Jumaat, 11 Oktober 2013

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi,nescafe ,coklat dan bermacam lagi memang melazatkan.Namun ,tahukah anda bahawa pengambilan kafein bagi wanita mahupun lelaki akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan ?Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan,tentunya kafein tidak memberikan apa-apa kesan.Bagaimana pula bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan menunggu kehadiran cahaya mata?Apa yang perlu dilakukan adalah berhenti meminum minuman berkafein.
Beberapa kajian telah dijalankan dan mereka mendapati wanita yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 %.
Oleh itu wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan berkafein.

BAGAIMANA KAFEIN BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKSUBURAN ?
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan telah dikeluarkan dalam 'Journal Diabetes Care' menunjukkan bahawa pengambilan kafein telah menyebabkan masalah ' insulin resistance'.
'insulin resistance' bermaksud insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga.Ini menyebabkan banyak gula tidak dapat 'dibakar' di dalam darah.Selain itu, insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seseorang wanita itu mengalami obesiti,endometriosis dan PCOS,pengambilan kafein akan lebih memburukkan keadaan.

Kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.
Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kafein dari kopi,teh,soda,minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.



BAGAIMANA KAFEIN MENYEBABKAN KEGUGURAN ?
Untuk pengetahuan semua,kafein boleh menyebabkan saluran darah mengecut.Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (plasenta) seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien.Selain itu,kafein boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan akan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.
Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi ( 8 cawan sehari) akan menyebabkan risiko kematian bayi dalam rahim sebanyak dua kali berbanding wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.
Selain dari itu,kebanyakan minuman mengandungi unsur bahan phenol yang menyebabkan badan sukar menyerap zat besi menyebabkan wanita hamil itu akan mengalami kekurangan darah dan hemoglobin.

Bagi sesetengah wanita kafein tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka,namun bagi mereka yang sukar hamil adalah lebih baik menghentikan pengambilan kafein.Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua....:)

Related Posts:

  • TIPS MEMBERSIHKAN DAN MENCAIRKAN TAHI TELINGATahukah anda semua mengorek telinga dengan menggunakan cotton bud atau putik kapas sangat bahaya? Ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan mungkin akan merosakkan gegendang telinga jika dikorek terlalu dalam.Kebanyakkanny… Read More
  • ATASI ANAK KENCING MALAMAnak kencing malam ?? Satu masalah yang agak biasa berlaku pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Kencing malam atau dalam istilah perubatannya ialah enuresis adalah perkara normal bagi… Read More
  • MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPINMasalah ruam lampin perlu diambil berat oleh ibu-ibu kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan yang lebih teruk.Ruam lampin terjadi disebabkan oleh sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelangkang bayi terlalu lama a… Read More
  • KELEBIHAN MINUM AIR MASAKAir masak atau air kosong memang banyak kelebihannya.Namun tidak semua orang gemar untuk meminumnya.Kebanyakkannya lebih gemar meminum minuman yang manis dan berkarbonat.Tahukah anda semua, air kosong sangat bagus untuk kesih… Read More
  • TIPS MENGATASI MASALAH IBU MENGANDUNGSemasa hamil pelbagai masalah yang harus dihadapi oleh para ibu terutamanya yang pertama kali mengandung.Pasti perkara ini membuatkan ibu-ibu tertekan untuk menghadapinya. Terdapat beberapa tips untuk menangani masalah terseb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog