Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium ketika proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.Pada kebiasaannya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.Sebelum potongan dilakukan ,doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) di kawasan perinium untuk mengelakkan anda berasa sakit ketika episiotomi dilakukan.Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan,luka episiotomi akan dijahit.
Proses episiotomi dilakukan
KENAPA EPISIOTOMI DILAKUKAN OLEH KEBANYAKAN PENGAMAL PERUBATAN?
- Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat - bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi,doktor akan melakukan episiotomi untuk bukaan perinium yang lebih besar
- Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
- Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu.
- Apabila berlakunya masalah kepada bayi,ibu stress ketika meneran.
Luka jahitan biasanya mengambil masa selama 2 minggu untuk pulih.Tetapi rasa ngilu kesan dari jahitan tersebut mengambil masa selama 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.
Pengalaman saya bersalin sulung memang memeritkan.Saya mengalami luka perinium yang agak banyak.Rasa ngilu jahitannya memang menyakitkan.Agak susah untuk duduk dan bangun.Apalagi semasa membuang air besar.Lebih-lebih lagi jika sembelit.Nak menangis pun ada.Tapi itulah pengalaman pertama yang menjadi memori dalam hidup saya...memang indah walaupun perit...Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kurangkan sakit jahitan episiotomi.Jom kita baca
TIPS MENGURANGKAN SAKIT JAHITAN EPISIOTOMI:
- mandi dengan air suam boleh mengurangkan rasa sakit
- dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara selama 10 minit (1-2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku
- digalakkan duduk di atas kerusi atau katil dan elakkan duduk di bawah atau di atas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk
- jika terasa sakit semasa duduk ,anda boleh cuba duduk di atas pelampung kecil,bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut di atas kerusi sebelum duduk.
- bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk di rumah,cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air.Anda boleh duduk di atas kerusi itu secara menyenget sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka.
- jirus kaki dengan air sewaktu membuang air untuk membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan
- letakkan tuala wanita yang belum digunakan ke dalam peti ais.Tuala wanita yang sejuk boleh mengurangkan rasa sakit di bahagian luka
- anda juga boleh menggunakan antiseptik seperti dettol untuk membasuh luka sewaktu mandi.Sapukan ubat luka yang dibekalkan oleh pihak hospital di bahagian luka tersebut setiap kali selepas mandi
- gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan.Selain dari itu ice pack juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak
Semoga tips ini memberi manfaat buat anda semua.
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD di sekitar KUALA ROMPIN...hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee
Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com
FREE CONSULTATION
SPECIAL PRICE
0 ulasan:
Catat Ulasan