Khamis, 25 September 2014

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Namun,tahukah anda, apakah teknik yang harus dilakukan agar impian menjadi kenyataan ?.Salah satunya adalah Teknik Visualisasi.
Visualisasi bermaksud membayangkan impian kita dalam bentuk gambar.Ia adalah tip yang sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Kita hanya perlu membayangkan impian kita selama 5 minit pada setiap hari.Senang bukan?

Satu daripada cara yang berkesan bagi melakukan teknik visualisasi adalah dengan menggunakan papan visi atau VISION BOARD.

APA ITU VISION BOARD ?
Vision board adalah tempat untuk kita menampal semua impian yang dihajati.Vision board ini seperti poster yang terdiri daripada gambar-gambar ataupun tulisan yang berkaitan dengan impian dan kemahuan kita.Ia perlu ditatap setiap hari sambil membayangkan yang semua impian itu sudah dicapai.


Contoh vision board.


KENAPA PERLUNYA VISION BOARD ?
Vision board ini bertujuan untuk mengekalkan tarikan minda separa sedar kita supaya dapat menarik kejayaan yang kita impikan.Pemilihan gambar dan penulisan ini dapat meransang emosi kita bagi berusaha mewujudkan apa yang kita impikan.Ini kerana minda mengingat melalui gambar,berbanding bunyi ataupun tulisan.
Vision board juga membolehkan kita lebih fokus kepada impian yang dihajati.Seperti kata Tuan Muslee Abdullah,seorang pakar energi dari Oneself Mastery,

" Tenaga mengalir ke arah tujuan dihalakan "

Kesannya kita akan memberikan lebih energi kepada impian yang dihajati.Akhirnya,kita menarik semua impian kita samaada secara sedar ataupun tidak.

Korang dah ada belum vision board? Pastikan anda semua memilikinya.Nak impian tercapaikan,buatlah vision board.Cari gambar,contohnya nak kereta BMW tulis kat situ tarikh kita akan dapat memilikinya.Tiap-tiap hari mesti tengok dan cakap " aku pasti dapat memilikimu "....


Related Posts:

  • BINATANG PALING MENAKUTKAN Masa sekolah dulu,dalam subjek sains kita akan dapat belajar tentang binatang atau haiwan.Binatang terbahagi kepada 3 jenis iaitu herbivor,omnivor dan karnivor.Apa tu ? Meh nak terangkan serba sedikit... Herbivor ialah bin… Read More
  • OBSESSIONLumrah kehidupan,setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.Ada perkara yang disukai,diminati,yang menggembirakan hati dan pelbagai lagi.Semuanya berbeza begitu juga dengan keinginan,minat dan idolanya.Pernah tak korang… Read More
  • WARNA KEGEMARANBila cerita pasal warna kegemaran,mesti kita tahu yang orang perempuan ni mesti minat giler dengan warna pink.Terutamanya kanak-kanak.Betul tak?? Tapi tak semua lah.Macam anak perempuan saya.Semua barang dia mesti nak warna p… Read More
  • VISION BOARDSetiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Namun,tahukah anda, apakah teknik yang harus dilakukan agar impian menjadi kenyataan ?.Salah satunya adalah Teknik Visualisasi. Visualisasi bermaksud membayangkan impian kita dalam … Read More
  • KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAKZaman kanak-kanak merupakan suatu kenangan yang termanis dalam hidupku.Namun,apakan daya waktu yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.Zaman kanak-kanak dahulu amat berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang ni.Memang… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog