Rabu, 24 September 2014

Baru-baru ni kita dapat berita yang mengejutkan apabila seekor biawak besar telah menyerang seorang bayi.Memang ngeri.Kejadian ini berlaku di Tioman, Pahang.Bayi perempuan yang berusia 8 bulan itu, dikatakan diletakkan di dalam baby cot atas lantai di dapur.Ibunya ingin mengambil sesuatu dan meninggalkan bayinya sebentar di situ.Kemudian terdengar bunyi bising di dapur dan babynya menangis dengan kuat sekali.Tanpa berlengah beliau berlari ke dapur dan mendapati seekor biawak besar sedang menggigit dan mencengkam kepala baby girl itu.
Bayi tersebut mengalami kecederaan yang parah dan dirujuk di Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.Kejadian tersebut berlaku di Kuarters pekerja Berjaya Resort , Tioman kira-kira jam 10 pagi.

Kecederaan yang dialami

Kesian bayi tu, agak serius luka yang dialaminya.Teringat masa saya sekeluarga ke Tioman pada tahun lepas, kat Berjaya Resort tu lah kami menginap.Ketika minum di sebuah restoran berdekatan, saya lihat memang berlambak biawak besar-besar ' bersidai ' di tepi sungai.Tak sangka kejadian sebegini boleh berlaku.Diharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian seperti ini tidak berulang.Semoga kita lebih berhati-hati....


Related Posts:

  • BIAWAK SERANG BAYIBaru-baru ni kita dapat berita yang mengejutkan apabila seekor biawak besar telah menyerang seorang bayi.Memang ngeri.Kejadian ini berlaku di Tioman, Pahang.Bayi perempuan yang berusia 8 bulan itu, dikatakan diletakkan di dal… Read More
  • PERGINYA SEORANG PELAWAK - YUS JAMBUHari ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi pelawak terkenal tanahair iaitu YUS JAMBU...Pemergiannya amat dirasai oleh semua peminat dunia lawak dan turut dirasai oleh teman seperjuangan allahyarham.Beliau me… Read More
  • PENGENALAN GSTSeperti yang kita sedia maklum pada hari ini 1 April 2015 bermulanya perlaksanaan GST di negara kita.Mungkin ramai dari kalangan kita yang masih belum mengetahui apa sebenarnya GST ini.Meh saya kongsikan serba sedikit tentang… Read More
  • CEGAH STROK HABACuaca sekarang yang semakin panas boleh mengundang pelbagai penyakit kepada kita terutamanya strok haba. APA ITU STROK HABA ? Menurut Ketua Pengarah Kesihatan ,Datuk Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suh… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog