Ahad, 28 September 2014

Orang dulu-dulu memang banyak petua yang diamalkan.Antara petua yang biasa dilakukan oleh mak dan ayah saya ialah:

1) PETUA HILANGKAN SEDU BAYI
Petua ni memang nampak mengarut..hehe tapi selalu diamalkan apabila bayi  yang mengalami sedu.Letak cebisan benang atau kain di dahi.Tapi masih sedu juga.Tak tahulah apa tujuannya tu.

2) MERAWAT KELEMUMUR
Saya biasa tengok ayah saya buat petua ni.Perah air limau nipis atau limau purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala.Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam.Kemudian bilas dengan air suam.Mungkin petua ni dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala.

Limau purut

3) MENYUBURKAN TANAMAN
Petua ni memang berkesan.Ayah saya nelayan,jadi selalu bawa balik banyak ikan.Lepas siap menyiang semua ikan,air perut ikan tu mak saya tak buang.Dia guna untuk menyiram pokok tanaman tau.Siram atas tanah.Cubalah...

4) KECUTKAN JERAWAT
Dulu masa zaman sekolah selalu juga amalkan petua ni.Asahkan kulit kayu manis dan sapukan pada jerawat.Inshaallah cepat kecut jerawat tu.

Kulit kayu manis.

5) LEMBUTKAN DAGING
Petua ni memang selalu diamalkan oleh kebanyakan orang.Letakkan sudu ke dalam masakan daging.Masak sekali dengan sudu-sudu tu.Itu petua untuk melembutkan daging supaya cepat masak.

Petua orang lama ni kadang-kadang berguna juga.Nampak tradisional dan semulajadi gitu.


Related Posts:

  • 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRANKesakitan ketika proses melahirkan memang perit.Itulah yang dialami setiap insan yang bergelar IBU...Namun disebalik kesakitan tersebut terselit beberapa keistimewaan dan ganjaran yang dijanjikan buat mereka.Tahukah anda 10 f… Read More
  • BAHAYA MSG DALAM MAKANANSebut je AJINOMOTO semua pasti tahu dan hampir setiap rumah memilikinya.Mana tidaknya ia menjadi penyedap masakan.Kalau tak letak rasa macam kurang je rasanya.Betul tak?? MSG atau Ajinomoto Monosodium Glutamat atau MSG… Read More
  • PENYEBAB BIBIR MENJADI HITAMBibir yang merah merekah bak delima menjadi idaman setiap wanita.Pasti kita merasa cemburu apabila melihat kawan-kawan yang memiliki bibir menawan dan cantik.Tapi,bibir kita semakin hari semakin mengering dan semakin gelap.In… Read More
  • CARA MENGESAN JIN PADA KANAK-KANAKBagi yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia 7 tahun ke bawah pasti runsing apabila anak kerap menangis tanpa mengetahui puncanya.Kadang-kadang tangisan mereka disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang kita tidak ketahu… Read More
  • RAWATAN SEMULAJADI UNTUK SELSEMAKadang-kadang kita tidak mengetahui bahawa bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah boleh dijadikan sebagai kaedah rawatan semulajadi.Misalnya rawatan semulajadi untuk selsema yang hanya menggunakan bawang putih se… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog