Jumaat, 20 Jun 2014

Bengkak susu??? memang menyakitkan apabila kita pernah mengalaminya...Itu menandakan yang payudara kita menghasilkan susu untuk bayi.Bengkak susu boleh menyebabkan demam.Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-denyut,payudara menjadi tegang dan keras.Nak angkat tangan pun tak sanggup.Memang menyakitkan.Menahan sakitnya sehingga 2 , 3 hari.



Bengkak susu terjadi apabila susu badan terhasil dengan banyak sehingga menghalang sistem limfa dan saluran darah.Bengkak susu ini sering terjadi kepada ibu-ibu yang lepas bersalin atau masih dalam pantang.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN BENGKAK SUSU INI??
Saya akan kongsikan beberapa petua untuk mengurangkan masalah yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin ini.Antaranya ialah :

  • Susukan bayi dengan kerap iaitu 2 hingga 3 jam sekali.Jika bayi tidak mahu menyusu,perah atau pam dan simpan di dalam botol susu.
  • Urut payudara yang bengkak itu perlahan-lahan dengan minyak zaitun tetapi jangan terkena puting.
  • Isikan air panas ke dalam botol,balut dengan tuala dan tuam di sekeliling payudara yang bengkak itu.
  • Bungkus ais ketul dan urut di sekeliling payudara.
  • Sikat di sekeliling payudara yang bengkak itu dengan menggunakan sikat rambut yang halus.
  • Layurkan daun sireh di atas api yang kecil dan tekap pada payudara.
  • Tekapkan daun kobis di payudara kerana ia boleh mengeringkan susu tetapi buat hanya sekali sahaja.
  • Minum teh Sage,dicampurkan dengan madu atau susu.Boleh dibeli di kedai-kedai herba.
Kesimpulannya,keraplah menyusukan bayi untuk mengelakkan pembengkakkan susu berlaku....
Semoga bermanfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

1 ulasan:

  1. bengkak susu boleh buatkan seseorang itu demam mengigil.

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog