Selasa, 11 Mac 2014

APA ITU TALASEMIA?
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah.Talasemia adalah keadaan yang diwarisi ,iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.Mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.Mereka yang mengidap talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah,gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.




Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana penyakit talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu :
  • Talasemia Minor - merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunujukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia Major - merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunujukkan tanda-tanda talasemia.
TANDA-TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA :
  • Biasanya anak-anak pembawa penyakit talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.Bagaimanapun,mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila usia antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah dan gelisah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Perubahan pembentukan tulang muka,pipi dan rahang yang tidak normal.
RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan
  • Transfusi darah yang berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati,jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga
Shaklee juga menyediakan SET TALASEMIA bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.Berikut adalah produk Shaklee yang sesuai untuk pesakit Talasemia :

1) OSTEMATRIX                                                 

Mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan pesakit talasemia

2) B COMPLEX                                            

Penting untuk fungsi asas tubuh

3) ZINK COMPLEX                                                 

Membantu perbaiki kepadatan tulang


4) VITAMIN E                                                      

Sebagai anti oksidan yang menghalang oksidasi zat besi


5) VITAMIN C                                                     

Membantu menghalang jangkitan kuman

AMARAN : PESAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL VITALEA IRON FORMULA kerana ianya mengandungi zat besi yang tidak membantu dalam meningkatkan Hb ,bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat berlebihan dan tidak digunakan dan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya .

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE UNTUK KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN ,PAHANG.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog