Sabtu, 27 September 2014

Semua orang nak cantik ,sihat dan kekal awet muda terutamanya kaum wanita.Awet muda bukan bertujuan menidakkan fitrah kejadian manusia ,bukan untuk mengubah ciptaanNya tetapi kita hanya menjaga atau memelihara nikmat yang telah diberikan.Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berumahtangga.Kecantikan dan kesihatan sangat penting untuk kelihatan sentiasa anggun di mata suami.Barulah suami tak cari yang lain..heee..




Antara tips kecantikan yang boleh diamalkan mengikut cara Islam ialah :
  • Sejurus bangun pagi iaitu sebelum mandi dan gosok gigi,minum air suam dan biarkan ia di dalam mulut kira-kira 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali.Kemudian baru ditelan.Air liur mempunyai enzim yang boleh jadi ubat.
  • Kemudian urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat nabi 3 kali.Amalkan setiap hari.Tapi ingat,dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah.Jika dari atas ke bawah akan mempercepatkan lagi proses kedutan.
  • Amalkan membaca ayat 35-38 dari Surah Al Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama bermula dari kepala.
  • Juga boleh diamalkan membaca ayat ini selepas solat Isyak seperti cara di bawah :

  • Setiap kali selepas solat Subuh,amalkan membaca surah Yusof supaya wajah cantik dan berseri seperti Nabi Yusof AS.
  • Amalkan bangun pagi dan mandi embun.Usap embun dari hujung daun pada wajah,rambut dan kulit badan.Khasiat air embun memang bagus untuk wajah dan tubuh badan.Akan lebih sihat dan awet muda.
  • Semasa berdandan di waktu pagi,bacalah selawat nabi pada tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusof AS.Amalkan setiap pagi.
Tips kecantikan ini hanyalah sekadar perkongsian.In shaallah ,jika diamalkan dan diizinkanNya akan memberikan kesan yang terbaik untuk kita.

Semoga bermanfaat buat semua...:)

1 ulasan:

  1. bagus amalan ni cuma tang tiup dalam air tu jangan tiup kuat...kalau boleh lembut je sebab ikut kajian tak elok tiup air/makanan sebelum minum

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog