Isnin, 20 Januari 2014

Kehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga sangat menyeronokkan.Baunya yang harum dan sangat comel pasti membuatkan ibu bapa merasa tenang apabila melihatnya.Tahukah anda ,bahawa bayi mempunyai beberapa fakta yang sangat unik dan istimewa ??



 Berikut adalah fakta menarik yang perlu anda ketahui tentang BAYI :

  • bayi tiada kepala lutut.Ia tidak membentuk sehingga bayi berusia 6 bulan.
  • bayi tiada air mata.Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • mereka mempunyai lebih tulang.Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi mempunyai 300 tulang.Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • empat daripada 10 bayi yang lahir mempunyai tanda lahir.
  • bayi mempunyai deria bau yang kuat.Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • penglihatan bayi kabur sebaik dilahirkan.
  • rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria pendengaran yang kuat.Boleh membezakan bunyi bunyian dan boleh mengenali suara ibu sebaik dilahirkan.
  • deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir.Tidak boleh membezakan rasa manis atau masin dengan baik.
  • jantung bayi baru lahir berdenyut di antara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa iaitu 16-20 nafas seminit.
  • berat bayi bertambah sebanyak 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • mendengarkan muzik klasikal kepada bayi akan menambahkan kepintarannya.
  • bayi baru lahir tidur selama 15 hingga 20 jam sehari.
  • bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit,sebab itulah ia akan alah mudah kemerahan kepada losyen wangi,sentuhan kasar,gigitan serangga dan sebagainya.
  • bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepat.
Ciptaan yang sungguh istimewa dari Yang Maha Kuasa ini membuatkan ibu sentiasa tersenyum di saat melihat gelagat dan kecomelannya.Didiklah mereka sebaik mungkin supaya menjadi insan yang mulia di sisi agama dan masyarakat..Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda bergelar IBU BAPA....:)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog