Khamis, 7 Ogos 2014

Bersedekah merupakan satu amalan sunat yang sangat memberi manfaat buat diri kita.Rasulullah SAW sangat menggalakkan kita membantu sesama kita dengan amalan bersedekah.

Manfaat yang diperolehi dari BERSEDEKAH :

  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak bala atau musibah
  • Menyembuhkan penyakit
  • Memanjangkan umur



Bersedekah akan menyebabkan kita menjadi kaya tanpa kita duga.Sedekah menjadi penyebab Allah membuka pintu rezeki.Nabi SAW bersabda  ,

" Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan ,nescaya Allah akan menyedikitkan baginya. "
Hadis riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Jom sama-sama kita memperbanyakkan bersedekah untuk mereka yang memerlukan seperti yang berlaku sekarang ini di Gaza.Bersedekahlah dengan seikhlas hati , insyaallah pahala berganda.
Senyum pun dikira bersedekah....

2 ulasan:

  1. Hehe..terima kasih kongsikan..bab sedekah ni, makin kerap makin baik..tapi niat tu kena penting dan betul..hehe

    BalasPadam
  2. ikhlaskan hati untuk memberi sedekah...

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog