

  1. Salah satu binagang yg saya takot jgk i cik U huhu nak search googke pon takot

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog