Isnin, 10 Mac 2014

Tidur adalah perkara yang paling menyeronokkan.Ketika itulah kita mahu merehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian.Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh.Waktu tidur yang disarankan untuk kita semua hanyalah 6 hingga 8 jam sehari.Kebiasaannya kita tidur selama 6 jam je sehari.Kurang tidur boleh mendatangkan keburukan kepada kita malahan terlebih tidur juga boleh membahayakan kesihatan.


Tidur yang nyenyak

KESAN TIDUR SECARA BERLEBIHAN
Berikut adalah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk tidur secara berlebihan.Jom kita kongsikan bersam-sama.Antaranya ialah :
  • DIABETES - terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap diabetes.Dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
  • SAKIT JANTUNG - sekiranya anda biasa tidur lebih dari 8 jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi.Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan,jumlah tidur 9 hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
  • MUDAH LUPA - pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekaligus mengakibatkan masalah ingatan.Jika tidak ditangani segera,ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.
  • OBESITI - kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur.Oleh kerana itu,individu yang mengamalkan tidur yang berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 % berbanding mereka yang tidur secara normal.
Ingat ye pembaca semua,tidur yang terlebih-lebih  boleh mengundang keburukan kepada tubuh kita.Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....:)

# SAYA ADALAH PENGEDAR PRODUK SHAKLEE YANG SAH SEKITAR KUALA ROMPIN PAHANG....COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN PAHANG...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Related Posts:

  • SEMBELIT SEMASA PANTANGSembelit adalah masalah biasa bagi wanita hamil dan semasa berpantang.Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mengalami masalah sembelit pada peringkat awal berpantang.Ini disebabkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpant… Read More
  • KESAN TIDUR BERLEBIHANTidur adalah perkara yang paling menyeronokkan.Ketika itulah kita mahu merehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian.Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh.Waktu tidur yang disarankan untuk k… Read More
  • FAKTA MENARIK TENTANG BAYIKehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga sangat menyeronokkan.Baunya yang harum dan sangat comel pasti membuatkan ibu bapa merasa tenang apabila melihatnya.Tahukah anda ,bahawa bayi mempunyai beberapa fakta yang sangat un… Read More
  • TIPS GALAKKAN ANAK-ANAK MAKAN SAYURSayur- sayuran adalah antara makanan yang kurang digemari oleh sesetengah individu terutamanya kanak-kanak.Kenapa ye? Mungkin disebabkan oleh rasa sayur itu pahit dan tidak sedap bagi mereka berbanding dengan ayam goreng.. Sa… Read More
  • TANDA-TANDA HAMPIR BERSALINDetik kelahiran pasti dinanti dengan penuh debaran dan pelbagai emosi terutamanya buat ibu yang pertama kali mengalaminya.Walaupun tidak sabar untuk melihat wajah comel yang akan lahir ,namun jauh di sudut hati tetap timbul r… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog