Khamis, 10 Oktober 2013

Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya memang mempunyai banyak khasiatnya.Pasti ramai yang ingin mengetahui tentang kebaikannya untuk kesihatan kita.
Aloe vera memang mudah ditanam di mana-mana sahaja.Walaupun lebih 98 % daripada kandungannya terdiri daripada air ,namun ia mempunyai pelbagai zat-zat logam.

ANTARA KEBAIKAN ALOE VERA :

  • mengandungi vitamin A, C ,E ,vitamin-vitamin B,Folic dan choline serta 20 jenis logam penting
  • mengandungi sumber bagi lebih 10 essential asid amino yang penting untuk pertumbuhan sel-sel.Sumber bagi asid lemak yang boleh mengurangkan kolestrol dan alergi
  • sebagai adaptogen dalam menangani stress dan penyakit
  • memperbaiki sistem penghadaman makanan terutamanya yang mengidap irritable bowel.Ia menggalakkan pertumbuhan kawan dalam usus.Juga bertindak sebagai pembersih toksin dalam usus (detox)
  • ia bertindak untuk menukarkan ph kepada alkali dan sangat baik untuk kesihatan badan
  • sangat baik untuk kesihatan jantung.Mengawal kolestrol,melancarkan pengaliran darah,mengurangkan kepekatan darah dan meningkatkan oksigen dalam darah
  • meningkatkan ketahanan badan / immunity
  • sangat baik untuk pelbagai masalah kulit seperti ruam,luka,kesan terbakar (melecur),ia dapat menyejukkan dan mengurangkan kesakitan.Banyak digunakan dalam kosmetik untuk mencantikkan kulit dan meningkatkan kolagen serta elastin
Di pasaran kini terdapat pelbagai produk minuman jus yang mengandungi aloe vera.Untuk mendapatkan kesan yang terbaik sangat bagus jika ianya ditanam sendiri dan membuat jus sendiri dengan menggunakan isi daripada daunnya itu.Untuk rasa yang lebih enak bolehlah dicampur dengan buahan yang lain.Lebih jimat dan semulajadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua....:)


isinya yang mempunyai pelbagai khasiat...

Related Posts:

  • KESAN KEKURANGAN MEMINUM AIR KOSONGAir kosong?? Pasti ramai yang kurang gemar dengan air kosong.Ye tak ? Tiada rasa ,tawar dan berwarna putih.Tahukah anda semua , secara puratanya 75 % dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air? Otak kita mengandungi 75 % a… Read More
  • KESAN MEROKOK KEPADA KESIHATANHarga rokok naik lagi !! Tetapi itu tidak melunturkan semangat perokok tegar untuk terus merokok.Walaupun pelbagai kempen kesihatan dilakukan , namun ia tidak memberi kesan sama sekali.Bagai mencurah air di daun keladi...Mero… Read More
  • PETUA ORANG LAMAOrang dulu-dulu memang banyak petua yang diamalkan.Antara petua yang biasa dilakukan oleh mak dan ayah saya ialah: 1) PETUA HILANGKAN SEDU BAYI Petua ni memang nampak mengarut..hehe tapi selalu diamalkan apabila bayi  y… Read More
  • KHASIAT PERIAPeria memang mempunyai rasa yang agak pahit.Walaupun pahit ia mengandungi pelbagai khasiat yang tersembunyi.Jeng jeng jeng...macam seram je bunyinya....hihi.Kebanyakan herba yang pahit memang mempunyai banyak manfaatnya. … Read More
  • TIPS PENGENDALIAN MAKANANDah tengahari ni,korang semua dah masak ke untuk suami dan anak-anak.Mereka pasti menantikan masakan yang enak dari air tangan kita sendiri.Kebersihan terjamin dan cara pengendalian makanan mestilah betul.Hari ni ,saya nak be… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog